Selain dari video-video resipi masakan, video Khairul Aming yang menunjukkan penghargaan kepada pekerjanya juga menarik perhatian.
Semua pekerjaannya diberi ganjaran yang setimpal dengan tugas mereka, termasuk bonus setiap tahun.
Baru-baru ini, Khairul Aming telah meraikan 100 orang pekerjanya dengan membawa mereka membeli baju raya.
“Jadi semalam kita tutup kedua-dua kilang sambal dan dendeng nyet sebab kita nak raikan kesemua staf kita untuk persediaan hari raya nanti.
“Macam-macam aktiviti kita buat, pertama semalam kita bawa mereka beli baju raya, yang ni memang wajib setiap tahun.
“Cumanya staf aku makin ramai, nak dekat 100 orang, jadi penuh satu kedai. Tapi Alhamdulillah mereka sangat gembira.
“Macam biasa semua orang bebas boleh beli baju, tak perlu sedondon. Beli je ikut warna masing-masing suka, corak tudung semua pun ikut selera masing-masing,” katanya.
“Bila dah selesai, aku bawa mereka pergi pusat beli-belah, sebab tahun ni kita nak mereka beli barang dapur siap-siap untuk keluarga mereka buat persediaan hari raya nanti.
Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak 😁 pic.twitter.com/vmMP5xFmGX
— Khairulaming (@khairulaming) April 2, 2024
“Masa tu la semua orang kalut nak telefon orang kat rumah, telefon isteri, mak dan ayah untuk tanya barang apa lagi tak cukup untuk persediaan raya.
“Seronok tengok mereka shopping penuh, ada yang beli kicap, minyak masak, beras, ayam dan macam-macam, yang ada anak pun beli siap-siap pampers semua,” ujarnya lagi.
Dalam video yang dimuat naik di laman X, ia juga memperlihatkan semua pekerja diberikan bonus sempena hari raya dan dibawa berbuka di sebuah hotel.
“Seterusnya kita pergi kilang pula, masa ni yang mereka semua nantikan sebab kita nak bagi duit raya dekat semua staf dan masa ni muka mereka dah tersenyum dah.
“Kita kongsi rezeki dengan harapan duit raya ni boleh bantu mereka untuk buat persediaan raya dengan keluarga juga nanti.
“Lepas tu kita pergi hotel untuk majlis berbuka puasa pula,” katanya.
Sementara itu, Khairul Aming juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.
Lebih menarik, mereka juga akan pergi bercuti selepas raya. Namun, Khairul Aming tidak mendedahkan lokasi percutian itu.
“Terima kasih kepada semua orang yang sokong perniagaan kita selama ni dan kami dari team Sambal Nyet dan Dendeng Nyet ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada anda semua,” katanya.
BACA: Selepas 20 tahun orang tua berpura-pura miskin, akhirnya pemuda ini baru tahu keluarganya kaya-raya