Berikut adalah tujuh bau yang berkesan sebagai petua untuk menghalau tikus yang boleh anda cuba:
PETUA HALAU TIKUS GUNA 7 BAU INI, CONFIRM TAK DATANG
1.Lavender
Minyak esensial lavender mengandungi komponen seperti linalool dan linalyl acetate yang memberikan bau kuat dan unik.
Bau ini berkesan untuk menghalau tikus. Anda boleh meletakkan sachet lavender kering atau kapas yang telah dicampur dengan minyak lavender di kawasan yang sering dilalui tikus.
2.Rempah Ratus
Petua seterusnya adalah menggunakan rempah ratus. Aroma kuat dari bunga cengkih, kayu manis, buah pala, bunga lawang, dan lada membuatkan tikus tidak ‘berminat’ untuk mendekati kawasan tersebut. Anda boleh meletakkan beberapa jenis rempah ratus dalam satu bekas dan biarkan di tempat yang sering dikunjungi tikus.
3.Cuka Putih
Cuka putih mempunyai bau yang kuat dan tidak disukai oleh tikus. Anda boleh merendam beberapa bola kapas dalam cuka putih dan meletakkannya di satu kawasan. Kehadiran cuka putih akan membuatkan tikus merasa seperti ada sesuatu yang baru dalam persekitaran mereka, dan ini boleh ditafsirkan sebagai ancaman.
4.Minyak Daun Pudina
Petua seterusnya adalah menggunakan minyak daun pudina. Bau yang dihasilkan dapat memberikan aroma harum pada rumah, tetapi jika tikus menghidunya, ia boleh mengganggu mereka.
5.Serai
Citronella atau serai tidak hanya digunakan dalam masakan, tetapi juga berkesan untuk menghalau tikus kerana aromanya yang sangat kuat. Anda boleh menggunakan minyak esensial serai di rumah untuk tujuan ini.
6.Bawang Putih
Bawang putih juga mengeluarkan aroma yang dapat menghalau tikus daripada berkeliaran di rumah
. Ini disebabkan oleh kandungan allicin dalam bawang putih yang memberikan bau tersendiri. Anda boleh membuat semburan penghalau tikus menggunakan bawang putih dan bawang merah dengan cara berikut:
-Didihkan empat gelas air.
-Masukkan satu bawang besar dan 2-4 ulas bawang putih.
-Kecilkan api dan reneh selama 5 minit.
-Tutup api dan biarkan adunan sejuk sepenuhnya.
-Tapis adunan dan masukkan baki air ke dalam botol semburan.
-Semburkan di kawasan yang sering didatangi oleh tikus.
7.Kapur Barus
Kapur barus mengandungi bau naftalena kimia yang sangat dibenci oleh tikus. Namun, perlu diingat agar anda berhati-hati jika ingin menggunakan kapur barus atau bahan kimia lain untuk menghalau tikus.
BACA: ‘Apa yang dah beri, takkan dipulangkan’ Peguam Ira Kazar jawab permintaan Syamsul