“Suami tuduh aku curang rupanya dia yang curang, aku tak sangka budak tu kecil je nampak je bertudung labuh, rupanya kami semua satu pejabat!”

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Hasil perkahwinan selama 22 tahun aku perolehi 4 orang anak, semua dah besar. Tinggal yang kecil je masih di sekolah rendah.

Apa yang aku nak cerita tentang pengalaman hidup dengan suami aku yang mempunyai masalah narcissistic personality disorder (NPD).

Aku cuba relate pengalaman aku dengan ciri – cirinya supaya dapat jadi panduan pada yang lain.

"Suami tuduh aku curang rupanya dia yang curang, aku tak sangka budak tu kecil je nampak je bertudung labuh, rupanya kami semua satu pejabat!"

Basically, orang yang ada narcissistic disorder ni tak akan pernah mengaku dia ada masalah, malah ahli pskologi pun susah nak detect mereka. Sebabnya ia memerIukan masa yang lama untuk kesan karekter mereka.

Pada mata orang lain, NPD adalah seorang yang perfect, romantic, caring, angel, soft spoken, gentle and 100% idaman semua. Ianya boleh dirawat namun sikap individu dengan NPD sendiri yang memilih untuk tidak berubah.

Berdasarkan kajian, majoriti NPD adalah lelaki, tak tahu kenapa, mungkin kerana ego yet to maintain their charming. Narcissistic ni adalah satu peny4kit yang mana semuanya tentang mereka. Apa sahaja yang dilakukan perlu mengikut pandangan mereka.

Selalunya kita tak perasan atas alasan ingin jadi isteri yang patuh, mereka ketua keluarga atau tradisi melayu memang macam tu. Tapi m4akin lama, saya salahkan diri saya sendiri kerana terlalu bertoleransi hingga membiarkan dia layan saya begitu. Alhamdulilah, akhirnya saya berjaya nampak ‘warna’ sebenar suami. Ini adalah NPD.

1. M4nipulasi. Ini adalah ciri paling utama. NPD boleh pilih samaada seseorang itu boleh menjadi m4ngsanya atau tidak jika kita biarkan diri kita dim4nipulasi oleh mereka. Kes saya, suami akan mula bercakap tentang sesuatu yang dia nak.

Siang malam pagi petang dia tak akan berhenti cakap tentang benda tu. Dengan kata lain dia akan cuba hasut supaya kita pun akan terpengaruh dengan kehendak dia. Pertama kali saya dim4nipulasi sebelum kahwin. Masa tu baru bekerja, gaji RM 900 lepas potong segala bagai net pay dalam RM 700 lebih.

Masa tu handphone baru sahaja berada dalam pasaran, saya ingat lagi Motorola PCN600 berharga RM 600. Saya tak tahu macam mana saya boleh terikut dan biarkan dia habiskan gaji saya begitu sahaja. Masa tu dia bagi alasan susah nak hubungi saya, kalau saya ada handphone mudah nak berkomunikasi.

Sedangkan dari awal dia yang guna ke hulu ke hilir bawa ke kelas. (masa tu dia belajar lagi saya dah kerja). Kemudian kes kereta, lepas bersalin saya nak beli kereta kancil je, bayar bulan – bulan. Untuk bawa anak checkup dan balik kampung.

Tapi suami saya ni suka barang antik (hobi orang kaya walaupun dia zero), ntah macam mana kenalan dia pujuk dia beli kereta Opel tahun 70-an. Kata dia sama je macam bayar bulan – bulan beli kereta kancil tapi lagi bagus sebab short term.

Saya membantah, mana saya ada duit RM 2,500 untuk bayar cash kereta tersebut. Dan seperti yang diketahui dia mula sabotaj saya, silent treatment, tak bercakap dengan saya. Itu adalah cara dia kalau tak dapat apa yang dia nak. Kami pula duduk di rumah mak mentua.

Tak nak panjangkan isu, saya pinjam Ahl0ng (sebab masa tu saya bekerja, dia pula kerja tak tetap, takde payslip). Tapi ahl0ng tetap ahl0ng. Lambat 1 hari diorang dah tercegat depan pintu office dan rumah. Saya f0bia, cerita pada mak dia, kemudian baru dia setuju jual balik kereta tu dan bayar bakinya.

Banyak yang saya rugi sebab dah bayar dalam beberapa bulan. Akhirnya saya beli juga kereta bayar bulan – bulan. Dalam tempoh perkahwinan, dah acapkali saya terp4ksa ikut kehendak dia hanya kerana tak mahu besarkan isu jadi lebih panjang.

Sifat dia dari dulu sampai ke akhir hubungan kami, tiap kali nak balik kampung dia akan buat per4ngai untuk sabotaj plan tersebut. Ada sekali sebelum ada kereta, kita balik kampung dengan bas sahaja. Saya dah beli tiket untuk 3 orang.

Beberapa hari sebelum nak balik, dia bercerita tentang harga promo VCD player, sungguh – sungguh ajak saya pergi tengok dulu sebelum balik kampung. Katanya disebabkan display set, tinggal 1 unit takut balik dari kampung nanti dah takde.

