Tadahan air Ulu Muda : Tuntut pampasan dari Persekutuan

Oleh MHDAILY

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berpendapat Kedah harus mendapatkan pampasan yang adil dari Kerajaan Persekutuan dan bukannya Pulau Pinang, kerana menjadikan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air di utara Semenanjung.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa berkata, air mentah dari Ulu Muda bukan hanya memberi faedah kepada 1.77 juta penduduk di Pulau Pinang tetapi juga dinikmati oleh keseluruhan 4.2 juta penduduk di tiga negeri wilayah utara, termasuk Perlis dan Kedah.

Beliau berkata, wawasan Kerajaan Persekutuan melalui projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berasaskan kepada gabungan kekuatan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak untuk menjadi pusat ekonomi dan hab teknologi bertaraf dunia tidak akan dapat dicapai tanpa jaminan bekalan air untuk semua negeri berkenaan.

Baca Artikel Penuh