Siapa sangka syarikat penerbangan tertua di dunia, Czech Airline bakal menutup operasinya pada hujung bulan ini.
Penerbangan terakhir syarikat itu akan tiba dari Paris pada 28 Oktober, menandakan berakhirnya operasi mereka secara rasmi. ,kata laporan News.com.au,
Czech Airlines setakat waktu ini sudah beroperasi 101 tahun dan pernah menjadi salah satu syarikat penerbangan terbesar di Eropah.
Bagaimanapun ketika ini, syarikat tersebut kini hanya beroperasi di dua laluan penerbangan sahaja
iaitu ke Paris dan Madrid dari Lapangan Terbang Václav Havel di Praha.
Syarikat penerbangan ini juga hanya memiliki dua buah pesawat Airbus A320-200.
Dijangka, penerbangan terakhir Czech Airlines ini adalah ke Paris pada 28 Oktober nanti, menandakan berakhirnya operasi mereka secara resmi.
Setelah itu operasional akan diambil alih oleh syarikat penerbangan Czech yang lain iaitu, Smartwings.
“Syarikat penerbangan ini telah memaklumkan bahawa operasinya akan ditutup pada 28 Oktober dan akan diambil alih oleh penerbangan Czech yang lain, Smartwings,” lapor portal berita itu.
Baca: ‘Mungkin pemandunya buta’ Rakyat Malaysia parking senget undang kemarahan orang Thailand
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio