Tak mahu pekerja membujang, majikan beri elaun khas kepada kakitangan yang bercinta

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Sebuah syarikat di selatan  telah memperkenalkan insentif tunai

Tujuannya untuk menggalakkan kakitangannya yang masih bujang mencari pasangan.

Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), syarikat kamera Insta360 melaksanakan inisiatif ini

Selain untuk menyemarakkan semangat romantik dalam kalangan pekerjanya

Langkah tersebut dijangka dapat meningkatkan kebahagiaan staf secara keseluruhan, sekaligus memberi impak positif kepada produktiviti syarikat.

Tak mahu pekerja membujang, majikan beri elaun khas kepada kakitangan yang bercinta

Ganjaran Tunai untuk Mencari Pasangan

Insta360 menawarkan insentif sebanyak 66 Yuan (sekitar RM40) kepada kakitangannya untuk setiap hantaran sah yang memperkenalkan individu bujang dari luar syarikat melalui platform temu janji dalam talian mereka.

Sekiranya kakitangan berjaya memadankan diri dengan individu yang diperkenalkan, mereka layak menerima ganjaran tambahan. Malah, jika hubungan tersebut kekal selama sekurang-kurangnya tiga bulan, pekerja, pasangannya, dan individu yang membantu memperkenalkan mereka akan menerima 1,000 Yuan (kira-kira RM618).

Kakitangan syarikat dilaporkan menyambut baik kempen ini. Sehingga kini, hampir 500 hantaran berkenaan individu bujang telah dimuat naik ke platform tersebut sejak ia dilancarkan pada 11 November lalu. Insta360 juga telah mengagihkan insentif hampir 10,000 Yuan (sekitar RM6,179) kepada mereka yang berkongsi hantaran.

Namun, kerana kempen ini baru bermula kurang dari tiga bulan, masih tiada pekerja yang layak menerima bonus penuh daripada inisiatif ini.

Reaksi Berbeza Wargamaya

Berita mengenai inisiatif ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Ada yang memuji langkah Insta360 dan menganggapnya sebagai idea kreatif yang wajar dicontohi syarikat lain. Namun, terdapat juga mereka yang mengingatkan bahawa hubungan percintaan tidak seharusnya dinilai semata-mata melalui ganjaran kewangan.

Trend Perkahwinan dan Kelahiran di China

Kempen ini turut dikaitkan dengan penurunan kadar perkahwinan dan kelahiran di China dalam beberapa tahun kebelakangan.

Menurut data kerajaan, hanya 4.74 juta pasangan mendaftar perkahwinan dalam tiga suku pertama tahun 2024, turun 16.6% berbanding 5.69 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Selain itu, kadar kelahiran di China juga mencapai rekod terendah, merosot daripada 6.77 kelahiran setiap 1,000 penduduk pada 2022 kepada 6.39 kelahiran pada 2023.

Langkah seperti ini dilihat sebagai usaha kreatif untuk menangani isu sosial yang semakin membimbangkan di negara itu.

BACA: Hasil bantuan kerajaan, wanita ini raih pendapatan RM15,000 sebulan dengan jual coklat