Suka hati guna laluan tol, Mat motor kena hempuk dengan Pak guard buat ramai puas hati
Sebagai pengguna jalan raya, pasti tahu bahawa sudah disediakan lorong khas untuk kenderaan masing-masing.
Seperti kita tahu laluan tol adalah untuk kenderaan seperti kereta, lori, bas serta jentera berat.
Sudah tentu motosikal juga ada laluan khas untuk mereka untuk mereka melepasi tol. Bagaimnapun, masih ada lagi pengguna motosikal menyalahgunakan lorong tol sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.
Seperti yang terjadi baru-baru ini tular berpuluh-puluh geng konvoi motosikal menyalahgunakan lorong tol dipercayai berlaku di Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) berhampiran Kg Lekir.
Tindakan mat motor itu sekaligus mengundang kemarahan pengawal keselamatan yang berada disitu yang bertindak menghempuk helmet salah seorang penunggang terbabit sebelum menghalau mereka untuk menggunakan lorong yang sepatutnya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpuas hati dan menyokong pengawal keselamatan berkenaan bertindak sedemikian.
Agak-agak apa sebab pengguna motosikal ‘liat’ sangat nak guna laluan yang disediakan? Boleh kongsikan dengan kami.
BACA: Hanya kerana itik, pemuda ini berjaya raih RM50000 sebulan, ini rahsia kejayaannya