Suami sibuk dengan perempuan lain, aku dengan anak dah lemas ni dia tak perasan, rupa-rupanya ini semua plan mak mertua aku.
Hi admin dan pembaca semua. Saya ada baca disini mengenai masalah berkahwin kali kedua, jadi saya nak berkongsi kisah saya juga.
Saya perkenalkan diri saya sebagai Nur. Saya berkahwin dengan Daniel pada awal usia 20-an.
Kami sama sama berasal dari Sabah dan sudah kenal sejak zaman sekolah lagi. Keluarga kami tiada bantahan dengan hubungan kami.
Suami sibuk dengan perempuan lain, aku dengan anak dah lemas ni dia tak perasan, rupa-rupanya ini semua plan mak mertua aku
Semua berjalan dengan lancar dalam hidup saya. Kami berkahwin dan bercadang untuk beli rumah dulu tetapi saya hamil pada tahun kedua perkahwinan.
Namun, Allah SWT ada plan lain untuk saya. Daniel meninggal dunia akibat kemalangan.
Masa ini, memang emosi saya sangat sangat rapuh. Saya pulang ke rumah keluarga saya. Keluarga tidak putus putus memberikan semangat.
Saya ambil masa hampir setahun untuk menerima takdir Allah SWT untuk meneruskan hidup demi anak.
Adik saya perempuan ada juga di KL jadi dia tolong tolong jagakan anak saya.
Selepas dua tahun, keluarga saya memujuk saya untuk kahwin lagi. Saya akui agak sukar untuk ibu tunggal survive di dunia ini apatah lagi ada anak kecil.
Saya sering diganggu lelaki di tempat kerja. Ada satu insiden di mana saya hampir diraba oleh seorang staff lelaki (umur dah 40-an, berkahwin) di tempat kerja.
Saya tiada bukti untuk adukan kepada HR. Jadi saya terpaksa berhati hati dan sentiasa bawa pisau kecil/pepper spray sebab rasa tidak selamat.
Selepas hampir 4 tahun kematian Daniel, ada sekali saya balik kampung masa cuti dan diperkenalkan dengan Fakhrul.
Fakhrul dah cerrai dengan isteri dia dan mempunyai seorang anak perempuan, saya namakan dia Farhana.
Fakhrul muka dia agak dingin dan pendiam. Anak dia, ya ampun sangatlah nakal. Berlari ke sana sini, tidak betah untuk duduk diam.
Farhana tua setahun dari Noor.
Atuk Fakhrul merupakan kenalan atuk saya. Atuk dia berasal dari Sabah tapi berhijrah ke KL dan kahwin orang sana.
Mak dan ayah pujuk saya untuk berkahwin. Fakhrul beza tujuh tahun dengan saya dan punca dia cerrai sebab tiada kesefahaman. Mereka berkahwin dalam tempoh tiga tahun sahaja.
Jujurnya, saya masih tidak boleh untuk move on tapi bila fikirkan pasal Noor, saya cuba pujuk hati.
Fakhrul dan saya ada berjumpa beberapa kali dan sentiasa ditemani keluarga atau anak.
Dia mengakui keluarga dia yang memujuk untuk kahwin kali kedua jadi sebab anak dia setuju.
Farhana memang jenis lasak dan susah nak dengar kata. Masa awal awal jumpa, Farhana terang terang tidak suka saya dan Noor.
Naluri saya juga kuat mengatakan mak Fakhrul tak berkenan dengan saya.
Ayah Fakhrul ok saja, yang paling beria ria ialah atuk nenek kami.
Pada awalnya saya cuba untuk menolak tapi akhirnya setelah dipujuk keluarga saya terima juga pernikahan itu.
Selepas berkahwin, saya tinggal di rumah Fakhrul. Saya memang tiada rumah, hanya ada kereta dan sedikit emas. Duit semua saya simpan untuk anak saya.
Fakhrul suruh saya berhenti kerja kerana dia cakap dia mampu nak tanggung kami. Dia perlukan seseorang untuk uruskan anak dan rumah, gaji dia memang lebih dari cukup untuk kami semua.
Kami masih kekok untuk berhubungan seperti suami isteri. Saya ada juga minta sedikit masa dengan dia untuk ‘bersama’ dan dia kata ok.
Farhana pula setiap hari mahu tidur dengan Fakhrul jadi memang saya tidur dengan Noor di bilik asing.
