Syarat baru masuk Thailand ramai tak tahu, ini yang perlu disediakan kalau tak nak kena halau

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Pelancong dari luar perlu membawa sejumlah wang tunai sekurang-kurangnya RM1,992 semasa melancong ke Thailand, menurut laporan The Thaiger.

Kedutaan Indonesia di Bangkok, Dewi Lestari, memaklumkan perkara tersebut dalam satu temu bual eksklusif dengan rangkaian Indonesia RRI.

Beliau menjelaskan bahawa peraturan ini terpakai kepada semua pelancong tanpa mengira kewarganegaraan,

Syarat baru masuk Thailand ramai tak tahu, ini yang perlu disediakan kalau tak nak kena halau

di mana mereka dikehendaki menunjukkan bukti kewangan bagi mengelakkan risiko tidak dibenarkan masuk.

“Ramai rakyat Indonesia mengadu kerana dilarang masuk ke sempadan, mendorong kedutaan kami mengeluarkan peringatan penting ini,” katanya berhubung syarat ketat kemasukan ke Thailand.

Menurut senarai semak kedutaan, bakal pelancong perlu menyediakan keperluan termasuk pasport yang sah, tiket pergi balik, dan bukti penginapan hotel.

Di bawah Bab 2, Seksyen 12, Akta Imigresen Thailand 1979, pelancong yang gagal memenuhi kriteria tertentu berisiko ditolak masuk, terutamanya jika mereka tidak mempunyai dana yang mencukupi, lapor World of Buzz.

Mengulas lebih lanjut mengenai penelitian yang lebih intensif oleh imigresen Thailand, Lestari berkata pihak berkuasa akan mengambil tindakan keras terhadap sebarang penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia.

“Walaupun dalam undang-undang tidak menyatakan jumlah tetap, namun berdasarkan data pengembara perlu membawa sekurang-kurangnya 15,000 baht (RM1,992) untuk mereka yang melancong secara individu.

“Manakala 20,000 baht (RM2,659) bagi mereka yang melancong dalam kumpulan atau keluarga,” katanya.

Lestari turut menasihatkan kepada semua pelancong untuk melengkapkan dokumen diri yang diperlukan dan memastikan mereka membawa wang tunai minimum bagi mengelakkan diri daripada tidak dibenarkan masuk sempadan.

Sebelum ini, Gabenor TAT Thapanee Kiatphaibool melaporkan bahawa pelancong dari Malaysia muncul sebagai pelawat terbanyak yang mengunjungi Thailand dengan jumlah keseluruhan 4.56 juta pelawat daripada 28 juta pelancong pada tahun 2023, lapor Bernama.

BACA: “Mula-mula tak kisah suami selalu bercerita semua apa yang berlaku di rumah dengan mak mertua tapi dengan isteri, dia bercakap apa yang perlu”