Tak sampai sebulan, Aeril Zafrel nak jual Lamborghini hadiah dari Wawa, “kereta sewa kot..”

Oleh MHDAILY

Tak sampai sebulan, Aeril Zafrel nak jual Lamborghini hadiah dari Wawa, “kereta sewa kot..” Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan ada netizen yang mendakwa Lamborghini Aventador yang dihadiahkan oleh isteri tercinta, aktres Wawa Zainal itu hanya kereta sewa bukan dibeli.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Aeril, 34, menyatakan dia dituduh telah menipu orang ramai untuk sekadar ‘content’ di media sosial.

Kalau betul sewa sembang macam beli hak milik kekal itu, itu menipu namanya. Bgai tahu sahaja jujur nak merasa bawa Ferrari jadi sewa sahaja mampu, insya-Allah ada rezeki dapat beli. Mesti netizen salute dan doakan.

Tengok kalau betul mereka sewa ramai je netizen doakan yang baik-baik apatah lagi kalau jujur mesti lagi orang adore. Kenapa perlu nak menipu demi content?

Tidak melatah dengan komen itu, pemilik nama Suhairil Sunari membalas dengan menulis; ‘Entahlah, apa untungnya aku nak menipu.’

Nak jual selepas sebulan guna

Tak sampai sebulan, Aeril Zafrel nak jual Lamborghini hadiah dari Wawa, "kereta sewa kot.."

Memetik laporan Kosmo, usahawan terkenal ini bercadang untuk menjual kenderaan mewah bernilai RM2.27 juta itu kerana sudah merasai ‘feel’ memandu.

Sebelum Lamborghini, saya sudah ada kereta Mustang juga berwarna kuning. Tapi cuma bertahan (digunakan) selama setahun dan akhirnya berada di rumah sebelum saya nekad menjualnya kepada kawan.

Kemudian Wawa hadiahkan pula kereta ini (Lamborghini Aventador). Selepas memandunya beberapa kali, kemungkinan kereta ini juga tidak lama saya gunakan (akan dijual).

Saya sekadar mahu cuba dan rasai pengalaman memandu kereta tersebut. Saya sejenis pakai (pandu) untuk rasa sekejap.

Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.

BACa:

Wanita redha adik kandung sendiri kahwin bekas suaminya

Tak sekolah, Suhaimi Saad memang tak nak anak ada degree, master dan PhD

Habis ‘comot’ Uqasha Senrose main lumpur, sekali lain pula yang netizen perasan

Leave a Comment