Kami memang tiada sebarang hubungan fizikal atau romantik.
Saya cuba untuk ambil hati kedua dua mereka ini. Saya masak macam macam, kemas rumah, dan uruskan hal tadika anak anak.
Noor selalu menangis sebab kena buli dengan Farhana tetapi Fakhrul memang tidak tegur apa apa. Selalu saya yang pujuk Noor.
Dia pergi kerja balik, makan, tengok tv dan tidur. Jujurnya, saya agak takut sikit dengan Fakhrul dan mati kutu nak sembang dengan dia.
Keluarga dan sedara dia pula sering ke rumah. Saya cuba untuk layan mereka seramah mungkin walaupun kekadang penat sangat.
Mak Fakhrul depan Fakhrul dia senyum sembang sembang dengan saya tapi di belakang dia selalu buat muka.
Dia suka tegur cara saya masak, basuh baju dan macam macam. Sedara dia pun ada yang sama sama join sekali.
Mak dia selalu marah marah kalau saya beli barang sebab dia cakap membazir duit Fakhrul. Saya beli barang untuk kegunaan saya pun dia mengadu.
Padahal, itu memang duit nafkah saya dan Fakhrul tidak pernah cakap apa apa.
Mak dia selalu bandingkan saya dengan Siti. Dia juga pernah cakap dia nak kahwinkan Fakhrul dengan Siti tapi tak ada jodoh sebab saya.
Siti ini kenalan rapat keluarga Fakhrul. Dia pernah putus cinta, putus tunang dengan orang lain dan tak pernah berkahwin sampai sekarang.
Dia antara orang yang selalu join keluarga Fakhrul kalau ada apa apa majlis ke jalan jalan. Hubungan dia sangat baik dengan keluarga Fakhrul.
Mak dia suka layan drama di tv. Bila saya lalu, dia akan sindir sindir saya dengan watak di dalam drama tu.
Dia selalu beli macam macam untuk Farhana tapi jarang nak beli untuk Noor.
Paling sedih bila mereka mempersendakan slang saya. Saya akui cara saya cakap atau tulis memang agak baku sikit tapi tak adalah sampai tak faham langsung kan.
Mak dia macam ada isu rasis sikit dengan saya.
Saya tengok hubungan Fakhrul sangat rapat dengan mak dia jadi saya serba salah nak beritahu dia.
Saya juga rasa Fakhrul layan Siti lagi baik dari saya. Bohonglah kalau saya tidak cemburu.
Dia lepak dengan Siti naik kereta ke sana sini, sembang gelak tawa. Kekadang ambil dia balik kerja sekali.
Baru beberapa bulan kahwin, hari hari saya menangis masa nak tidur. Saya mula menyesal berkahwin.
Noor pun tidak gembira di sini. Dia selalu tanya bila nak balik rumah lama kami.
Farhana panggil Fakhrul papa jadi Noor tidak boleh panggil dia papa sebab Farhana kuat cemburu.
Kesian Noor sebab saya nampak dia macam tidak diendahkan.
Adik saya nampak yang saya macam tidak gembira jadi dia ada suruh saya cerrai jea dari makan hati.
Saya husnuzon mungkin ada kekurangan diri saya jadi saya cuba perbaiki diri dulu.
Saya ada cuba nak sentuh sentuh dengan Fakhrul tapi dia masih dingin.
Saya rasa malu sebab rasa macam terhegeh hegeh. Jadi saya terus tak berani nak dekat dengan dia.
Makin lama saya makin buntu. Saya mula fikir macam macam dan rasa tidak tenang.
Semua ini saya pendam dalam hati. Saya selalu mengadu dekat adik saya sahaja. Saya mula rasa tawar hati dengan perkahwinan ini.
Masa cuti sekolah, kami bercuti ke suatu tempat ni. Saya, Noor dan keluarga Fakhrul termasuk mak dia dan Siti. Ayah, atuk dan nenek dia tak ikut sekali.
Ikutkan, tempoh percutian selama 5 hari. Pada hari kedua, kami makan di restoran yang dekat dengan sungai. Kalau nak ambil gambar, boleh naik macam sampan untuk ke tempat yang agak dalam sikit.
Saya awal awal kahwin pernah beritahu Fakhrul yang saya takut dengan air sebab hampir lemas dua kali.
Jadi saya memang elakkan ke tempat tempat air macam pantai ke apa.
