Tak sangka, dekat Facebook dah boleh letak lagu ramai tak tahu

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Dulu, media sosial yang menjadi “diari” kita siang dan malam adalah Friendster dan Myspace.

Jika masih ingat, pada zaman itu, kita boleh meletakkan lagu pada profil kita.

Namun kini, Friendster dan Myspace sudah pun “terkubur” dan semakin dilupakan,

sementara platform media sosial baru seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan lain-lain terus menjadi pilihan utama ramai.

Menyentuh tentang muzik di profil, tahukah anda bahawa sebenarnya kita masih boleh meletakkan lagu atau muzik pada dinding Facebook kita?

Tak sangka, dekat Facebook dah boleh letak lagu ramai tak tahu

Mudah saja, ikut lima langkah berikut untuk melakukannya melalui telefon:

Buka aplikasi Facebook di telefon anda dan pergi ke bahagian Profil.

Skrol ke bawah, anda akan jumpa bahagian “Music” selepas bahagian Photos dan Life Events. Jika tidak nampak, anda boleh “slide” ke bawah hingga terlihat Music.

Pada paparan seterusnya, klik simbol ‘+’ di bahagian kanan atas, dan akan keluar senarai pilihan.

Cari lagu kegemaran, album, atau penyanyi yang sesuai untuk diletakkan di profil. Klik pada ‘thumbnail’ lagu untuk mendengar ‘preview’ sebelum memilihnya. Menariknya, anda boleh meletakkan seberapa banyak lagu yang diingini, tanpa had dan ianya percuma.

Akhir sekali, kembali ke profil utama dan ‘refresh’ semula. Lagu yang dipilih tadi akan muncul di bahagian Music.

Tak cukup satu lagu? Jangan risau, anda boleh menambah beberapa lagu lagi dengan menekan simbol ‘+’ di atas paparan.

Untuk membuang lagu dari senarai, klik simbol tiga titik dan pilih ‘Delete song from the profile’.

Setiap orang yang melawat profil anda boleh terus mendengar lagu tersebut dengan hanya mengkliknya. Jangan lupa tekan ‘Play full song’ untuk mendengar keseluruhan lagu. Dengan ini, profil anda pasti jadi lebih menarik dan tidak membosankan.

Pin lagu pada gambar profil

Selain itu, anda juga boleh “pin” lagu kegemaran pada gambar profil anda. Caranya, klik tanda ‘tiga titik’ pada lagu tersebut, pilih ‘Pin to your profile’.

BACA: Casual Malaysia hanya gangster kampung, hilang ‘telur’ diserang penyokong bola Thailand