“Suami tiba-tiba buat perangai, malam tu aku dengar sesuatu sampai terjaga dari tidur, rupanya suami tengah cucuk-cucuk..”
confession ni untuk aku berkongsi dalam masa yang sama mohon support, doa dan tips bagi yang pernah alami perkara sama.
Daripada apa yang aku faham, penyakit ni menyebabkan pesakit alami halusinasi dari segi visual, pendengaran, rasa.
“Suami tiba-tiba buat perangai, malam tu aku dengar sesuatu sampai terjaga dari tidur, rupanya suami tengah cucuk-cucuk..”
Pesakit akan dengar, nampak dan rasa apa yang kita tak nampak, dengar dan rasa. Husband aku di diagnos menghidap penyakit schizophrenia beberapa bulan lepas.
So aku akan cerita kejadian sebelum dan selepas dia di diagnos penyakit ni.Sebelum diagnos.. Husband aku dari seorang yang sayangkn family termasuk family aku, jadi panas baran tanpa mengira siapa…
Walaupun dengan adik lelaki aku, sedara mara. Dia suspek macam2.. Kononnya aku ni ada buka aurat depan adik ipar.. Bergurau yang tak sepatutnya dengan adik lelaki kandung sendiri.
Dan cemburu tiba2 kononnya aku ada bercakap mesra dengan staf lelaki kat tempat kerja.. Sampai ada beberapa kali dia ajak bercerrai.
Dari penjelasan husband, dia ada dengar suara yang menghasut dia.. Mengata buruk tentang aku sekaligus minta dia siasat aku masa aku dekat rumah parents aku.. Dan dia buat! Dia pegi siasat senyap2.
Kejadian lain, nampak binatang besar dalam sungai dan dia hampir terjun ke sungai yang dalam tu.
Kadang dia akan nampak biawak besar dan ini akan betul2 mengganggu dia.. dia nampak di lantai penuh dengan binatang macam semut, ular.
Husband tak boleh tidur malam.. jadi setiap malam dia akan merayap naik motor.. Masa ni, dia akan nampak macam2. Ada satu hari, dia jumpa aku.. Katanya nak makan ubat tidur.. Rasa diri tak betul…
So aku call kawan aku yang kerja di jabatan psikitri, dia suggest aku bawa husband ke hospital.
Fast forward, hari pertama temujanji psikitri, husband aku jadi triggered sebab doktor tanya banyak soalan.. Kebetulan aku tak dapat hadir sekali, sampai akhirnya dia call minta aku datang ke klinik..
Semasa di interview, Dr kata masih perlu di kaji simptom ni tetapi most likely schizophrenia.
Balik dari klinik, husband jadi stress.. Katanya dia malu nanti di panggil orang gila.. Dia takut dengan masa depan dan kerja dia.
Husband aku mulanya dapat ubat resperidone 1mg.. Mula makan ubat, husband aku develop simptom seperti yang Dr explain pada kami.
Lidah mengeras, tangan kaku, mata mengantuk… Anyway, overtime, badan adapt dan husband aku boleh cope up.
Sekarang dose da cecah 3mg, sebab halusinasi tu masih ada… Cuma husband aku biasanya tak ambik 3mg, dia cuma ambik 2mg sebab tak tahan dengan side effect.
So now aku nak cerita halusinasi yang dia cerita… ada yang aku rasa bertambah.. Tapi ada juga yang berkurang/ terkawal.
Husband selalu nampak seseorang yang matanya semua hitam.. figure yang tak dapat dipastikan lelaki atau perempuan.. Dia nampak di kebanyakan tempat yang dia pergi.
Di pasar, di roadblock, di supermarket…Husband aku tak takut, tapi dia jadi marah sampaikan pernah sekali masa tengah drive, dia decided untuk langgar figure tu… Nasib baik hilang.
Apa yang aku takut, memang wujud orang betul tapi dia nampak figure tu… Takut jadi kes langgar anak orang pulak.. So aku nasihatkan dia untuk kawal amarah dia…
Telinga dia selalu dengar bunyi mentera.. Katanya macam bunyi bacaan di kuil.. So bila dia dengar, dia akan tekup telinga, sujud… Telampau stress sebab rasa sangat terganggu…
Dulu waktu husband aku tak sedar, terperangkap dalam halusinasi tu, aku akan masukkan dia dalam 1 bilik.. Sebab aku tak nak anak aku nampak.
Jadi bila aku masukkan dalam bilik, dia akan dengar pulak hasutan.. Suara gelakkan dia sebab kena kurung.. Ada jugak suara kata dia menyusahkan hidup aku dan family.
So biasa aku memang akan dengar bunyi sepak terajang dia dalam bilik.. Baling2 barang..
