Tak pernah bayar sejak 2017, Dr Asyraf tegur Che Ta

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Selepas beberapa jam kediaman pelakon terkenal Rozita Che Wan, 51, atau lebih dikenali sebagai Che Ta,

Di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) pagi tadi akibat kegagalannya membayar pinjaman berjumlah RM1 juta,

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, memuat naik kenyataan di Facebook berhubung isu hutang.

Dalam hantaran tersebut, Asyraf menegaskan:

“Hutang wajib dibayar. Usah merayu kepada saya kerana bukan hak saya untuk melupuskan hutang.

Tak pernah bayar sejak 2017, Dr Asyraf tegur Che Ta

Saya menjaga amanah wang rakyat di bawah MARA, bakal dipersoalkan Allah kelak!”

Difahamkan, kenyataan itu ada kaitan dengan situasi yang melibatkan Che Ta, yang sebelum ini dikatakan pernah berusaha untuk bertemu pihak pengurusan tertinggi MARA bagi menyelesaikan masalah hutangnya.

Dalam reaksinya kepada pertanyaan netizen, Asyraf menjelaskan bahawa pinjaman MARA melibatkan wang rakyat, yang wajib dibayar oleh peminjam mengikut perjanjian yang telah ditandatangani.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang sengaja tidak membayar pinjaman, walaupun mereka berkemampuan dan hidup dalam kemewahan,” kata beliau.

“Ini wang rakyat, bukan wang saya. Culas membayar sedangkan akad atau kontrak yang dipersetujui adalah pinjaman, bukan sedekah. Apatah lagi jika sengaja tidak mahu membayar sedangkan berkemampuan,” tambahnya.

Menurut sumber, Che Ta memohon pinjaman perniagaan berjumlah RM1 juta pada tahun 2017 tetapi tidak pernah membuat sebarang pembayaran sepanjang tujuh tahun. Akibatnya, MARA terpaksa membawa kes tersebut ke mahkamah.

“Selepas mahkamah membuat keputusan, MARA mengambil tindakan menyerbu rumah Che Ta pagi tadi untuk menilai barangan di rumah dua tingkat itu bagi tujuan penyitaan kerana gagal melunaskan hutang.

“Sebelum ini, MARA sudah meminta pelakon tersebut membuat pembayaran, tetapi tiada maklum balas.

Malah, dia dikatakan cuba menemui pihak atasan MARA untuk mendapatkan pertimbangan terhadap tindakan yang diambil,” kata sumber itu.

BACA: Haniff ERA dedah cara radio pilih lagu untuk diputarkan