Tahukah anda? Teori kepimpinan Ulama sebenarnya adalah doktrin syiah yang ramai tak tahu

Oleh MHDAILY

Tahukah anda? Teori kepimpinan Ulama sebenarnya adalah doktrin syiah yang ramai tak tahu.

Tahukah anda teori kepimpinan Ulamak ini adalah doktrin Syiah dan tiada asas dalam ilmu Siyasah Syar’iyyah?

Dalam ilmu Siyasah Syariyyah, melantik pemimpin mesti dikalangan Qawiy atau kuat atau Kompiten dan Amin atau Amanah Sebagaimana ayat 26 dalam Surah Al-Qasas.

Tahukah anda? Teori kepimpinan Ulama sebenarnya adalah doktrin syiah yang ramai tak tahu

Mazhab Syiah lahir berpunca dari perbezaan pandangan politik dan akhirnya meleret sehingga bab aqidah dan fekah.

Begitu juga dengan fahaman Khawarij yang mengkafirkan lawan politik disebabkan perbezaan pandangan politik.

Ini sama dengan pandangan Ustaz PAS “Raja mesti dibawah Ulamak”. Tidaklah hairan kerana Haji Hadi juga mengalu-alukan ideologi Syiah dan Khawarij dalam PAS.

Syiah mengangkat Ulamak bertaraf Ayatollah iaitu peringkat tertinggi ilmuan Syiah tetapi PAS pula mengangkat Ustaz-ustaz yang perasan bahawa mereka adalah Ulamak.

Mereka menunggang gelaran Ulamak ini sebagai perisai dari dikritik dan umpan untuk memenangi undi seterusnya memungkinkan mereka berebut jawatan dalam politik.

Ulamak sebenar diangkat kerana mereka bergelumang dengan Ilmu, bagaimana boleh berlaku jika ustaz PAS hari-hari berpolimik dan berpolitik?.

Ini bukan isu memisahkan Islam dan Politik, tapi meletakkan Ustaz PAS ditempat mereka, dan meletakkan pakar dalam pentadbiran dan politik ditempat yang sepatutnya.

Jika seorang ustaz dan ulamak itu punyai kepakaran dalam ekonomi dan pentadiran kenegaraan mereka juga boleh dilantik kerana punyai Qawiy atau Kepakaran.

Qawiy atau Kuat atau pakar adalah pertimbangan utama, bukan kerana mereka mempunyai latar belakang pengajian Islam maka wajib dilantik.

Ulamak-ulamak Mazhab seperti imam Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi, mereka tidak pun dilantik sebagai Gabenor malah sebahagianya menjadi pengkritik kepada pemerintah dan ada yang dipenjara. Tahap ilmu mereka lebih hebat dari ustaz-ustaz PAS.

Jelaslah PAS sebenarnya membina doktrin songsang ini dan dipasak ke dalam jiwa umat Islam di Malaysia sejak sekian lama.

ULAMAK POLITIK VS ULAMA DALAM TRADISI ISLAM

Ulamak dalam tradisi Islam yang sebenar diangkat kerana kesarjanaan dalam ilmu Wahyu. Bukan kerana dipolish Imej Ulama dalam kempen politik.

Kempen politik cenderung mengsucikan ulamak politik dengan cerita-cerita yang mungkin diada-adakan seperti mimpi berjumpa Nabi dan sahabat.

Ulamak Islam mendalami ilmu, menulis karya hebat, berijtihad dan mengeluarkan fatwa, mengajar kepada ummah. Sebab itu mereka diangkat sebagai Ulama. Karya mereka kekal hingga berabad-abad lamanya.

Ustaz-ustaz PAS yang perasan diri sebagai Ulamak, adakah mereka telah sampai tahap Ulamak mujtahid yang mampu mengeluarkan atau menginstinbat hukum?

Adakah mereka mempunyai ilmu-ilmu alat yang cukup sehingga melayakkan mereka berijtihad atau mengeluarkan fatwa?

Mereka ini mempunyai ilmu yang cetek dan bila cuba menangi undi pilihanraya, berlakulah gejala takfiri, hukum menghukum di tahap melampau, semua perkara dikaitkan dengan teknikal hukum walhal politik adalah berkaitan maslahah umum dan banyak yang bersifat ijtihadi dan tidak Qat’iy atau putus.

Ijtihad pula, tidak semesti hanya ulamak PAS sahaja yang betul, pemimpin lain juga akan ada ijtihad mereka yang mungkin berbeza dengan Ulama PAS.