Saya ikut tengok tapi saya tak setuju sebab display set. Saya yang nak bayar RM 429 tu. Dia memang lah tak rasa, tapi bagi saya besar amount tu dengan gaji tak banyak mana. Disebabkan saya tak beli dia ‘merajuk’, dia tak ikut balik, siap bawa beg pergi tidur rumah kawan dia.

Sedihnya waktu tu, saat bas dah nak jalan pun saya masih harapkan dia muncul di Puduraya. Itu antara kenangan paling sedih dalam hidup saya. Lepas balik dari kampung saya pergi cari dan belikan VCD tu untuk dia, tapi rezeki saya Allah bagi unit yang baru. Jauh lebih baik.

Masa tu berharap dia akan berubah bila lihat usaha saya tu. Betapa naifnya saya waktu itu. Itu belum lagi cerita bila Shopee dan Lazada muncul, dia akan hantar link, tolong bayar dulu, pinjam dulu nanti dah dapat gaji bayar balik.

Walaupun tahu janji itu di angin lalu saya tak pernah minta. Sebab dah acapkali bila saya persoalkan bab ni, saya dik4takan mengungkit. Allahu…. sepanjang kahwin 22 tahun, setiap bulan sewa rumah, makan dan sekolah anak saya yang cover.

Hanya sekitar 10 tahun yang lepas bila dia dah dapat kerja tetap dia bayar bil letrik, beli beras 10 kg dan gas untuk memasak 1 tong serta bayar saya RM 300 – 500 (ikut angin dia, itulah duit sewa rumah, grocery, segala bil yang ada, duit belanja anak di university).

Jujurnya amount tu saya sempat beli grocery 2 – 3 kali sahaja, duit belanja anak di IPT RM 100 / seminggu. Tapi setiap kali dapat saya tetap panjatkan kesyukuran dan doa supaya Allah murahkan rezeki dia hingga melimpah ruah.

Dulu masa arw4h mak dia ada, saya selalu kena ingatkan dia tiba hari gaji untuk masukkan duit untuk mak dia sendiri. Sebelum tu saya yang bagi pada mak dia, tapi saya rasa dia lepas tangan. Setiap kali saya ingatkan dia bagi duit kat mak ayah ni rezeki yang datang lagi berganda, setiap kali tu jugalah saya kena tempelak, katanya nak bagi macam mana, baki yang tinggal pun tak banyak mana. Dia tak faham konsep rezeki dalam Islam.

Beberapa kali berg4duh bab ni, nampaklah dia berubah sikit, walaupun jumlah dia bagi sekecil RM 50 pun takpelah daripada takde langsung. Sebab dia selalu merungut rezeki dia susah dan sempit, saya nak tolong tapi bila jelaskan dia tak boleh terima.

Dan saya sendiri tak pernah beritahu dia berapa yang saya bagi pada mak ayah saya. Walaupun dia tak pernah menghalang tapi saya tahu dia tetap nak mempersoalkannya. Bagi saya biarlah duit saya, mak ayah saya sendiri.

Berbanding dengan dia, saya more resourceful. Pelbagai input baru dan aplikasi yang saya guna saya share dengan dia. Seringkali dia macam tak berminat, acuh tak acuh, tak pernah hargai usaha saya dan anggap apa yang saya lakukan atau laksanakan itu sebagai takde apa – apa.

Tapi kalau ada kawan atau saud4ra mara dia yang bertanya tentang perkara tersebut dia akan terangkan seolah – olah dia yang melakukan semua tu. Tak cukup dengan itu, dia akan suruh saya terangkan untuk dia fahamkan.

Saya bukannya nak kredit, tak menguntungkan saya pun tapi sikap munafik dan cara dia m4nipulasi saya tu buat saya menyampah sangat – sangat. Adalah lagi banyak kisah manipulasi ni, saya cuma highlight yang penting dan berbaloi untuk dikongsi.

2. Controlling. Contoh, masa mula kahwin dulu, saya tak ‘dibenarkan’ dengar lagu atau tonton cerita yang saya suka. Saya hanya boleh suka atau ikut muzik atau filem yang dia nak sahaja. Begitu juga bab makanan, saya masih ingat macam mana dia maIukan saya sebab saya suka siput sedut depan mak mertua saya. Belum lagi bab pakaian, pergaulan serta dunia sosiaI saya.

Pernah sekali kita plan nak jumpa kakak dia, saya pakai kemeja tangan panjang merah, hanya kerana dia tak suka warna merah dia pr0voke saya dengan pelbagai nista. Waktu tu jiwa saya memang member0ntak, tapi saya masih muda. Takkan nak tulis sebab perceraian, dia tak suka saya dengar lagu, film favorite saya, pakaian atau pun makanan.

Nampak remeh temeh kan tapi jujurnya itulah satu titik tolak kepada kesengsaraan yang lebih besar. Dia akan benarkan saya buat sesuatu jika perkara itu memberi benefit pada dia. Contoh saya punya perniagaan online, jadi saya perlu keluar negara untuk urusan tersebut.

Namun dalam pada itu, saya selalu dipsik0. Dengan siapa saya berjumpa, apa yang saya perkatakan, siapa yang duduk sebeIah saya, did I meet any guy. Urusan bisness saya pun berlaku melalui whatsapp dan atas talian sahaja.

Jika ada customer yang nak jumpa, saya akan tolak sebab saya jadi f0bia. Sebab bila saya minta izin nak keluar jumpa customer saya kena inform in detail dan ikut urutan, dengan siapa, kat mana, dari pukuI berapa sampai pukuI berapa. Saya cuma boleh inform apa yang ada dalam pengetahuan saya sahaja.

Tapi kadang – kadang memang client yang bermesej tu perempuan, tapi bila jumpa ada suami atau teman lelaki atau ada lelaki yang ikut sama. Kita tak boleh nak control. Jadi kalau dia tahu kemudiannya, memang dia akan soal siasat saya macam saya sengaja nak menipu.

Saya jadi takut kalau tetiba kawan atau dia sendiri ternampak dan dia tuduh memang saya menipu. Masa kerja di syarik4t pertama dulu, dia akan call saya setengah jam sekali, in case saya engage, saya kena call balik jelaskan dengan siapa saya bercakap, berapa lama urusan apa.

Sah – sah office urusan kerjalah kan. Berapa tahun lepas, saya jumpa semula bos lama saya, soalan pertama bos saya tanya, “its your husband still agitated like last time”. Orang luar pun nampak jelas hidup saya macam mana tapi tak tahu kenapa saya mampu bertahan sampai ke tahap ini. Complicatednya hidup saya ni, sukar nak diterjemah.

Disebabkan itu, saya fobia kerja company yang ramai staff, lagi – lagi staff ada staff lelaki. Macam office saya sekarang kami bertiga dengan majikan, hanya majikan lelaki. Bilamana tiba officemate saya cuti, hidup saya sengsara.

Dia pernah suarakan pada saya, bila saya berdua – duaan di office tu boleh ditangkap basah. Allahu, bos saya non muslim, family man dan sangat religious dalam agama dia. Kalau ada kawan sekeraj pakai yang terdedah sikit pun, boss saya akan jaga pandangan.

Pernah sekali dia call tanya saya dengan siapa, saya kata saya seorang sebab officemate cuti. (Masa tu memang bos tak masuk lagi, manalah saya tahu dia nak datang bila, office dia sukati dialah kan). Lepas tu bos saya pun masuk. Elok je lepas tu dia tiba hantar buah kat saya.

Bila tengok bos saya ada terus dia buat muka seolah – olah saya dah menipu dia. Seharian saya tak boleh concentrate dengan kerja, terfikir apa yang akan saya hadap bila balik nanti. Itu bos saya, dengan budak cuci kereta pun dia boleh syak wasangka.

Kebetulan budak tu kenal officemate saya, masa keluar makan collegue saya hanya bertegur cakap hello je dan budak tu pun perasanlah saya. Sejak dari tu, bila Nampak saya sekali budak tu akan angkat tangan atau tegur “ahkak” , itu je. Itu pun saya kena kena soal siasat, macam mana kenal, berapa lama kenal dan macam – macam lagi.

Ayat dia bila dia tahu saya akan berurusan dengan lelaki “ baik – baik jelah” dan “jaga – jaga jelah” sambil buat muka suspicious. Kadang – kadang tu, saya menyampah tapi tak tahu kenapa saya masih mampu bertahan. Itu kisah bila saya sedang cari rezeki untuk tanggung isi rumah.

Kisah dengan keluarga saya lain pula ceritanya. Dia sangat tak suka dengan adik ipar saya yang dia rasakan saingan dia. Adik ipar saya tu mampu dan selalu penuhi apa sahaja permintaan mak ayah saya. Sebagai anak saya bersyukur sebab kalau nak harapkan saya memang tak ke mana.

Tapi suami saya sangat tak suka sebab dia rasa adik ipar saya tu melebihi dia dalam segala hal. Saya pernah cakap pada adik saya sendiri jangan datang rumah saya sebab dia tak suka. Saya terp4aksa cakap sebab dah tahan dengan ayat – ayat suami yang meny4kitkan hati saya.

Ada sekali adik ipar saya tu ke London dengan adik saya untuk bercuti, suami boleh tak suka dan cakap kat saya sepatutnya dia yang pergi dulu sebab family dia asal sana. Saya macam, what the hell! Sampai satu tahap adik saya tahu favourite saya keropok ikan, dia selalu belikan untuk saya setiap kalli balik ke kampung.

Itu pun jadi isu, suami saya syak bukan adik saya yang belikan tapi adik ipar yang bagi sebab dia yang kerja di sana. Allahu sampai ke tahap itu dia relatekan semua benda. Sedangkan dia sendiri siap boleh berkaraoke berpadu suara dengan adik ipar perempuan saya dalam majlis kenduri kahwin. Kalau saya yang buat macam tu, tak boleh nak bayangkan.

Dia juga tak suka saya kerap balik kampung saya walaupun yang keluarkan semua perbelanjaan tu adalah saya. Tapi Allah nak tunjuk ada sekali tu mak dia kahwin dengan orang kampung saya, jangan tak percaya setiap minggu kitorang balik kampung alasan nak tengok mak dia.

Macam tu sekali dia layan saya, tapi saya masih bertahan. Tapi saya masih jaga mak dia s4kit di hospitaI. Kalau saya nak keluar jumpa dengan kawan – kawan pun saya kena minta izin 2 – 3 minggu lebih awal. Paling penting kena bagitahu ada lelaki atau tak dalam perjumpaan tu.

Selalu bila minta izin dia diam je, tapi bila tiba hari saya nak pergi baru dia akan bersuara dengan pelbagai ayat prov0cation, “bukan hari tu dah jumpa ke? Perlu ke jumpa? Kenapa nak jumpa?” Ini berlarutan sekian lama. Saya tak boleh ada me time. Me time itu adalah satu pengkhi4natan bagi diri dia.

Dia tak suka kalau saya ajak ke shopping complex. Sebagai orang perempuan bukan kita nak shopping pun, just nak cuci mata. Dia persoalkan kenapa nak pergi kalau tak beli apa. Kalau dia ikut, dia akan buat muka dan sabotaj, setengah jam ajak balik. Tapi bila saya nak pergi sendiri tak bagi.

Pernah satu ketika saya str3ss sangat – sangat, saya ambil cuti separuh hari plan nak selesaikan urusan di kemudian nak jalan seorang sahaja. Tapi dia tak bagi, dia akan hantar saya, selesaikan urusan di kaunter dan dia akan hantar saya balik baru dia akan pergi kerja.

Bila tiba raya dan buka persekolahan, saya akan pergi beli sendiri, itu dia akan benarkan tapi dah tentu kena bawa anak – anak. Kalau sahaja – sahaja saya seorang itu adalah sesuatu yang luar biasa. Dengan kawan – kawan anak saya pun dia syak saya ada perasaan.

Saya selalu layan kawan – kawan anak saya seperti anak – anak saya sendiri. Salah satu sebabnya saya nak diorang jujur jika ada apa – apa isu. Itu pun jadi hal katanya, “nama pun lelaki, boleh je kahwin kan.” Sampai tahap begitu dia pandang saya.

Kadang – kadang saya harap supaya saya kuat untuk betul – betul curang supaya dia puas hati, tapi saya iman saya masih teguh. Allah sahaja yang tahu apa ada dalam hati saya setiap kali dia lafaz begitu.

3. Never can put themsleves in another shoe. Dia bukanlah pendengar yang terbaik. Bila kita cuba nak berkongsi cerita dan mengadu, no feedback. Kalau ada feedback pun jawapannya acuh tak acuh. Tapi berlainan kalau dia yang bercerita. 4 jam perjalanan dalam kereta dia akan bercerita tak henti.

Kadang – kadang ada isu di office saya nak bercerita, baru bersuara 2 minit dia akan cerita pula tentang kisah office dia hingga ke benda yang tak penting pun. Sampai satu tahap saya dah tak nak cerita apa – apa. Sampai satu tahap saya fobia nak duduk dalam kereta berjam dengan dia.

Kalau saya tidur saya diperli. Masa saya s4kit nak lahirkan anak pun lagi teruk. Kita nak mengadu dan bercerita apa yang kita alami, tapi dia akan mengadu kisah dia amik anak sekolah, beli lauk, mandikan anak lah, penatlah, jammedlah, susah nak dapat parking, ada eksiden lah. Kebanyakan saya diamkan diri. S4kit saya ni tak terbandinglah dengan s4kit dia. Penat saya ni takde apa – apa berbanding penat dia. Lelah saya ni takde nilai kalau dibandingkan dengan lelah dia.

4. Focus to themselves / To treat them in special way. Semua tentang diri dia adalah special, dalam banyak urusan yang melibatkan pembayaran kena attend kedai, lokasi yang mana dia dilayan 1st class even do yang tukang bayarnya adalah saya.

Contoh bab repair kereta, pernah sekali saya keluar beribu untuk repair aircond hanya sebab dia kenal baik dengan orang yang repair. Tak sampai seminggu rosak balik, dah jadi baru dia benarkan saya hantar ke bengkel yang saya pilih.

Bila melibatkan apa sahaja urusan dia, maka dibenarkan bawa laju, sepantas yang mungkin. Sebab itu urusan dia, kena cepat. Tapi bila melibatkan urusan saya dia berlengah dengan macam – macam alasan. Laju – laju nanti eksiden, kenapa nak cepat – cepat, sabotaj dengan tak bercakap, parking kena betul – betul.

Sikap yang macam ni adalah corak reaksi mereka untuk prov0oke dan sabotaj kerana ia tidak memberikan apa – apa kebaikan pada mereka. Pernah adik saya datang rumah, macam biasa dia selalu bagi alasan nak mandi dan naik atas tak turun – turun.

