Tak padan dengan nilai, Atlet kecewa pingat baru seminggu dapat dah luntur warna

Oleh SURIANI HAMDAN

Sejak Sukan Olimpik Paris 2024 bermula pada hujung Julai lalu, ramai atlet dari seluruh dunia berjaya membawa pulang pingat untuk negara mereka.

Namun, seorang atlet dari Amerika Syarikat (AS), Nyjah Huston, mendakwa bahawa warna pingat gangsa yang dimenanginya telah pun rosak.

Warna Pingat Gangsa Luntur Selepas Seminggu

Huston melalui Instagram Story menunjukkan keadaan terkini pingat gangsa miliknya selepas seminggu pulang ke tanah air.

Dia yang meraih tempat ketiga dalam acara street lelaki, kalah kepada pemegang pingat emas, Yuto Horigome dari Jepun dan Jagger Eaton yang juga dari AS, berkata:

Tak padan dengan nilai, Atlet kecewa pingat baru seminggu dapat dah luntur warna

“Pingat Olimpik ini kelihatan hebat ketika serba baharu. Namun, selepas membiarkannya bersentuhan dengan kulit dan sedikit peluh serta membenarkan rakan saya memakainya pada hujung minggu,

warnanya kelihatan semakin luntur dan lusuh. Bahagian pingat juga terkopek dan tulisan yang diukir pada pingat itu turut terjejas.

“Nampaknya kualitinya tidak seperti yang anda bayangkan. Saya rasa, pingat Olimpik seharusnya mempunyai kualiti yang lebih baik.”

Nilai Pingat Gangsa Olimpik Paris Cuma RM58

Menurut Forbes, pingat emas untuk Olimpik kali ini mempunyai berat 529 gram dengan 95.4% diperbuat daripada perak, 6 gram emas tulen, dan 18 gram besi, dengan nilai sekitar AS$950 (RM4,250).

Pingat perak pula mempunyai berat 525 gram dan nilai sekitar AS$486 (RM2,174). Manakala, nilai pingat gangsa hanyalah AS$13 (RM58), dengan berat 455 gram (415.15 gram tembaga, 21.85 gram zink, dan 18 gram besi).

BACA: “Buatan orang ni..”Darah keluar dari dinding rumah masa akad nikah buat tetamu tergamam