Adalah normal leader takaful/insurance dok ‘cucuk’ suruh buat full time. Maknanya berhenti kerja sedia ada dan buat full time.
Di-conditon minda kita bahawa kerja ini adalah path of financial freedom dan be your own boss.
Saya nak bagi tahu, tak payah percaya sangat cakap leader itu. Dia bukan sincere pun ( hmm…nampak buruk sangka kan? ) ,
dia ada overiding. Dia nak lagi ramai join dia fulltime, supaya lagi banyak overiding dia.
Leader akan beri harapan kebebasan masa, melancong percuma, perniagaan boleh diwarisi dengan mudah, boleh pakai kereta besar ( hang pa jangan tak tau, leader pun ada yang tercungap-cungap bayar installment kereta. Tutup roadtax expired dengan flyer, takut anak buah nampak )
Saya cuma nak ajak agent / bakal agent, agar jangan terburu-buru berhenti kerja yang ada income yang stabil. Kalau ada wang reserve gaji bersamaan 2 tahun atau lebih, kalau tiba-tiba income tiada pun masih mampu bertahan ( tanpa berpeluh sejuk ), boleh la try buat full time.
Agent baru, pada peringkat awal adalah normal dia punya mementum agak tinggi kerana masih ada circle of friends dan family untuk support dia. Maka, syiok la dok submit cases. Kalau pool of friends sudah habis, masa itu barulah cabaran sebenar bermula.
Dalam kontrak agent, anda hanyalah agent / wakil. Sekadar itu sahaja. Bukannya employee. Jika anda tak met requirement persistency 85% dan lain-lain requirement syarikat dan BNM, company berhak terminate anda tanpa perlu bagi apa-apa penjelasan atau pampasan.
Jika anda diterminate, dan nak bermula balik. Anda akan bermula dengan pendapatan KOSONG balik.
Tahu siapa boleh rekemen company terminate kontrak anda? Jawapan : Leader yang sama yang dok baik, rapat, belanja makan ( kalau ada la ye ), lembut gigi dari gusi selama ini. Anda mungkin anggap dia kawan, tapi mungkin dia anggap anda sebagai tool / kuda sahaja.
Company akan utamakan leader berbanding agent, walaupun agent struggle dengan pelbagai masalahg menggunung.
Ini bukan masalah mereka. Masing-masing jaga periuk nasi sendiri sahaja. Leader boleh assign agen lain ambil alih semua pelanggan lama anda. Mereka tak mahu simpan agent tak tiada performance / persistency rendah. Virus katanya.
Mungkin ada pernah tengok kawan-kawan nampak succesful dalam bidang ini, kadang-kadang mereka hanya malu mengaku masalah yang dihadapi.
Ye la, dulu cerita pasal own boss, kereta besar, freedom, tiba-tiba sekarang ada masalah…siapa nak mengaku kan. Ini realiti. Bukannya menghina.
Adakah saya dengki kawan-kawan join tafakul ? Nak perjatuh semangat ? Tak, saya sekadar nak gunakan bahasa terus terang, agar kawan-kawan nampak sisi gelap dan risiko ‘karier’ ini.
Kawan-kawan nak cerita di ruangan komen, boleh la. Cuma saya rasa elok saya share pandangan ini, mudah-mudahan ada kebaikan. Insya Allah.
Disclaimer : saya tak la kata semua leader macam tu. Memang ada yang baik sungguh, rezeki masing-masing la.
BACA: ‘Tengah healing ke tu?’ Tempat pasangan kekasih ini ‘healing’ jadi tumpuan netizen
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio