“Tak masak malam sebab duit takde tapi esoknya suami pinjam boss, bila boss tahu terus dia koyak cek

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Pengorbanan seorang isteri yang telah melahirkan anak dan menjaga rumahtangga amatlah besar kerana banyak membantu mengurangkan beban seorang suami.

Kerana itu dalam islam, sangat diharuskan menjaga hati isteri dan menggembirakan dirinya walaupun tidak mempunyai harta benda.

Wanita ini berkongsi kisahnya yang melihat suaminya diberikan rezeki lebih apabila menyantuni dirinya yang kekurangan wang.

Hai semua, aku nak share kisah yang baru jadi minggu lepas pada aku dan suami.

Beberapa hari lepas aku ada tengok satu video di mana isteri dia yang tengah hamil mengidam nak minum air starbuck,

“Tak masak malam sebab duit takde tapi esoknya suami pinjam boss, bila boss tahu terus dia koyak cek

so laki dia pon bawa petang tu dan malamnya 2 saham dia kat amerika naik mencanak.

Betullah kalau bahagiakan isteri kau, isteri happy, inshaAllah Allah akan permudahkan jalan kita. Nak dijadikan cerita minggu lepas aku nak join satu kelas pjj ni, aku memang suka simpan koleksi pjj dari mana mana teacher, aku suka tengok hasil student buat kek ke dessert ke yang cantik-cantik, sebab tu terapi minda aku.

Kalau aku rasa macam str3ss, aku akan tengok kelas – kelas pjj tu, memang healing la rasa tu. Nanti aku mula la rancang nak jual macam dia jugak. Tiruvasi lah katanya tapi hujungnya tak jual pun, hahaha. Hangat hangat t4hi ayam. Aku dah ada 22 koleksi pjj setakat ni.

Jadi aku pun pm agent pjj tu, aku wasap malam dia reply paginya. Bila dah deal aku pon nak transfer lah, sekali tengok balance bank tak cukup untuk aku transfer. Aku pelik sebab kalau tak adalah baki beberapa puluh.

Maklumlah aku suri rumah je. Duit pun takda mana. Bila check history transfer tu, aku transfer kat suami. Rupanya baru lah aku ingat. Suami aku pun masa tu dah sempit duitnya. Yelah dah ada anak kecik ni susu dia je sebulan RM500. Anak alergic, susu pun susu mahal buat masa ni.

Bila aku tak dapat transfer duit pjj tu, aku terus takde mood satu hari. Takde mood nak masak, nak mandi, nak kemas rumah. Seriously benda macam ni pun buat aku takde mood. Sebab macam aku kata tadi terapi minda aku selain bercuti, aku suka tengok hasil student buat dessert cantik-cantik.

Aku pun wasap suami aku takde mood nak masak. Nak tak nak suami aku pun beli je luar. Hmm kesian suami aku. Dahlah tengah sesak, bini pulak mengada. Hmm.. Laki aku lunch makan rumah kebiasaannya, so dia tanya aku kenapa aku takde mood tiba-tiba. Aku ceritakan lah kenapa.

Suami aku pun cakap duit dalam account dia berbaki lagi, jadi boleh lah transfer untuk join pjj tu. Suami aku memang dah tahu sangat pe’el aku yang suka simpan koleksi pjj. Memula aku tolak, tapi dia berkeras jugak untuk transfer. Aku pun okay lah, dalam hati dah berbunga.

Settle payment, aku pun di accept dalam group tu. Bertambah gembira aku. Apa lagi peluklah suami ucap terima kasih, doakan suami sentiasa dilimpahkan dan dimewahkan rezeki tanpa henti. Keesokan harinya suami pergi kerja, hari sabtu dia halfday je.

Dia bagitahu bos studio yang dia nak mintak advance RM200. So bos studio pon call bos besar. Untuk pengetahuan, bos besar ni kawan baik suami aku. Orang Cina. Baikkk sangat. Tak lama tu suami aku dipanggil ke office sebab bos besar nak jumpa.

“Boy, kau mintak advance? Kau ada masalah ke?”

“Takdelah, takde apa-apa masalah maa.”

“Habis tu kenapa kau minta advance? Sepanjang kau kerja sini yang dulu 6 tahun, then kau datang balik dah 3 tahun, sekali pun kau tak pernah mintak advance? Aku fikir mesti kau ada masalah, kau kena cerita kat aku, aku akan tolong kau❞

“Takdelah, aku takde masalah apa, biasalah dah ada anak, mahu pakai duit ma. Itu yang aku mintak advance”. Bos besar pandang je suami macam percaya tak percaya. Dia ambil cek advance dan tunjuk pada suami

“Ini haa cek advance kau. Haihhh,” bos besar mengeluh

“Wa tak percaya lah kau minta advance, wa terk3jut tau.”

Tak semena mena cek tu bos koyak depan suami. Suami apa lagi terk3jut la. Yelah dia memang perlukan duit tu untuk keperluan susu anak aku. Memang kita orang tengah terdesak sangat. Hidup ni keras guysss.

“Wa koyakkan ini cek, kau jangan risau, nanti aku bagitahu Yuri cek ni cancel”

Bos pon seluk poket dia. Dia keluarkan duit yang dah dilipat dan letak atas meja betul- betul depan suami.

“Ini duit kau boyy, kau ambil, duit ni tak tolak gaji kau tau, aku memang bagi kau punya. Kau jangan bagitahu orang lain. Aku tolong orang yang aku percaya yang ada dengan aku dari aku susah sampai aku dah punya macam-macam. Kau jangan tolak, kau ambil ni. Pergi sambung kerja”

Suami pun ucap terima kasih dan sambung buat kerja. Suami tak tengok pun berapa yang bos bagi. Sebab suami expect harga advance tu jugakla yang diberi. Balik je rumah suami pun ambil duit tu, alangkah terk3jutnya suami, bos bagi amount RM500. Terus dia carik aku yang tengah tidurkan anak kat ruang tamu.

“Yang, rezeki Allah bagi pada kita. Bos besar bagi abang 500 yang” mata suami bergenang. Tahan sebak depan bini dia yang lawa ni

“Allahuakbar betul ke ni bang? Alhamdulillah rezeki. Hmmm baru semalam abang happykan sayang, harini Allah bagi cash terus”

“Itulah tu. Thanks sayang doakan abang, asbab juga awak nak join pjj tu, ada ha rezeki kita ni. Dapat lah beli susu anak”

Terus berpelukan kami suami isteri. Sungguh bila kau percaya rezeki datang nya dari Allah dan isteri dan anak juga pembawa rezeki buat kau. InshaAllah Allah akan bantu. Yang penting doa jangan lupa. Moga kita semua sentiasa dilimpahkan rezeki. Biar tak mewah asalkan cukup.

Maaf sekiranya ayat aku tunggang langgang, aku dah cuba sedaya upaya untuk karang bagi korang faham. Okay assalamualaikum.. – Isteri yang cantik (Bukan nama sebenar)

Baca juga “2 tahun aku hadap, suami balik kerja terus main game sampai tidur, tak kisah tak bantu ringankan kerja rumah tapi nafkah tu bagi ada la”