Tahun 2021 kes adib ditutup, rupanya inilah peguam yang memperjuang kes adib, satu sen pun tak minta dari waris!
Hampir setahun menunggu, doa ibu bapa Muhammad Adib Bin Mohd Kassim seolah-olah termakbul apabila mendengar keputusan inkues semalam.
Mengimbau tragedi hitam yang berlaku pada Disember tahun lalu, rakyat Malaysia berharap agar keadilan dapat ditegakkan kelak.
Selain berpuluh saksi yang tampil memberikan keterangan, kelibat peguam keluarga Allahyarham iaitu Puan Syazlin Mansor juga mula mendapat perhatian ramai.
Semalan, pihak mahkamah bagai merealisasikan harapan orang ramai apabila keputusan inkues berpihak kepada Adib.
Sudah pasti, berita gembira itu bakal menjadi titik mula agar kebenaran yang lain dapat dibuktikan.
Selain itu, Puan Syazlin juga gagal menahan air matanya sekaligus mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak berkaitan.
Terima kasih pada semua rakyat Malaysia!
Tidak ketinggalan, seorang individu bernama Aidil Khalid di Facebooknya turut membuat posting apresiasi buat peguam berjiwa besar ini.
Mungkin namanya jarang menjadi tumpuan orang di sepanjang perbicaraan kasus Allahyarham Adib ini tetapi sebenarnya dia berdepan dengan pelbagai cabaran.
Tidak ketinggalan, Puan Syazlin menanggung semua kos guaman dengan duitnya sendiri.
Segala perbelanjaan daripada poket sendiri
Tidak cukup dengan itu, dia terpaksa berdepan dengan tekanan dari pelbagai pihak dan suaminya iaitu Tuan Soffian turut sanggup membuat pengorbanannya sendiri demi memastikan proses pembelaan berjalan lancar.
Oleh itu, saudara Aidil sempat mengajak kita semua untuk menghargai golongan profesional ini yang bertungkus-lumus menuntut keadilan Allahyarham Adib!
BACA: