Syamsul failkan penceraian terhadap Ira Kazar, ini respon Datuk Yusof Haslam

Oleh ANITA ABD RAHMAN

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah,” itulah reaksi pertama Datin Patimah Ismail apabila ditanya mengenai laporan yang menyatakan anaknya,

pengarah terkenal Syamsul Yusof, 40, telah memfailkan perceraian dengan isterinya, Ira Kazar, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.

Patima merupakan isteri kepada Datuk Yusof Haslam, menyatakan rasa syukurnya jika berita tersebut adalah benar.

“Jika berita ini benar, saya amat bersyukur. Semoga Syamsul kembali ke jalan yang benar,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa dirinya telah memaafkan keluarga Ira Kazar atas apa yang telah berlaku.

Syamsul failkan penceraian terhadap Ira Kazar, ini respon Datuk Yusof Haslam

“Namun, nasi sudah menjadi bubur dan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul telah hancur, anak-anak menjadi mangsa,”

tambahnya, merujuk kepada perkahwinan Syamsul dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah, yang berakhir dengan perceraian pada 14 Jun tahun lalu.

Datuk Yusof Haslam pula memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai berita perceraian tersebut.

“Maaf, saya tidak tahu-menahu sebab kami sudah putus hubungan (dengan Syamsul) bertahun lamanya, begitu juga dengan Datin (isteri). No komen,” katanya ketika dihubungi.

Berita mengenai perceraian Syamsul dan Ira ini muncul selepas khabar angin mengenai keretakan hubungan mereka mula tersebar sejak Oktober tahun lalu.

Walaupun tiada kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak pada masa itu, spekulasi terus beredar di kalangan peminat dan media.

Syamsul dan Ira, yang nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkahwinan mereka menjadi kontroversi, terutamanya selepas Syamsul mengesahkan perkahwinan tersebut melalui sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada Januari tahun lalu.

Perkahwinan tersebut juga menyebabkan Puteri Sarah, yang ketika itu isteri pertama Syamsul, nekad untuk memfailkan perceraian.

Perceraian antara Syamsul dan Ira ini dijangka akan terus menjadi tumpuan umum, terutama memandangkan pengaruh besar Syamsul dalam industri perfileman Malaysia.

Kini, ramai yang menunggu perkembangan lanjut mengenai kes ini dan kesannya terhadap semua pihak yang terlibat.

BACA: ‘Macam mana budak umur 2, boleh jalan dalam semak sejauh 100 meter’ Pemilik kebun bersuara, dedah punca kes keropok beracun