Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah merampas lebih 11 tan barang kawalan bersubsidi yang
DSipercayai cuba diselewengkan dalam satu serbuan di sebuah premis di Kampung Stungkor, Lundu, kira-kira 54 kilometer dari sini, semalam.
Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin, memaklumkan bahawa rampasan tersebut melibatkan 9,864 kilogram (kg) gula pasir kasar
Dan 2,078kg minyak masak, dengan anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM33,307.40.
Beliau menyatakan bahawa operasi penguatkuasaan ini dilakukan oleh lima pegawai KPDN Sarawak selepas risikan
selama dua minggu serta maklumat daripada orang awam mengenai kemungkinan penyalahgunaan barang kawalan di premis terbabit.
“Seorang lelaki tempatan, dipercayai pemilik premis, telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak berlesen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, rampasan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kementerian dalam membanteras penyelewengan barang kawalan bersubsidi di Sarawak.
BACA: ‘Rupanya ini yang abang buat sampai abah menangis, pertama kali abah angkat tangan’