Sifat dia yang saya kenal, bila dia buat macam tu saya pun kena ikut naik atas bilik tinggalkan tetamu sendirian. Tapi hari tu saya buat tak layan, tak ikut dia. Jadi masa hantar adik keluar, we have discussion di depan pintu gate pula.

Biasalah adik beradik bila bercerita terutamanya bila ada isu tertentu. Bila adik dah balik baru dia turun dia tanya saya, apa yang disembangkan tu, lama betul. Saya pun jawab oh biasalah…. hal kampung…. dia boleh jawab haiii…. itu je ke… punya lama bersembang takkan hal kampung je.

Saya membentak, kalau dah tahu macam tu kenapa naik atas, kenapa tak ikut sekali, kau boleh tahu dari A sampai Z. Bagi mereka, mereka layak dapat layanan istimewa. Saya perlu jelaskan satu satu, ikut turutan tanpa tinggalkan satu pun cerita. Ingat saya boleh ingat semua benda ke apa yang saya katakan.

Seperti yang saya nyatakan, NPD nakkan layanan istimewa. Bila masuk kedai, kena layan dan tanya seolah – olah dia adalah RAJA. Sama juga dengan kawan – kawan dia, siapa yang bagi kebaikan pada dia merupakan kawan baik dia.

Kalau ada kes yang tak memuaskan hati dia, selalu salah tu datang dari orang lain. Kalau sesuatu berlaku tak seperti yang dia mahukan, maka orang lain tak memahami dia. Sama juga bila balik ke kampung, dia hanya akan ikut bersembang perkara yang dia suka sahaja.

Selain daripada itu dia akan pergi je. Dan saya sendiri tak dibenarkan berhimpun dengan keluarga, kalau dia masuk bilik saya kena ikut sama. Kadang – kadang bila kami berkumpul berbual di ruang tamu, dia lalu bermuka manis tegur mak ayah saya dengan nada yang lembut tapi pandang saya dengan pandangan yang saya seorang sahaja faham.

Bila benda ni terjadi saya menggelabah, fobia dan macam – macam perasaan muncul sebelum nak masuk bilik. Dia akan pr0voke saya, bila saya react dia kata saya overreaction. Setiap kali balik dengan dia, saya selalu rasa ada batu besar atas saya, dan saya seperti belon kejap kecil kejap besar.

Bila mengembang bila – bila boleh meIetup, bila mengecil bila masa je boleh hilang dari dunia ni. Itulah perasaan saya. Saya lebih suka balik tanpa dia, saya bebas tapi nak menjawab pelbagai soalan dari mak saya, mana suami, kenapa suami tak balik dan pelbagai lagi…. Allah, Allah, Allah…. bila ingat balik luluh rasa.

5. Always being a center of attraction. Seperti yang dinyatakan di atas, saya adalah seorang yang resourceful. Dalam apa jua planning saya akan buat banyak research dan dapatkan informasi yang betul. Oleh itu saya selalu menjadi sumber rujukan adik – adik saya dalam sesuatu hal sementelah saya anak yang sulung. Itu yang dia tak suka.

Contoh kalau bercuti hanya saya, dia dan anak – anak semuanya akan ok. Tapi, kalau percutian itu melibatkan mak ayah dan adik beradik saya, saya akan tertekan. Setiap masa saya terp4ksa berhati – hati dan jujurnya 100% saya tak pernah enjoy kalau bercuti dengan keluarga saya.

Ada sahaja isu yang dia akan sabotaj, contoh buat muka, tak bercakap, bila tiba makan dia akan duduk meja yang lain. Dan saya? Terp4ksa jawab dengan mak dan adik – adik saya, suami saya kenapa? Ada masalah ke? Ada apa – apa ke?

Saya sendiri tak boleh nak jawab sebab saya tak tahu apa salah saya. Kadang – kadang masuk bilik air saya menangis sepuasnya, lap air mata kuar saya buat tak tahu terus dia. Sudahlah tiap kali kalau bercuti saya yang keluarkan duit dari awal sampai akhir.

Ingat lagi masa bercuti ke Langkawi, dia nak sabotaj juga, saya mengalah. Saya beri dia RM 500 dengan alasan tu duit makan. Agar dia rasa diri dia berharga, dan jadi reference. Bila dia rasa dia diperIukan dia akan happy, baru saya pun boleh happy. Memang hidup saya tak normal, tapi waktu itu hanya fikir anak – anak.

6. Will create reason even it is no reason. NPD suka cipta alasan walaupun sebenarnya alasan itu tak wujud langsung. Seperti yang saya jelaskan di atas, saya tak perIukan hp tapi dia akan cipta alasan mudah untuk berhubung masa kami belum berkahwin.

Alasan untuk penuhkan cita – cita dia dengan kereta antic dengan alasan tak perlu bayar bulan – bulan untuk tempoh yang panjang. Itu memang betul tapi hanya jika kereta itu worth, ini tak, seminggu guna minyak hitam leaking dan pelbagai isu lagi.