Tapi percutian kali ini mak Fakhrul yang plan. Saya diam sahaja dan join sekali demi Noor.
Yang sedihnya, selepas makan tiba tiba tinggal saya, Noor dan dua lagi anak saudara Fakhrul dan kami kena naik sampan terakhir dengan keluarga lain.
Fakhrul, Siti dan keluarga dia semua dah naik dulu sampan bersama sama.
Tiba tiba sampan depan tergolek sebab langgar sesuatu. Sampan sampan lain berlanggar dan menyebabkan kami di belakang semua jatuh ke dalam air.
Walaupun ada jaket keselamatan, air sungai sampai ke paras pinggang orang dewasa dan air agak deras jadi bahaya untuk kanak kanak.
Saya tak dapat naik atas batu sebab kaki dah macam nak cramp. Saya dah mula panik tapi saya gagahkan diri cari Noor.
Saya nampak dia sorang sorang tengah berpaut pada batu. Noor jatuh sebelah satu lagi jadi agak jauh dari saya. Keluarga yang naik sampan dengan kami yang tolong dukungkan Noor.
Masa ini, saya lihat Fakhrul tengah sibuk tengok tengokkan keluarga dia. Mereka semua dah naik ke atas tebing. Dia sempat lagi bercakap cakap dengan Siti.
Hati saya memang berkecai habis. Sampai hati dia buat macam ini.
Saya isteri dia yang sah tapi langsung tidak dipedulikan sampai ke tahap macam ini sekali. Saya dah menangis nangis dekat situ peluk Noor.
Saya tebalkan muka ikut keluarga tadi tumpang balik terus ke chalet kami. Saya kemas kemas barang semua dan beli tiket balik. Saya cuma fikir nak lari dari situ.
Saya balik ke rumah lama kami (sekarang adik saya duduk sana). Sampai rumah, barulah saya menangis sepuas hati. Saya mengadu dengan adik saya.
Kali ini, saya tekad nak cerrai. Banyak masuk mesej/call dari Fakhrul tapi saya endahkan semua. Saya tutup phone terus.
Saya suruh adik saya beritahu Fakhrul yang saya dan Noor dah balik rumah. Dia boleh teruskan enjoy di sana dengan Siti.
Keesokan malamnya baru Fakhrul pulang. Dia terus ke rumah adik saya tapi saya berkurung dalam bilik.
Saya suruh adik saya sampaikan pesanan. Saya nak cerrai dan akan duduk sini sementara waktu.
Fakhrul cuba pujuk saya keluar untuk berbincang tapi saya tak layan. Lama dia ketuk ketuk akhirnya adik saya mintak dia pulang sebab dah lewat malam.
Lebih kurang dua minggu saya di rumah adik. Fakhrul cuba pujuk tapi saya tidak bersedia nak jumpa dia. Saya jumpa peguam syariah dan minta nasihat.
Sebenarnya kalau ikutkan, saya tiada sebab kukuh untuk minta cerrai. Fakhrul memang taat agama, beri nafkah dan tidak pukul ke apa.
Nafkah batin memang saya yang minta masa jadi tak boleh nak salahkan dia.
Peguam tu nasihatkan saya untuk sama sama duduk berbincang dan luahkan perasaan kami. Dia cakap masalah kami adalah komunikasi.
Perkahwinan kami tak sampai setahun jadi masih ada ruang untuk diperbaiki.
Saya akui apa yang peguam tu cakap betul. Cuma, saya agak kekok dan takut nak berhadapan dengan Fakhrul sebab dari awal dia dingin.
Apa masalahnya saya pun tak tahu.
Atas nasihat peguam, adik saya minta Fakhrul datang rumah untuk berbincang sama sama.
Saya terus cakap dengan dia yang saya nak cerrai sebab saya rasa janggal dekat rumah tu.
Saya tidak patut berkahwin dengan dia. Saya minta dia lepaskan saya dan kahwinlah dengan Siti.
Saya tidak mahu bermadu sebab mak dia tak berkenan dengan saya dan suka sangat dengan Siti jadi eloklah saya undurkan diri dari makan hati.
Anak dia pun benci saya dan Noor. Fakhrul pun tak pernah tegur atau ambik tahu pasal Noor.
Saya cakap dengan dia sampai hati dia biarkan kami dekat air tu sendiri2 sedangkan dia ada masa nak sembang2 dengan Siti.
