Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bersama tiga pengundi kawasan itu
untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan yang menghentikan peruntukan bagi kawasan parlimen berkenaan.
Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya berkata, permohonan tersebut dibuat di luar tempoh masa yang ditetapkan
oleh undang-undang, dan beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan perkara itu.
“Permohonan tidak difailkan dalam masa tiga bulan seperti yang dikehendaki undang-undang.
Selain itu, isu peruntukan adalah urusan eksekutif yang berada di luar bidang kuasa mahkamah,” jelas beliau, yang kini bertugas sebagai hakim Mahkamah Rayuan.
Wan Ahmad Farid turut menyatakan bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan kerajaan untuk menyediakan dana kepada mana-mana ahli Parlimen, tanpa mengira sokongan politik mereka.
“Oleh itu, permohonan ini ditolak. Namun, memandangkan kepentingan awam dalam kes ini, saya tidak mengenakan sebarang perintah berhubung kos,” katanya.
*Syed Saddiq Akan Merayu Keputusan*
Selepas prosiding, Syed Saddiq memaklumkan kepada media bahawa beliau akan merayu keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.
Pada 23 April lalu, Syed Saddiq bersama tiga pengundi Parlimen Muar, iaitu Najib Abu Nawar, Mohd Bakirudin Abdullah, dan Muhamad Fadzly Bisri, memfailkan permohonan semakan kehakiman itu. Mereka menamakan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.
Mereka memohon mahkamah membatalkan keputusan kerajaan menghentikan penyaluran RM500,000 daripada jumlah keseluruhan RM1.7 juta yang sepatutnya disalurkan terus ke akaun Pusat Khidmat Parlimen Muar untuk program kebajikan masyarakat, bantuan bencana, dan kesejahteraan komuniti.
Selain itu, mereka juga meminta mahkamah mengembalikan akses Syed Saddiq kepada sistem myKhas, yang menguruskan dana pembangunan RM2 juta untuk kawasan tersebut, serta membatalkan keputusan membatalkan projek bernilai RM230,300 yang telah diluluskan melalui sistem berkenaan.
Pemohon turut memohon agar mahkamah membatalkan keputusan kerajaan yang enggan meluluskan peruntukan kepada Syed Saddiq bagi pelaksanaan program di bawah ‘Projek Mesra Rakyat’ atau program seumpamanya bagi tahun 2024.
Mereka berhujah bahawa tindakan responden melanggar hak kesamarataan Syed Saddiq sebagai Ahli Parlimen Muar dan hak tiga pemohon lain sebagai pengundi kawasan itu, seperti yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
BACA: Ini sebab kenapa jangan buang resit ATM, ada peluang buat duit dibelakang resit!
1 thought on “Syed Saddiq terciduk, permohonan semakan kehakiman ditolak”