Siri iPhone 16 baru sahaja diumumkan minggu lalu dengan empat model berbeza yang tersedia.
Namun, apa yang menjadi perbualan di media sosial adalah tentang pengguna iPhone 16 yang mula menghadapi beberapa masalah dengan peranti mereka.
Rata-rata pengguna meluahkan rungutan mengenai kegagalan skrin peranti berfungsi dengan baik,
Ia termasuk isu sela masa dan sentuhan yang tidak dapat dikesan.
Dinyatakan bahawa skrin iPhone 16 tidak bertindak balas apabila disentuh, yang seterusnya menjejaskan
penggunaan lain seperti menatal, menekan butang, dan huruf pada papan kekunci.
Isu ini turut dilaporkan sering berlaku di sebelah kanan skrin, yang juga merupakan lokasi untuk butang baharu Camera Action.
Terdapat banyak andaian tentang punca masalah ini, antaranya disebabkan oleh pepijat dalam perisian dan bukan masalah dengan perkakasan.
Khususnya, algoritma salah sentuh (mistouch) iOS mungkin terlalu sensitif, sehingga menyebabkan sentuhan tidak dapat dikesan dengan baik.
Selain itu, saiz bezel yang semakin kecil juga boleh menjadi punca, kerana kemungkinan sentuhan secara tidak sengaja.
Saranan yang diberikan setakat ini adalah menggunakan sarung pelindung yang dipercayai dapat mengurangkan kemungkinan tersentuh tepi skrin secara tidak sengaja.
Pada waktu ini, masalah ini hanya berlaku dalam jumlah yang kecil, dan Apple diyakini akan menyelesaikannya melalui kemas kini perisian yang akan datang.
BACA: Anjur program ‘budak tak sekolah’, Kelantan batal ‘Lumba Race Kura-kura’ selepas dikecam