“Suami terkedu, sumpah air mukanya masa tu berubah, dalam hati aku dah macam kena siat, tapi aku buat macam takde apa”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Assalamualaikum dan salam sejahteraHi. Aku Intan. Lately kerap sangat kes artis curang disajikan dekat socmed kan. Nak sebut tak terkira.

Aku tak ketinggalan digest komen komen netizen tentang kisah kisah mereka yang disondol atau menyondol.

Rata rata yang aku sedar, semuanya akan hentam pihak ketiga.

"Suami terkedu, sumpah air mukanya masa tu berubah, dalam hati aku dah macam kena siat, tapi aku buat macam takde apa"

Terasa nak share kehidupan aku juga yang hampir pernah alami bibit kehadiran orang ketiga. Maaf jika cerita aku berterabur.

Aku sudah berkahwin dan ada sepasang cahaya mata yang comel. Suami aku gelar kan Mat, cintaku sejak zaman belajar hingga kini 15 tahun lamanya.

Dalam tempoh perkahwinan kami ini yang sudah lama terjalin, aku tak pernah heran atau terdetik untuk godek phone suamiku.

Hingga suatu hari, aku tetiba tergerak hati untuk saja saja buka phone dia. Masa ni Mat pi kedai, tertinggal phone nya.

Mungkin Allah nak tunjuk padaku. Mat pun takkan expect aku untuk godek godek sebab aku bukan jenis busybody.

Tap.. tap.. Password unlocked.

Guess apa yang aku jumpa? S3x chat, N4ked photo sharing, conversation mesra, ber sayang sayang.

Yang surprise nya, kekasih gelap tu dia save as nama lelaki.

Mesej sudah berlarutan lamanya hampir 2 tahun lebih. Aku tak tahu sejauh mana lagi kemesraan mereka ni.

Tubuhku menggigil. Tanganku menggeletar masa scroll phone nya. Otak aku blank kejap. Dunia rasa gelap. Air mata ku bergenang.

Aku cuba tak melatah awal. Aku screensh0t semua siap siap, aku simpan dalam phone aku – chat, gambar, video, eh banyak lagi lah. Aku save nombor nya juga dalam phone aku.

Aku nekad, kalau apa apa jadi aku sudah ada bukti untuk make sure anak anakku tak jadi mangsa keadaan sekiranya Mat bertindak luar kawalan dan sebagainya. Senang aku nak tuntut hak aku nanti.

Thanks to kes Puteri Sarah and Sol, aku jadi aware yang hak isteri boleh dibela. So aku nak well prepare awal awal.

Masa yang sama, Aku delete semua contact contact dan chat dia dalam phone yang meragukan. Termasuk kekasih gelap nya tu, aku siap block. Lantak kau lah minah.

Mat ni bukan jenis hafal nombor phone, so dia takkan aware contact tu dah hilang. Unless kalau dorang dah tahap cinta giila, mungkin dia mengamuk meroyan cari balik contact tu.

Jadi ni boleh jadi hint buatku, sejauh mana hubungan dorang ni.

Berhari hari juga aku senyap. Cuba kawal emosi. Yela. Mat ni baik, penyayang, layan keluarga memang tiptop.

Tapi bila dah terkantoi buat hal belakang isteri, nak expect isteri cool lagi?

Hingga 1 tahap, aku decide nak confront depan depan selepas berhari hari aku tengok dia takda tanda resah gelisah hilang makwe.

Aku tidurkan anak anakku dulu, baru aku hadap Mat. Aku buka phone aku, aku tunjuk satu persatu bukti yang aku ada simpan tu.

Aku tanya dengan ‘lembut’ tau uols. “Abang, ni siapa? Boleh cerita?”

Mat terkedu. Sumpah air mukanya masa tu berubah. Dalam hati aku dah macam kena siat siat, tapi aku act normal.

Lama dia senyap. Aku tak desak lagi.

Then aku angkat phone aku, aku cakap aku nak dial nombor minah tu. Kelam kabut Mat cepat cepat buka mulut..

“Abang saja suka suka contact dia, Lisa nama nya. Abang dapat nombor dari kawan. Kawan kawan gitu je.”

Heh. Mat fikir aku boleh diperdaya alasan gitu.

Aku tunjuk pula gambar gambar n4ked dan chat sayang mesra dua makhluk ni. Aku tanya lagi, “Kalau kawan, kenapa mesra siap gambar dan chat macam ni abang?

Dengan wife abang tak pernah pula abang chat intim gini? Dah pernah jumpa berapa kali?” speechless terus Mat. Merah padam muka nya.

Dari situ jadilah sesi cerita kami semalaman, bermula dari pengakuan dia yang mulakan dulu hubungan tu. Dan si Lisa yang melayan hingga ke hari ini.

Tipu lah kalau tiada tikam lidah gaduh gaduh sepanjang pillow talk ni kan. Haha. Tak perlu lah aku nak citer sini, kang panjang pula confession nya.

Nak cakap Lisa je yang salah? Tak juga. Dua dua main peranan. Dalam kes aku ni, Mat yang mulakan dahulu. So aku akan attack Mat dulu, baru Lisa.

Mat yang buka ruang untuk curang, dan Lisa pula sambut dengan baik, sudi melayani Mat ni.

Nasib si Mat bukan jejaka kayangan harta melimpah. Kereta pun cabuk je. Kalau kaya, mau blink blink mata Lisa tangkap cintun dengan Mat ni.