Paling saya tak tahan alasan yang dia ciptakan bila dia tak boleh buka phone saya tempohari. Phone saya setting as face recognition tapi dia tahu passwordnya. Sebelum ini memang saya set tarikh lahir dia, tapi satu masa saya planning surprise birthday untuk anak perempuan saya.

Saya planning dengan kawan – kawannya dan disebabkan dia selalu buka phone saya, saya tukar password takut anak saya terbaca message antara saya dan temannya. Dah berkali – kali saya beritahu suami password phone saya ikut tarikh lahir anak saya tapi dia masih nak acting v1ctim.

Katanya kenapa saya nak letak password, kalau eksiden macam mana nak orang nak hubungi keluarga terdekat. Sumpah saya terdiam sebentar cuba digest alasan dia, its make sense ataupun saya yang salah dengar. Sekarang ni phone apa yang tak letak password.

Rentetan itu saya member0ntak habis – habisan. Dah cukup! Kemudian baru ni dia call mak saya, katanya saya masih teringat kekasih lama saya. Allahu….saya tak tahu nak gelak atau pun menangis. Orang tu pun dah mereput dalam kubvr, sibuk dengan urusan akhirat dia nak menjawab dengan mungkar nangkir, takde masa saya nak fikir.

Apa yang ada dalam fikiran suami saya pun saya tak tahu. Satu masa saya terbaca message dia dengan anak saya. Dia pesan jangan beritahu saya yang dia message anak saya takut saya marah. Saya terpinga kejap, saya tanya anak saya tentang hal tu. Anak saya nafikan. Kemudian saya tanya ayah dia cakap macam tu, anak saya pun tak faham.

7. Gaslighting. Dalam hidup dia, kalau saya bercakap dengan lelaki maksudnya saya ada feeling. Hampir 22 tahun dia layan saya begitu menyebabkan saya ragu – ragu dengan diri saya sendiri, betul ke saya punya feeling bila mana bercakap dengan lelaki.

Acapkali terjadi menyebabkan saya sukar bercakap dengan kaum berlainan jenis pada eye level. Dia buat saya rasa diri saya kotor, perempuan murah atau seperti peIacur. Satu masa, saya benar – benar percaya saya perempuan jahat yang sentiasa ada agenda bila berhubung dengan lelaki lain.

Dalam banyak kes,bila dia cipta alasan pada sesuatu yang tak sepatutnya, saya pun ikut percaya walaupun saya sendiri tahu ianya tidak begitu atau tak sepatutnya wujud. I’m in denial for so long dan seringkali itulah saya selalu ragu ragu dengan keputusan saya sendiri.

8. Lack of Contrition and Self-Serving V1ctimhood. Jika apa yang jadi pada saya adalah sesuatu yang sengaja saya cipta dan adalah tidak patut, namun ia berlainan dengan diri dia. Sedangkan dia pula selalu berdua – duan dengan officemate dia yang ada kisah silam dengan dia.

Perempuan tu dah bercerai dengan suami dia, memang duduk di office 24 jam sebab takde rumah dan suami saya kerja shift. Dia pula jenis tak suka nak keluar tengah malam minum lepak di kedai dengan kawan – kawan lagi dalam group dia.

Jadi seringkali tengah – tengah malam hanya mereka berdua je ada dalam office. Tapi tak tahu kenapa saya tak persoalkan. Ada sekali tu, kawan dia call dia, kitorang dalam kereta nak pergi beli basikal anak, tetiba kawan dia tanya beli basikal untuk anak perempuan tu ke?

Saya persoalkan kalau takde angin pokok tak bergoyang, tapi orang seperti dia memang pandai menepis. Siap dengan love b0mbing, menepis dan beria persoalkan attitude dan moral perempuan tu. Tetiba hari itu saya jumpa video mereka, cara dia berkomunikasi dengan perempuan tu tak mencerminkan langsung dengan apa yang dia katakan.

Dulu masa mengandung anak perempuan saya, dia main cinta dengan budak office juga. Memang tak sangka, budak tu kecil, nampak naif bertudung labuh. Kami semua satu office, cuma saya dalam bilik saya sementara mereka dalam satu department.

Saya berhusnuzon tak pernah bersangka buruk. Cuma hari tu saya kecewa, saya dah belikan tiket buffet untuk raikan birthday dia tapi dia tak balik. Katanya dia habiskan masa di masjid malam tu. Takpelah, saya percaya. Tapi Allah gerakkan hati saya untuk check email dia.

Suami saya memang tak pandai dalam bab – bab ni. Rupa – rupanya mereka berhubung melalui email walaupun meja mereka berselang sahaja. Baca conversation mereka, luluh hati saya rasa dihempap batu. Bila jadi macam tu dia akan love b0mbing saya semula dengan pelbagai perkara dan cipta alasan saya yang buat dia jadi macam tu.