Tapi aku terpaksa letak dalam bilik untuk elak anak2 nampak… yang kecik akan menangis.. yang besar akan pergi dekat ayah.. cuba pujuk ayah.. Apa dia tahu? Umur baru masuk tadika.
Pernah sekali, aku di dapur, si bongsu pergi pada ayah, bagi mainan.. Minta ayah tolong dia nyalakan mainan tu.
Husband panggil aku, tapi aku lambat pegi sebab tengah cuci pinggan…. Sekali aku dengar mainan tu dah di baling sampai pecah.
Husband aku tolak pinggan nasi yang dia nak makan sampai beterabur nasi… aku ambil anak2.
Letak jauh dari ayah dia.. Aku pegang tangan dia, dan dia kilas tangan aku… Bertahan aku.
Pujuk sampai dia lepas.. Menangis aku. Menangis anak… Pernah juga, anak sulung aku melawak kononnya nak lawan dengan ayah guna kayu golf mainan tu…
Sekali ayah dia sepak… Nasib tak kena anak… Berlari anak sulung aku jauh dari ayah…
Aku tarik husband masuk bilik, bagi dia makan ubat… Lepas minum air, di baling cawan ke dinding…
Entah malam bila, aku tidurkan anak, aku hampir lelap sekali.. Tiba2 dengar barang jatuh di dapur.. Rupanya husband aku tak sedar… Dia pegang plsau dan cucuk2 chopping board tu….
Aku tangkap tangan dia… Loose kan pegangan dia pada pisau tu… then tepaksa sorok plsau tu… so sekarang, bila keadaan dia tak ok, aku kena sorok barang2 tajam kat dapur.
Actually, mental aku semakin break down.. Aku dapat rasa tu… Kadang aku tak mampu nak cope up dengan simptom ni… aku jadi stress, tak boleh control marah pada anak kadang2..
Anak yang sulung faham perubahan ayah dia… bila dia nampak ayah dia lain, dia akan tanya, ayah nak ubat? Ayah sakit kepala ke?
Dan dia akan bagitahu aku, ibu, ayah tak sihat.. Sakit kepala.. Kena bagi makan ubat… Husband aku pernah minta untuk aku bersama dengan dia ke tempat yang dia tak mampu nak pergi seorang macam tempat sesak/ supermarket…
Dia lebih confident bila aku ada… Sebab dia tak perlu nak berpura-pura tak nampak apa dia nampak.. Dia akan bagitahu aku, dan aku akan verify benda tu wujud tak..
Cumanya aku perasan dia akan terperangkap dan tak mampu kawal halusinasi tu kalau dia ada konflik dengan aku atau dia stress di tempat kerja…
Macam aku cakap tadi, mental aku breakdown… Stress sebab aku tak boleh ada rasa marah pada dia.. Perasan aku kena kawal sepenuhnya atau nanti dia akan relapse..
Dan benda ni akan makan diri aku… Seperti baru2 ni, aku terkejut tiba2 husband jadi agresif pada anak yang nak bermanja dengan dia…
Berubah muka anak sulung masa bagitahu aku… Aku bawa husband ke bilik air, minta dia mandi… Makan ubat…
Dan aku pulak yang tiba2 jadi telampau stress sampai tak mampu kawal emosi pada anak… Anak aku menangis.
Tak bersuara…. Yesss.. Itu bukti dia sangat terguris dengan aku… And untuk semua perilaku husband aku, bila aku jelaskan, katanya dia tak sedar walau satu pun….
Dia nampak anak, dia nampak aku… Tapi dia di dunia lain.. yang dia tak mampu kawal. Parents kami sedia maklum penyakit ni, tapi mertua aku tak percaya husband ada sakit mental.
Katanya buatan orang/ gangguan… dan aku tak mampu nak explain semua pada family sebab solution yang di bagi, tak tenangkan aku….
Aku cuma nak bercerita.. Nak orang dengar saja… Sebab aku rasa aku pun akan hancur… Walaupun tak ada yang nampak perubahan pada aku… Aku berdiri tegak…
Muka tak ada perasaan… Tapi hakikatnya aku menangis… Aku cari kekuatan.. Aku cipta angan2… Untuk aku lupakan memori agresif husband aku… Sampaikan aku hilangkan dia dari angan2 aku…
Kawan2… Bagi aku kata semangat… Kongsi dengan aku pengalaman korang.. so aku tau aku bukan paling sakit… Aku bukan paling susah….
Bantu aku untuk terus berdiri… Sebab aku takut perkara ni ganggu anak2 aku… Maaf sebab cerita kejadian tu pendek2.. Sebab aku tak reti nak elaborate panjang2… Terima kasih semua yang baca.
Akibat kecuaian sampai hilang kaki kanan, lelaki ini menang saman RM1.3 juta dengan Hospital Melaka