Masalahnya berlaku bila PAS memaksa orang lain menerima ijtihad puak mereka sehinggal label melabel, kafir mengkafir dan menganggap ijtihad pihak lain sebagai sesat, terkeluar dari Islam.

Itu belum kira banyak pembohongan perlu dipertahankan kononnya untuk maslahah Parti.

Mereka juga mencetuskan dan mencipta fitnah-fitnah kepada lawan politik dengan sentimen Islam.

Bila pemimpin tiada Qawiyyul Amin, sebab itu ponteng parlimen jadi perkara main-main, tidak kompiten tak apa asalkan puak sendiri, sakau duit tak apa asalkan masuk akaun parti.

Qawiy (Kompitensi) bukan semata-mata tidak rasuah dan haramkan judi di Negeri pembangkang, tetapi lebih besar dari itu mengangkat martabat negara dan Insan ke tahap lebih tinggi berbekalkan pengalaman dan kemahiran terbaik.

HINA ULAMA & POLITIK MEDAN PERTEMPURAN

Akhir-akhir ini ramai ustaz-ustaz PAS berceramah di surau mengatakan “Kini ramai Ulamak-ulamak dihina..” Sekiranya Ustaz PAS tidak mahu dikritik, mereka sepatutnya menjauhkan diri dari Politik.

Medan Politik adalah medan pertempuran idea, Medan Check And Balance, kesilapan akan kritik, keputusan kerajaan akan dicabar. Dengan cara itu kerajaan akan jadi lebih baik dan tidak menyeleweng.

Baru-baru ini didedahkan seorang Ulamak PAS yang menjadi menteri Kerajaan Tebok Atap menurunkan tandatangan Kontrak berjumlah berbillion ringgit tanpa ketahui apakah dokumen yang ditandatangani. Akhirnya Anwar terpaksa memperbetulkan perolehan kontrak tersebut.

Bagaimana mungkin dia mempunyai kuasa menteri yang besar tanpa dia faham isu teknikal dan pentadbiran sehingga meluluskan kontrak bermasalah bernilai berbillion ringgit itu?

(tunjuk isu tembatan banjir, kontrak jana wibawa skali supaya tak nampak spesifik)

Bukankah ini bahaya kepada negara?

Lalu sekiranya ahli politik lain mengkritik dan membangkitkan hal ini, adakah itu dikira Menghina Ulama??

Ulamak PAS sebelum ini berpuas hati dengan Skandal Rasuah 1MDB dan Skandal Jana Wibawa bahkan mempertahankan rasuah-rasuah dan menghalalkannya. Malah mereka juga menjadi pencetus kepada Fitnah.

Adakah jika rakyat menegur Ulamak Politik PAS ini terus dikira menghina Ulamak?

Malangnya ramai umat Islam terperangkap dengan slogan PAS “Pertahan Ulama” atau “Jangan Hina Ulama”.

Malah atas semangat kasihkan Islam, mereka menjadi tukang sebar fitnah dan adu domba yang dicipta oleh Ustaz PAS ini.

Sebab itu Nabi memberi amaran Ulamak Jahat yang menjadi pencetus Fitnah akan lahir dan berbahaya.

Mereka pula berkempen pilihanraya menggunakan setimen perkauman dan agama tetapi bukan mempromosi idea, manifesto dan juga polisi terbaik untuk negara.

Itu yang menyebabkan rakyat semakin berpecah belah dan negara semakin rosak.

RAKYAT DAN NEGARA RUGI

Ini berlaku di Kelantan apabila doktrin ini dipasak di dalam jiwa rakyat kononnya itu selari dengan tuntutan Islam.

Kesannya ulamak PAS yang jadi kerajaan boleh membuat kenyataan bodoh tanpa rasa bersalah.

Bahkan isu Air yang menjadi perkara paling asas dalam kehidupan manusia pun tidak dapat diselesaikan dalam 30 tahun.

Mereka sentiasa menyalahkan orang lain atas kelemahan mereka mentadbir dan kurangnya kretiviti.

Pengaliran keluar tenaga kerja mahir dari kelantan berlaku besar-besaran dan seperti tiada noktah.

Hakikatnya, ustaz-ustaz PAS ini yang tidak pun mencapai tahap Ulamak mengikut tradisi Islam, menunggang sentimen ‘sayangkan ulama’ untuk memegang kuasa dan menjadi perisai atas kelemahan mereka mentadbir.

 

BACA:

“Kecewa dan luluh hati aku, katanya pergi outstation, rupanya cek in genting dengan janda umur 51 berpangkat nenek”

Korang rasa dah terpaling hacker guna ‘incognito mod’? Guna mod ini selamat ke? Ini sebenarnya yang berlaku