Sumbang makanan percuma kepada tentera israel, giliran Pizza Hut pula diboikot

Oleh FAHMI ABBAS

Pizza Hut menghadapi gelombang boikot yang meluas dari masyarakat di seluruh dunia

selepas dilaporkan bahawa rangkaian makanan segera tersebut menyokong negara Israel dengan menyediakan makanan percuma kepada tentera Zionis.

Pada 19 Januari, Pizza Hut Israel telah menyiar semula sebuah gambar di Instagram Stories daripada pengguna @alex_shults.

Sumbang makanan percuma kepada tentera israel, giliran Pizza Hut pula diboikot

Dalam gambar itu, dua askar Israel tampak tersenyum sambil memegang timbunan kotak pizza Pizza Hut.

Agensi berita Palestin seperti Rangkaian Berita Quds telah berkongsi semula tangkapan layar gambar tersebut di Instagram dan media sosial lainnya, memulakan gerakan boikot dari pihak yang menyokong Palestin.

Dalam beberapa bulan terakhir, beberapa gerakan telah dilancarkan untuk menggalakkan boikot meluas terhadap jenama-jenama yang dianggap memberi sokongan kepada Israel, termasuk Starbucks dan Mcdonald’s.

Hingga kini, Pizza Hut belum memberikan respons terbuka terhadap gerakan boikot tersebut atau mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menafikan penyediaan pizza kepada tentera tersebut.

BACA: “Emak lari pergi rumah nenek dan menyorok, bawa aku dan adik-adik sekali, walaupun dah 40 tahun berlalu, aku masih ingat peristiwa masa usia aku 6 tahun”