Kalau dibiarkan lama lama jadilah kisah penyondol dan disondol betul tak? Niat Mat sebenarnya nak ‘test market’ je.

Masih belum lagi terdetik ‘cinta’. Si Lisa pun layan masih belum ke tahap angau lagi. Sebab Lisa ni mahu dimewahkan dulu baru dia balas layanan kaw kaw balik.

Aku ketawa. Oo then kalau dah sangkut jatuh hati nanti, nak cakap ‘dah jodoh dan takdir’ pula la kan. Mat diam lagi.

Jangan nak jadi sambungan kisah retis retis telunjuk 1 jari tu pula ye. Curang tu pilihan ye cik abang.

Lepas dari pengakuan Mat tu, ingat aku akan duduk diam membatu je? Dan Lisa, takkan aku nak biarkan tergantung juga, ye dak?

Dia juga aku approach untuk cerita lebih adil. Aku ada option. Melepaskan atau selamatkan. Dan aku pilih untuk selamatkan rumahtangga ni.

Aku positif kan diri, Mat suami dan ayah yang baik selama bertahun tahun kami hidup bersama.

Takkan sebab kesilapan nya ini aku nak hukum dia dan lupakan segala kebaikan nya? Aku decide untuk betulkan keadaan sebelum menyimpang jauh.

Tindakan aku selepas isu kecurangan ni ini agak berliku juga, tapi umpama orang kata, pelangi hadir selepas hujan badai melanda.

Alhamdulillah. Hubungan rumahtangga lebih baik dari sebelum ini. Bahkan aku jadi matang, dan serahkan pada Allah.

“Kalau Allah nak pinjamkan Mat sekejap sahaja, aku redha”.

Aku tak boleh kawal Mat, tapi aku boleh bergantung pada Allah yang memegang hati setiap hambaNya.

Asbab kecurangan Mat ni lebih dekatkan diriku pada Nya, yang selama ni aku lalai.

Bagiku, tak kisah laki atau prempuan. Benda takkan jadi kalau tak dimulai. Kalau bertepuk dua belah tangan, lagilah menjadi betul tak?

Si Mat ni pun, dah usia makin tua pula boleh tetiba nak merasa gatai dengan perempuan muda. Test Market konon. Ikut hati nak je aku hambat.

Tapi hormat suami punya pasal, aku hambat dalam hati jelah. Aku muhasabah diri.

Kalau readers nak ada sambungan bagaimana aku selesaikan, aku buat next time ye. Terasa panjang pula kih3…

Reaksi Warganet

Lily Lin –
Stay strong sis, harap segala urusan dipermudahkan.

Agreed with u, kes Puteri Sarah nie banyak membuka mata isteri isteri untuk tahu hak mereka dalam rumahtangga.

Zaman dah berubah, wanita wanita sekarang dah makin celik mata. Sambunglah nanti yea.

Siti Rosmiza –
Bini ni safety net je. GF buat geli geli, GF tinggal bini dekat rumah ada masak baju siap, malam nak sedap ada… esok geli geli ngan gf…

Tu jantan dah kahwin dua kantoi curang susah nak cerai… tukang basuh dah takde, tukang bagi makan dah takde. Kelam kabut hidup nak mula dari 0…

Tu yang keluar segala dalil segala ceramah isteri derhaka neraka tu… So wahai isteri isteri, you tu safety net je

Cik Puan –
Alahaiii.. mostly tahu kot bab bab penyondol ni, bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi..

Dalam drama je tunjuk penyondol yang start goda laki orang.

Hakikatnya..memang laki orang tu yang mulakan dan kalau si perempuan tak layan, tak jadi dan takde la orang panggil dia penyondol.

Saya tahu lah..saya bukan takde pengalaman di goda laki orang. Daripada laki orang level cokia kerja PA/driver Dato sampai lah yang dah level Dato.

Laki orang punya style menanam tebu di tepi bibir. Tak sama dengan lelaki bujang nak ngorat aweks.

Alhamdulillah..even saya hampir terjebak bercinta dan hampir buat keputusan nak kahwin dengan suami orang tapi saya cepat ‘sedar diri’.

Saya tak sanggup nak berkongsi suami dengan perempuan lain dalam 1 masa (hidup bermadu). Walaupun di restui bakal madu, katanya lah.

Nak jadi perosak rumah tangga orang/jadi perampas laki/bapa orang. Lagi lah saya tak sampai hati.

So saya move on dan berdoa semoga saya berjodoh dengan lelaki yang bukan hak milik siapa siapa (single/duda tak kisah..janji bukan laki orang).

Yang mana lemah dan cepat lentok dengan mulut manis laki orang ni..memang masuk perangkap lah.

Asalnya cuma suka dan nak berkawan je. Bila dah terlanjur jatuh cinta..kena pulak jenis kurang kasih sayang, memang angau dia lain maciam oiii..

Nazirah Rahman –
Betullah tu. Takboleh salahkan perempuan aje.

Sebab kadang kadang kes ni, lelaki jugak yang cari nahas. Dan sebenarnya dua dua jugak salah.

Dah kahwin, buat cara dah kahwin. Yang perempuan, dah tahu tu suami orang, jangan menggedik nak kenal kenal.

Sumber – Intan

BACA: “Patutlah suami tiba-tiba berubah jadi agresif pada anak yang selalu bermanja dengan dia, berubah muka anak sulung masa beritahu aku”