‘Tak sangka begitu mudah’ Wanita dedah cara 1st timer masuk Korea confirm tak kena halau

Oleh FAHMI ABBAS

Pelancong yang ingin melepasi pemeriksaan imigresen di Korea Selatan dinasihatkan untuk memakai pakaian yang kemas

Dan sesuai, bagi meyakinkan pegawai imigresen memberi pelepasan masuk.

Tip ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @tyahdelrey, berdasarkan pengalaman peribadinya

ketika melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon baru-baru ini.

Penampilan Penting Ketika Pemeriksaan

'Tak sangka begitu mudah' Wanita dedah cara 1st timer masuk Korea confirm tak kena halau

Menurutnya, penampilan memainkan peranan penting untuk memastikan kelulusan masuk ke negara itu.

“Saya buat banyak kajian kerana bimbang tak lepas masuk. Ramai juga yang berpesan untuk menjaga penampilan di sana.

“Memang betul, pakai pakaian yang sesuai, nampak macam pelancong. Janganlah pakai baju lusuh atau hoodie yang hampir koyak. Pakai saja pakaian biasa, asalkan kelihatan normal seperti ingin melancong,” katanya.

Jawapan Yakin Semasa Soal Jawab

Selain itu, dia turut menasihatkan pengunjung agar yakin menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pegawai imigresen.

“Jawab dengan yakin bila ditanya, contohnya ‘berapa hari tinggal di Korea?’. Jawab saja dengan tegas, contohnya ‘lima hari empat malam’, tanpa teragak-agak.

“Mereka sudah terlatih untuk membaca gerak-geri kita. Tak perlu takut walaupun pasport kosong tanpa sebarang cop perjalanan.

“Asalkan anda ke sana untuk melancong, bukan untuk tinggal atau bekerja secara haram, pasti tiada masalah,” jelasnya.

Pengalaman Pemeriksaan Imigresen

Berkongsi pengalamannya, dia menceritakan detik cemas melihat empat pelancong wanita di hadapannya ditolak kemasukan dan dibawa ke tempat lain oleh pegawai imigresen.

“Bila tiba giliran saya, saya terus ucap ‘selamat pagi’ sambil menyerahkan pasport. Pegawai itu memandang saya sambil memeriksa pasport tanpa banyak bicara.

“Dia tanya, ‘pertama kali ke Korea?’ dan ‘berapa lama tinggal di Korea?’. Saya jawab, ‘ya, pertama kali, lima hari empat malam’. Lepas itu, dia tampal pelekat, minta saya cap jari, dan selesai.

“Saya terkejut, tak sangka begitu mudah,” tambahnya.

Panduan ini boleh dijadikan rujukan buat pelancong lain yang bercadang ke Korea Selatan, agar pengalaman mereka di imigresen berjalan lancar.

BACA; Dia kantoi, saya dituduh curang, bekas kekasih pernah mesej aku tapi teori mana sperma boleh bergerak melalui talian?