Tak sangka! 3 dari 10 destinasi pelancongan terkenal di dunia ada di Malaysia!
Tiga tiga destinasi pelancongan di negara ini yang berada dalam 10 kedudukan teratas mendapat paling banyak carian untuk dikunjungi pada musim panas ini.
Berdasarkan dapatan analisis menerusi carian Google Flights, Kota Kinabalu berada di kedudukan keenam paling banyak carian, disusuli Pulau Langkawi (ketujuh) dan Kuala Lumpur (kesembilan).
Google Flights adalah platform yang membantu orang awam untuk mencari destinasi, menjejak harga dan menempah penerbangan.
Dapatan itu hasil analisis diperoleh menerusi jumlah pertanyaan tertinggi yang direkodkan sekitar Jun hingga Ogos tahun ini.
Mengikut senarai itu, Tokyo, Jepun berada di kedudukan pertama, Bangkok, Thailand (kedua), London, United Kingdom (UK) (ketiga), Taipei City, Taiwan (keempat) dan Denpasar, Indonesia (kelima).
Manakala dua destinasi pelancongan terkemuka Korea Selatan dan Jepun, iaitu Seoul serta Osaka, masing-masing berada di kedudukan kelapan dan ke 10.
Ketua Industri Penerbangan Google Malaysia, Nick Drew, berkata dengan keterujaan orang ramai untuk ‘terbang’ melancong, Google Flights boleh membantu rakyat Malaysia merancang jadual perjalanan dan pelancongan mereka pada masa akan datang.
“Kita melihat keutamaan untuk destinasi dalam rantau Asia Pasific (APAC) dan antara destinasi terkemukanya adalah Tokyo, Jepun.
“Kita juga dapati dalam kalangan 10 destinasi tumpuan itu, sembilan dalam rantau APAC dan tiga daripadanya adalah domestik,” katanya dalam kenyataan semalam.
Berkongsi waktu sesuai untuk mendapatkan harga tiket penerbangan pada harga berpatutan, Drew berkata mereka boleh menemui harga lebih rendah dalam tempoh empat hingga lima bulan atau 139 hari sebelum hari kejadian.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan ia bukan corak berkenaan mungkin tidak nyata untuk laluan khusus pengembara, sebaliknya perancangan dan tempahan awal kebiasaannya adalah langkah yang baik.
“Dengan Google Flights, pengembara boleh menentukan harga dan seterusnya mereka akan dimaklumkan mengenai harga penerbangan yang diinginkan.
Kota Kinabalu menduduki tangga keenam carian 10 destinasi popular Goolge Flights untuk musim panas. – Gambar hiasan
Kota Kinabalu menduduki tangga keenam carian 10 destinasi popular Goolge Flights untuk musim panas. – Gambar hiasan
“Langkah ini sekali gus dapat membantu mereka menjimatkan sedikit wang tambahan yang boleh dibelanjakan ketika perjalanan nanti,” katanya.
Ramai warga Singapura, Australia kunjungi Malaysia
Data direkodkan Google turut mendapati ramai pengembara luar dari Singapura, Australia dan Indonesia berkunjung ke tempat menarik di Malaysia pada suku pertama tahun ini.
Antara tempat menarik paling digemari pengunjung dari negara berkenaan adalah Pantai Pengkalan Balak, Melaka, iaitu sebuah pantai tempatan yang popular mudah berkunjung.
KLCC Park di Kuala Lumpur menjadi pilihan pengunjung terbabit, selain Muzium Negara bagi mengetahui tentang sejarah dan budaya.
10 destinasi popular carian Google Flights
1. Tokyo, Jepun
2. Bangkok, Thailand
3. London, United Kingdom
4. Taipei City, Taiwan
5. Denpasar, Indonesia
6. Kota Kinabalu, Malaysia
7. Langkawi, Malaysia
8. Seoul, South Korea
9. Kuala Lumpur, Malaysia
10. Osaka, Jepan
Tempat paling menarik berdasarkan data Google Maps, 20 Februari tahun lalu sehingga 21 Mac lalu.
5 pantai awam popular
1. Pantai Pengalan Balak, Melaka
2. D’Aur Beach Resort
3. Pantai Tanjung Biru
4. Pantai Batu Hitam Kuantan
5. Pantai Batu Layar, Kota Tinggi
5 taman popular
1. KLCC Park
2. 99 Wonderland Park
3. Taman Saujana Hijau Putrajaya
4. Anjung Floria
5. Gunung Lang Recreational Park
5 muzium popular
1. Muzium Negara
2. Pinang Peranakan Mansion
3. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara
4. Muzium Kebudayaan Borneo
5. Muzium Wonderfood