Tahun ini tak pernah putus terima STR, ikut je cara ini kalau nak dapat lagi STR 2025

Oleh SURIANI HAMDAN

Seperti yang diketahui, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi fasa 1 kini telah dibuka sehingga 30 November ini

. Walau bagaimanapun, bagi pemohon yang tidak mengemas kini maklumat selama tiga tahun berturut-turut,

mereka perlu mengikuti langkah kemas kini seperti yang dikongsikan di bawah.

Kegagalan mengemas kini maklumat boleh menyebabkan permohonan STR fasa 1 tahun 2025 ditolak.

Oleh itu, sila ikuti panduan penuh di bawah untuk memastikan proses kemas kini berjalan lancar.

Tahun ini tak pernah putus terima STR, ikut je cara ini kalau nak dapat lagi STR 2025

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengemas kini STR fasa 1 bagi tahun 2025:

1. Akses laman web rasmi STR melalui portal MySTR untuk log masuk ke akaun.

2. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk log masuk.

3. Jika anda belum mendaftar akaun, klik pada pilihan Daftar Akaun Baharu dan ikuti arahan yang diberikan.

4. Setelah berjaya log masuk, pilih bahagian untuk mengemas kini maklumat.

5. Pastikan maklumat seperti alamat, nombor telefon, dan status perkahwinan adalah terkini dan tepat.

6. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti penyata gaji, surat nikah, atau sijil kelahiran anak, bergantung pada keperluan.
7. Semak semula semua maklumat yang telah dikemas kini.

8. Klik Sahkan atau Hantar untuk melengkapkan proses kemas kini.

9. Cetak salinan permohonan atau kemas kini untuk rekod simpanan anda.

Setelah kemas kini dihantar, tunggu pengesahan daripada pihak STR. Anda akan dimaklumkan jika kemas kini berjaya atau jika terdapat sebarang masalah.

Pastikan kemas kini dibuat sebelum tarikh akhir 30 November untuk melayakkan anda menerima bantuan STR bagi tahun 2025.

BACA: ‘Rupanya ini yang abang buat sampai abah menangis, pertama kali abah angkat tangan’