Syamsul dan Puteri Sarah sah cerai cara baik.Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, menetapkan prosiding kes lafaz cerai pengarah, Syamsul Yusof terhadap isterinya, Puteri Sarah pada 18 April ini.
Ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas berhubung status Jawatankuasa Pendamai (JKP),
peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah, 38, berkata,
Syamsul dan Puteri Sarah, telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman.
Bagaimanapun, terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut, antaranya hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, eddah dan harta sepencarian.
Sebelum ini Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini memerintahkan pasangan suami isteri, Puteri Sarah dan pengarah filem, Syamsul Yusof supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Mahkamah Syariah, Akmaluddin Ilyas memerintahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada JKP bagi proses berikutan selepas Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof enggan menceraikan Puteri Sarah pada prosiding sebutan kes hari ini.
Syamsul melalui peguam, Rushdan Sujak memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya enggan melepaskan Puteri Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin kerana percaya masih ada harapan untuk berdamai.
Bagaimanapun, difahamkan Puteri Sarah tetap mahu beliau diceraikan dengan cara baik.
Ketika ditemui di luar bilik bicara, pelakon itu menyatakan sudah tidak sinar dalam perkahwinan mereka.
“Just let me go. Apa sinarnya dalam perkahwinan ini? Sebelum ini tidak ada apa-apa sejak tahun 2000, mengapa kini ada sinar pula? Lepaskanlah saya dengan baik Syamsul.
“Syamsul pun sudah kahwin lain, saya tidak marah malah doakan mereka. Lepaskan saya,” ujarnya.
Bagaimanapun Syamsul yang ditemui media enggan mengulas, sebaliknya hanya menunjukan tanda peace sebelum masuk ke dalam lif.
BACA:
Kenapa wanita bujang suka sangat dengan suami orang, ini sebab buat ramai isteri kecundang
Kenapa McDonald’s tak guna lagi badut Ronald Mcdonald’s? Sebabnya sangat menyeramkan!