Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa agar subsidi kepada anak-anak dari keluarga terkaya di sekolah-sekolah terbaik yang dibiayai kerajaan dihentikan.
Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, kerajaan ingin bersikap adil
Dalam pengagihan bantuan dengan mengutamakan kumpulan yang memerlukan, termasuk golongan rentan.
“Bagaimana kita harus melaksanakannya? Ketirisan yang berlaku, termasuk menghantar anak-anak golongan terkaya
ke sekolah menengah sains yang menerima bantuan dan subsidi tinggi daripada kerajaan, harus dihentikan.
“Saya ingin memberi hebahan awal mengenai ini sebelum pengumuman belanjawan 2025 bulan depan,” katanya ketika berucap pada pelancaran Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan.
Anwar menyatakan bahawa terdapat ketidakadilan apabila anak-anak penjawat awam kanan, pemimpin politik, dan pengusaha terkenal dihantar ke sekolah-sekolah terbaik yang dibiayai oleh kerajaan.
Menurutnya, situasi ini tidak mencerminkan peratusan anak-anak miskin yang mempunyai akses kepada pusat pendidikan terbaik yang dibantu kerajaan, seperti sekolah menengah sains dan Maktab Rendah Sains MARA.
“Sepatutnya, jika anak orang kaya dihantar ke fakulti kejuruteraan, sama ada Melayu, Cina, atau Iban, mereka harus membayar.
“Dengan cara ini, kita dapat menampung kekurangan untuk golongan memerlukan,” katanya.
Anwar juga menekankan bahawa sindrom kebergantungan berterusan dalam kalangan golongan rentan terhadap bantuan kerajaan perlu ditangani dengan serius dan tidak boleh dibiarkan berterusan.
Jelasnya, kebergantungan yang berterusan bukanlah penyelesaian mutlak, terutama dalam usaha untuk memerdekakan ekonomi mereka daripada kelompok miskin tegar.
BACA: Panas!!! Putera Mahkota Arab Saudi akhirnya terpaksa mengaku tak peduli dengan Palestin?
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio