Tahukah anda! TH zaman Najib jual aset ladang paling berharga milik TH

Tahukah anda! TH zaman Najib jual aset ladang paling berharga milik TH

Sejak dari dahulu..malah sebelum annual report 2012, TH mempunyai wawasan untuk mencapai 300 ribu hektar tanaman sawit. Matlamat ini dah ada sejak sebelum 2010 lagi dan pada 2012 telah mencapai sasaran 73% target tersebut iaitu 212 ribu hektar.

Maka di buka lah ladang sawit TH di seluruh Malaysia malah di luar negara seperti Kalimantan dan Riau.

Pada tahun 2012, dari ketiga tiga ladang ini, sektor Ladang Riau walaupun hanya keluasan 80 ribu hektar, ia merupakan penyumbang terbesar BTS (Buah Tandan Segar).

Pada 2012, sektor Riau sumbangkan 1.12 juta tan BTS. Bagi Malaysia hanya 689k tan BTS dan kalimantan 84 ribu tan BTS.

Bagi kilang pemproses pula, semenanjung ada 6 kilang, Kalimantan 1 kilang dan Riau ada 6 kilang.

Sektor Riau ni paling bernilai kepada TH!!!. ..dengan pengeluaran BTS paling besar sekali ganda walaupun digabungan sektor ladang Msia dan Kalimantan yang ada 7 buah kilang.

Tetapi..kenapa TH menjualnya kepada syarikat Indonesia ? Sedangkan bertahun tahun sebelum itu, TH sentiasa berusaha mencapai sasaran kekuasan sawit mereka kepada 300 ribu hektar.

Paling malang… nilai jualan usd930 juta ini sampai sekarang tidak diperolehi oleh TH akibat kecacatan urusniaga perjanjian jual beli.

Nak faham bagaimana kecacatan tersebut, sila baca link laporan khas The Edge ini.

https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-th-yet-receive-full-payment-indonesian-deal

Satu cara kebodohan macai najib ialah membahagikan nilai jualan syarikat TH ini dengan jumlah tanah yang dimiliki. Kononnya mendapat purata seekar berapa. Sedangkan kita menjual syarikat bukan sahaja termasuk aset tetapi termasuk tanggungan2 hutang, komitmen operasi bulanan syarikat dll.

Kalau ambil kira kes penjualan tanah Riau ini,

80 ribu hektar = 197600 ekar.

usd 930 juta = rm17,884 seekar sahaja. Ini tidak termasuk aset2 kilang dll. Jadi logik ke seekar tanah dengan pokok sedia ada di jual seekar RM18k? Inilah kebodohan cara macai najib mengira untuk dijadikan isu. Dan jangan lupa, tanah Riau ini merupakan pengeluaran paling besar BTS kpd TH dengan nilai sekali ganda dr ladang TH di Malaysia.

Cubalah search jika anda dapat beli tanah sawit yang telah matang dengan harga seekar RM18k…

ps: Saya sertakan siapakah BOD pada masa tersebut.

COMMENTS