Kerja saya memerIukan saya selalu outstation. Saya percaya dan berhenti kerja. Management tak benarkan, diorang akan pecat budak perempuan tu. Tapi saya beritahu mereka, budak tu ada mak ayah nak tanggung. Saya boleh cari kerja lain, inshaa Allah pengalaman dan qualification saya tak membataskan rezeki saya. Dan suami berjanji tak akan ulangi perlakuan itu. Allah juga Maha Mengetahui. Dan jujur saya dah tak kisah, hati saya pun dah kosong pada dia, lantaklah…

Penutup… Mesti ada yang tanya tak pernah jumpa kaunselor ke? Pernah, masa saya menginjak umur 40-an saya beritahu dia saya nak hidup normal. Saya tak tahu berapa lama lagi saya akan hidup. Saya hanya nak hidup tenang.

Kami ke pejabat agama, tapi disarankan untuk kaunseling. Masa kaunseling mereka tanya nak ustaz ke ustazah, saya terus jawab ustazah sebab saya tahu apa yang berlaku nanti dia akan guna situasi ini untuk att4ck saya semula.

Selepas kami dipanggil, kaunselor pun cakap 100% salah suami. Apa yang saya alami adalah tidak normal, suami yang perlu berubah. Masa tu nampak jelas muka dia berkerut tak boleh terima keputusan itu, masa keluar dari pejabat agama pun masih nampak dia tak puas hati. Tapi dia janji akan berubah.

Adalah 6 bulan saya bahagia, kemudian dia datang balik per4ngai lama malah m4kin teruk. Lebih p4rah dia salahkan kaunselor sebab katanya kaunselor tu perempuan sebab tu sebeIahi saya…. Allahu….. tabahlah hati… itu je lafaz saya.

Mungkin ada juga yang persoalkan kenapa tunggu berpuluh tahun baru nak buat keputusan. Satu je…. kerana anak. Ini pun bila anak yang kecik sebut rindu nak keluar makan satu family macam dulu saya dah goyah. Seharian saya menangis mengenang keputusan saya ini.

Tapi jujurnya, jujur saya kata jika saya perlu bertahan lagi, mungkin saya akan ambil nyawa saya sendiri. Saya masih tr4uma dengan kejadian yang lepas. Saya plan nak jumpa kawan – kawan masa belajar dulu, dari 2 minggu saya minta izin saya dah beritahu semuanya perempuan.

Sikap saya sebelum keluar, saya akan pastikan saya masak untuk anak – anak supaya mereka tak kelaparan. Masa tengah masak ada saud4ra saya call minta tolong. Saya jawab saya sedang masak kejap lagi saya reply. Bila letak phone suami ambil dia nak check conversation dengan kawan – kawan saya samada betul atau tidak, tiada lelaki yang joint. Tapi dia tak boleh buka phone saya.

Saya pula masa tu baru nak start masak, terfikir takut saya terlupa di kemudian masa jadi saya minta telefon dari suami untuk selesaikan urusan tersebut. Tetiba dia terus membentak, katanya saya menggelabah kalau dia pegang phone saya.

Waktu tu saya baru mula nak masak dan saya perlu fikir, susun ayat untuk jelaskan kenapa saud4ra saya call agar dia tak salah faham. Seperti yang saya jelaskan di atas, suami saya menuntut penjelasan yang terperinci, penuh..

Tapi saya fikir nak selesaikan masak dulu, saya akan ceritakan step by step. Tapi dia tak boleh terima dan kata saya sengaja tukar password sebab nak sembunyikan sesuatu dari dia. Allahu…. saya menjerit sekuat hati…. sumpah masa tu saya rasa nak tik4m diri sendiri .

Tapi melihatkan wajah anak yang kecil saya istighifar, saya menangis semahunya lepas apa dalam hati. Saya tak sedar bila saya pijak apa ntah sampai pecah berkecai, kaki saya mula rasa s4kit bila saya dah sedar. 2 jam saya bersendiri kat dapur bermonolog sendiri apa dah jadi dengan hidup saya.

Saya tahu saya perlu buat sesuatu sebelum benda buruk berlaku. Saya habiskan masak dan keluar dari rumah. 2 hari lepas tu anniversary kami, dia wish dan kali ni saya takkan termakan dengan lovey dovey story dia. Saya pasakkan dalam minda yang saya kena keluar dari hubungan ni.

Namun disebabkan anak masih menghadapi exam, saya tangguhkan dulu. In shaa Allah hujung bulan ni saya akan pastikan semua ini tamat. 3 malam saya isthikarah, saya yakin ini yang terbaik. Saya takut iman saya sem4kin tipis di asak sehingga begini.

2 orang anak saya pun sudah tunjukkan sifat – sifat seperti ayah mereka. Suami saya selalu tunjuk kononnya dia menyokong setiap apa yang anak – anak lakukan tapi hanya saya yang tahu apa yang dia luahkan pada saya.

Seringkali saya jadi tempat untuk dia lepas geram dan saya pula yang selalu marah anak – anak bagi pihak dia. Sebab tu imej saya sebagai seorang yang pemarah dan selalu naik angin tebal di kalangan anak – anak. Sedangkan dia ayah yang suci.

