Suami tikam saudara sendiri guna sabit, cemburu isteri teman pergi pasar malam. Seorang suami di Probilinggo, wilayah Jawa Timur, Indonesia disyaki membunuh saudaranya sendiri kerana terlalu cemburu.
Bunuh saudara sebab cemburu buta
Suspek berusia 35 tahun itu bertindak membunuh saudaranya yang dikenali sebagai Fa kerana mengajak isterinya berjalan-jalan ke pasar malam.
Menurut seorang pegawai polis, Jamal, kejadian terbabit berlaku pada Jumaat lalu di mana suspek yang dikenali sebagai Bebun membunuh mangsa dengan menggunakan sabit disebabkan cemburu buta.
Ujarnya lagi, ketika itu suspek melihat Fa sedang menunggang motosikal sebelum mengejar mangsa lalu membunuhnya dengan kejam. Penduduk setempat yang menyaksikan insiden tersebut bertindak melaporkan kepada pihak polis.
Bebun sempat melarikan diri dan bersembunyi di rumah saudaranya yang tidak jauh daripada tempat kejadian.
Berjaya ditangkap polis
Walau bagaimanapun, dia berjaya ditangkap oleh pihak polis tiga jam selepas insiden berdarah itu manakala mangsa pula dihantar ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Kami rampas barang bukti iaitu sabit yang digunakan untuk membunuh mangsa di tempat kejadian.
Susulan daripada itu, suspek berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika didapati bersalah kerana membunuh mangsa mengikut undang-undang Indonesia.
BACA:
Kecoh isteri MB Kelantan pakai handbag mewah RM26K
Apa dia ajaran sesat Millah Abraham ini sebenarnya?
Pemancing berjaya naikkan patin paling besar dunia selepas 90 minit bertarung