Tahun depan waktu suram bagi semua negara, majoriti ekonomi meleset!

Oleh MHDAILY

Tahun depan waktu suram bagi semua negara, majoriti ekonomi meleset! Nomura Holdings Inc menjangkakan banyak ekonomi besar dunia akan mengalami kemelesetan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Kemungkinan itu berpunca daripada dasar kerajaan yang diperketatkan dan kos sara hidup yang semakin meningkat, sekali gus bakal mengheret ekonomi global terjerumus ke arah ‘pertumbuhan perlahan secara serentak’.

Nomura berkata, negara seperti Eurozone, United Kingdom (UK), Jepun, Korea Selatan, Kanada, Australia dan Amerika Syarikat (AS) akan terjerumus ke dalam kelemesetan, katanya dalam nota penyelidikan yang ditulis bersama oleh ahli ekonominya, Rob Subbaraman dan Si Ying Toh.

“Terdapat isyarat yang semakin jelas bahawa ekonomi dunia sedang mengalami kelembapan pertumbuhan yang serentak, bermakna negara-negara tidak boleh lagi bergantung kepada peningkatan eksport untuk mencatatkan pertumbuhan.

“Ini menyebabkan kami mengunjurkan kemeseletan di beberapa negara,” kata Nomura.

Tahun depan waktu suram bagi semua negara, majoriti ekonomi meleset!

Firma penyelidikan itu berkata, tahap kedalaman kemelesetan akan berbeza antara satu sama lain.

Di AS, Nomura meramalkan kemelesetan kecil, namun berpanjangan sehingga lima suku tahunan bermula dari suku terakhir 2022.

Inflasi dan kenaikan harga telah menjejaskan isi rumah di AS dan meningkatkan kebimbangan ke atas pentadbiran Joe Biden.

Nomura meramalkan kemelesetan lebih mendalam di Eropah dan akan terus menjadi semakin buruk seandainya Russia menghentikan seluruhnya penghantaran gas ke rantau itu, kata kedua-dua ahli ekonominya.

Ekonomi AS dan Eurozone dijangka menguncup satu peratus menjelang 2023.

Nomura berkata, ekonomi bersaiz sederhana seperti Australia, Kanada dan Korea Selatan pula dijangka berdepan risiko kemelesetan lebih mendalam daripada jangkaan seandainya kenaikan kadar faedah menjejaskan sektor perumahan.

Korea Selatan mungkin paling terjejas dengan jangkaan penguncupan 2.2 peratus pada suku ketiga tahun ini.

Kemelesetan di Jepun pula dijangka sederhana berikutan sokongan dasar berterusan dan penangguhan pembukaan semula ekonominya.

Nomura menjangkakan China sebagai terpencil memandangkan pemulihannya ekonomi dibantu oleh dasar akomodatif oleh Parti Komunis China (CCP).

“Risiko tetap ada memandangkan sekatan pergerakan baharu boleh menjejaskan pemulihan, dengan China mengurangkan sekatan namun masih kekal dengan dasar sifar COVID-19,” katanya.

BACA:

Khalid Samad belanja 180 orang Shah Alam tonton Mat Kilau

Orang ramai pertikai gelaran ‘Datin Seri’, Noniswara buka cerita sebenar

Rupanya ada versi asal filem Mat Kilau tapi tak jadi, ‘Shuk Sahar jadi Mat apa?’

Leave a Comment