Sejak dari tarikh itu kami tak bertegur sapa, saya pergi sahaja ke mana saya nak pergi tanpa pengetahuan dia. Saya dah tak kisah sebab bagi saya dia bukan suami saya lagi. Pada dia, saya hanyalah sebagai financial support dalam rumah ni. Tak lebih tak kurang.

Saya hanya diperIukan untuk penuhkan mana lompong yang ada. Hak saya tak wujud. Sabar setinggi gunung, tiap hari ditarah akan susut jua akhirnya. Itulah gambaran diri saya. Dia memang dikenali sebagai lelaki yang budiman, hatta nak pinjam lighter pun cara dia minta izin menunjukkan seolah – olah dia mempunyai pekerti mulia.

Kadang – kadang saya rasakan dia mempunyai topeng muka yang berlainan. Dia memang family man, tak suka keluar rumah, selalu buat breakfast untuk saya (tapi based on preference dia, so saya kena habiskan walaupun saya tak suka).

Kalau dia tak kerja, dia akan pastikan saya makan dekat katil baru turun bawah. Dia tak suka saya bangun awal buat kerja rumah kalau dia ada kat rumah. Dia tak kisah drive kemana kalau saya nak makan sesuatu. Pendek kata, selagi saya ni keseorangan, saya adalah manusia paling bahagia.

Sebaliknya jika saya melibatkan dengan orang luar selain family dalam rumah ni, saya adalah permpuan murah. Sudah lama saya hidup in denial. Pada saya apalah sangat ujian saya ni nak dibandingkan dengan orang lain.

Bagi saya selagi dia bukan kaki ar4k, perempuan, jvdi atau kaki pukuI saya patut bersyukur. Tapi bila saya hilang pertimbangan hari tu, saya tersentak sendiri. Kadang – kadang lebih baik bersuamikan kaki pukuI, nampak Iuka tu. Tapi kes saya mentally abvse, hanya saya sahaja yang tahu.

Saya halalkan dunia akhirat setiap kudrat dan wang ringgit selama saya hidup dengan dia. Saya lepaskan segala hutang dan tanggungjawab dia yang terg4ntung selama menjadi isteri dia. Saya cuma perIukan lafaz dia untuk lepaskan saya.

Saya akan tuntut nafkah kedua anak yang masih di bawah umur supaya dia tak lepas tangan. Saya tak kisah dia nak kahwin ke atau nak ada hubungan dengan tangungjawab baru, tapi saya akan pastikan tuntuan saya itu dipenuhi.

Saya cuma berharap sinar baru pada tahun baru yang menanti. Saya yakin ini ujian Allah untuk saya, saya agungkan suami sebelum ini kerana saya rasa itulah sebaik – baiknya selari tuntutan agama. Tapi saya lupa Allah pun berfirman,

”Tuhan (Allah) tidak menzaIimi mereka itu (maksudnya manusia), tetapi merekalah yang menzaIimi diri mereka sendiri.” (QS. Ar Rum: 9)

Ayat ini yang saya terima on my Daily Verse dalam application Muslim Pro saat saya masih berdolak dalik apakah keputusan saya ini betul atau tidak. PukuI 4 pagi saya baca dengan linangan air mata. Allahu… terima kasih ya Allah….

Sekarang saya dalam proses tuntutan penceraian, sangat berat apatah lagi bila menatap wajah anak yang masih kecil tapi saya dah tak mampu untuk bertahan… – Nobody (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nurul Yussof : Aku pernah dengar ceramah ustazah, si isteri seorang cikgu hampir 30 pert4hankan perkahwinan kerana anak. Si suami seorang kaki pukuI. Dia fikir at least ada ayah keluarga yang sempurna tapi selepas tempoh itu dia ambil keputusan cerai kerana ada antara anak – anaknya dah ikut sikap ayahnya.

The moment kita rasa anak tak cukup kasih sayang. Sebenarnya kita memang dah ada pemberi kasih sayang yang utama. Lelaki narcissist aku pernah terpedaya. Dulu cinta dan menafikan waktu itu walaupun dah terang – menipu menipu dan gaslighting. Caring dan semua orang fikir dia sangat baik orangnya. So hati – hati orang macam ni kuat manipulate

Fazlina Saif : Saya bertahan 10 tahun untuk beri peluang kepada ex dan kerana sayangkan anak – anak. Tapi kalau ada suami sama macam takde dan terus menerus tanggung pend3raan mental dan emosi, apa gunanya.. Saya nekad berpisah masa anak yang sulong umur 9 tahun dan anak yang ke-2 umur 3 tahun.

Kerana pend3raan mental dan emosi, saya jadi depr3ssion. Saya harap kak teruskan niat kak, hanya kak tahu apa yang terbaik untuk diri kak.. mental dan emosi tak sihat, macamna kak nak bahagia.

BACA: Artis BBNU belanja orang ramai shopping tapi ‘select’ bank?