Ikon fesyen terkenal, Wak Doyok, sering menjadi perhatian ramai apabila berkongsi foto-foto dirinya
Ada menggayakan pelbagai jenis fesyen yang unik dan menjadi ikutan orang ramai.
Kongsi Pengalaman Bercuti di Eropah
Terbaru, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, telah berkongsi momen-momen indah sepanjang percutian beliau di Eropah.
Dalam perkongsiannya, Wak dilihat begitu bergaya dengan beberapa pasang sut yang elegan sepanjang berada di sana,
seakan-akan menunjukkan dirinya berada pada ‘level’ fesyen yang tersendiri.
Gaya ‘The Gentleman’, Naik Pengangkutan Awam
Menariknya, walaupun memilih gaya formal dengan sut, Wak tetap selesa menggunakan pengangkutan awam sepanjang percutian tersebut, memperlihatkan sisi kesederhanaan dalam penampilannya.
Perkongsian Wak Doyok itu mendapat perhatian warganet yang memuji gaya fesyennya yang kemas dan sofistikated.
Sejak kebelakangan ini, gaya ‘Old Money’ semakin mendapat perhatian dan menjadi trend di kalangan pengguna media sosial, di mana ramai yang mula menggayakan fesyen serupa.
BACA: Padah 2 minggu abai ulser, wanita terpaksa potong lidah