Tak puas hati dengan pemimpin Bersatu, exco Pemuda Bersatu nekad letak jawatan

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Meor Naqiuddin Shamsudin, Exco Pemuda Bersatu, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Biro Profesional dan Sukarelawan Pemuda parti tersebut berkuat kuasa pada 5 Januari.

Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa beliau masih mengekalkan jawatan lain dalam pergerakan Pemuda Bersatu. ”

Saya meletak jawatan sebagai ketua Biro Profesional dan Sukarelawan Armada Bersatu, tetapi tetap kekal sebagai Exco Pemuda tanpa sebarang portfolio.

Keputusan ini dibuat susulan sedikit perselisihan faham dengan Ketua Pemuda Bersatu, YB Hilman Idham,” katanya.

Meor Naqiuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu tersebut,

Tak puas hati dengan pemimpin Bersatu, exco Pemuda Bersatu nekad letak jawatan

namun memberi jaminan bahawa satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat untuk menjelaskan situasi ini.

Beliau dilantik untuk memegang jawatan tersebut pada 29 November lalu semasa Perhimpunan Agung Pemuda Bersatu. Sebagai makluman, Hilman Idham, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, diumumkan sebagai Ketua Armada Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Dalam pemilihan tersebut, Hilman memperoleh 1,888 undi, mengatasi pesaingnya, Akmal Zahin Zainal Zahir, yang meraih 1,718 undi.

BACA: Kos kenduri kahwin naik 20% tahun ini! Ini cara bijak tetap meriah tanpa bebankan poket

1 thought on “Tak puas hati dengan pemimpin Bersatu, exco Pemuda Bersatu nekad letak jawatan”

Leave a Comment