Tak mampu sedia potluck jamuan, wanita suruh ponteng anak ponteng sekolah lepas dihina cikgu

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Setiap kali jamuan potluck diadakan di sekolah, ibu bapa sering menjadi orang yang paling teruja.

Mereka akan sibuk membuat persiapan sama ada memasak sendiri atau membeli makanan untuk dibawa ke majlis tersebut.

Apa yang penting bagi mereka ialah memastikan anak-anak gembira menikmati jamuan bersama rakan-rakan di sekolah.

Namun, seorang ibu meluahkan rasa kecewanya apabila menerima mesej daripada guru kelas menjelang jamuan sekolah anaknya.

Menurut ibu tersebut, guru berkenaan tidak membenarkan murid membawa perkakas makan seperti pinggan, cawan, sudu, dan garfu plastik pakai buang dengan alasan ia boleh menyebabkan kelas menjadi kotor.

Tak mampu sedia potluck jamuan, wanita suruh ponteng anak ponteng sekolah lepas dihina cikgu

“Esok ada jamuan di sekolah anak, tapi sedih sebab cikgu tak benarkan bawa pinggan, cawan, sudu, dan garfu jenis pakai buang. Cikgu kata nanti kelas kotor, walaupun saya dah sediakan plastik sampah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Idea untuk memudahkan murid-murid

Ibu tersebut menjelaskan bahawa niatnya hanya untuk memudahkan murid-murid semasa jamuan berlangsung, terutama bagi anak-anak yang mungkin tidak membawa perkakas makan sendiri.

“Idea ini saya dapat dari Facebook sebab ada ibu bapa yang terlepas pandang. Anak-anak kadang-kadang tak ada perkakas makan sendiri setiap kali jamuan. Kalau murid lain dah bawa makanan, biarlah anak saya sediakan perkakas pakai buang,” jelasnya.

Namun, guru berkenaan tetap menegaskan dalam kumpulan WhatsApp supaya setiap murid membawa perkakas makan sendiri.

“Saya cuma nak mudahkan urusan semua orang, tapi lain pula jadinya,” tambah ibu tersebut dengan nada kecewa.

Reaksi netizen

Luahan ibu itu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata bersimpati dan turut berkongsi pandangan mereka di ruangan komen.

Antara komen yang diberikan:

“Kalau bawa pinggan, sudu, dan cawan betul, leceh pula nak basuh. Budak-budak bukan reti sangat. Kadang-kadang tertukar dengan kawan atau hilang.”

“Kalau bawa yang pakai buang, budak-budak main campak-campak, tinggal merata-rata. Tapi kalau bawa sendiri, nanti mak kena basuh.”

“Tak perlu risau kalau tak bawa makanan mahal. Banyak lagi makanan lain yang murah dan cukup untuk semua.”

Anak tidak hadir ke sekolah

Dalam perkembangan terbaru, ibu tersebut memaklumkan bahawa anaknya tidak hadir ke sekolah pada hari jamuan seperti yang dirancang.

“Esok anak saya tak pergi sekolah. Kelas pun tak kotor,” katanya ringkas.

BACA: Kerajaan Kedah sumbang peruntukan kepada SJK Cina dan Tamil sahaja

Leave a Comment