Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali lagi menarik perhatian orang ramai
apabila video beliau tersasul menyeru rakyat supaya tidak mempercayai Perikatan Nasional menjadi viral di media sosial hari ini.
Dalam video tersebut, Muhyiddin pada mulanya dipercayai sedang berkempen dengan mengkritik
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menurutnya telah mencuri banyak wang.
Namun, beliau tersasul dan mengatakan sebaliknya.
“Masuk jel (penjara) 12 tahun, kena denda RM210 juta. Wah! Macam mana mahu bayar? Tapi dia sudah curi wang banyak apa. Bila-bila dia boleh bayar.
“Jadi, oleh sebab itu, kita tak boleh percaya lagi sekali Perikatan Nasional. Dalam Perikatan…,” kata Muhyiddin yang kemudian meminta maaf setelah menyedari kesilapannya.
Setelah itu, Muhyiddin memperbetulkan kenyataan tersebut dengan meminta hadirin supaya tidak percaya kepada Barisan Nasional.
“Eh.. maaf, bukan Perikatan Nasional, jangan masuk itu TV. Kita tak boleh percaya Barisan Nasional,” katanya.
BACA: ‘Teliti sebarang kesalahan GISBH’ Sultan Selangor titah percepat proses tindakan