Fakhrul diam tak cakap apa apa. Kemudian dia bangun dan peluk saya. Saya terkejut sangat sangat.
Dia minta maaf sebab lukakan hati saya. Saya cuba tolak dia tapi tak mampu. Sambil peluk, dia mintak maaf berkali kali.
Saya dalam keadaan beremosi memang tak dapat nak dengar apa yang dia nak cakap. Saya tolak tolak dia dan jerit jerit.
Fakhrul cakap dia akan beri masa untuk saya bertenang dulu. Tapi, dia tidak bersetuju untuk cerrai.
Fakrul mula datang rumah lawat kami dan bercakap cakap dengan Noor. Dia bawa Noor jalan jalan beli aiskrim. Dia cuba sedaya upaya pujuk kami.
Selepas hampir seminggu, kami mula berbincang semula. Kali ini Fakhrul pula luahkan perasaan dia.
Dia akui yang dia memang kekok untuk berkahwin kali kedua. Dia pun masih cuba untuk sesuaikan diri.
Perkahwinan pertama dia gagal sebab banyak bergaduh dengan bekas isteri dan juga campur tangan keluarga masing masing.
Dia cakap yang awalnya memang dia menyangkakan hubungan saya, mak dan sedara dia baik baik sahaja.
Tapi dia tak sangka yang mak dia tak suka saya dan Noor.
Masa insiden bercuti tu, memang mak dia yang plan semua beria ria dengan Farhana jadi dia ok jea.
Siti pun mak dia yang jemput. Dia memang lupa yang saya takut air.
Masa naik sampan lepas makan makan, mak dia beritahu yang saya dan Noor tak nak ikut.
Bila anak sedara dia beritahu yang kami jatuh dalam air, baru dia terkejut. Mak dia masa tu buat buat terlupa.
Dia ada hubungi saya tapi tak ada respond. Semasa mereka semua balik ke chalet, baru dia perasan yang barang barang saya dah tak ada.
Dia memang dah risau dan cuba nak cari saya. Dia beritahu semua orang untuk batalkan sahaja percutian kali ini dan balik rumah.
Masa inilah mak dia cakap tak perlu susah susah. Kalau benda kecil pun nak merajuk usah layan.
Mak dia siap dukung Farhana dan kutuk kutuk saya. Siti yang orang luar pun menokok tambah.
Dia benar benar terkejut dengan perangai mak dia.
Mereka tidak ambil peduli hal saya dan anak malah ingin meneruskan percutian sebab nanti bazir duit dah bayar.
Mak dia juga terus terang cakap yang dia tak berkenan dengan saya. Semua keburukan saya pun dia cerita.
Fakhrul ada bertekak sikit dengan mak dia tapi dileraikan oleh sedara lain. Dia terus ambil Farhana dan balik KL.
Masa ni dia slow talk dengan Farhana baru dia dapat korek cerita sikit sikit. Memang mak dia ajar Farhana banyak benda benda tak elok.
Fakhrul beritahu pada ayah dia dan keluarga dia berperang semasa saya merajuk di rumah adik.
Ayah dia tidak tahu menahu akan sikap mak dia ni. Pandai mak dia berlakon.
Bila dah gaduh besar, sedara lain automatik lari tak nak masuk campur. Mak dia mula buat drama cakap dia dianiaya.
Akhirnya, ayah dia larang mak dia ke rumah kami. Ayah dia nasihatkan Fakhrul untuk pujuk saya dan Noor semula. Tak perlu sampai nak cerrai. Duduk dan berbincang elok elok.
Fakhrul bersumpah pada saya yang dia tiada apa apa perasaan pada Siti.
Memang mak dia sangat rapat dengan Siti. Dia kenal Siti dah lama jadi dia tak rasa bersalah tolong ambil dia balik kerja.
Siti yang selalu mesej dan hubungi dia minta tolong itu dan ini. Jika dia tahu saya salah faham, dia memang tak akan layan Siti.
Dia juga tidak menyangka Siti akan berani kutuk kutuk saya dengan mak dia.
Berbalik kepada hubungan kami, since saya yang minta dia masa untuk ‘bersama’, jadi dia benar benar nak beri ruang dan masa kepada saya supaya betul betul selesa.
Saya rasa geram pula dan beritahu dia yang saya cuba untuk rapat dengan dia tapi muka dia dingin sangat. Cakap pun sepatah sepatah jea.
Dia boleh tanya bila masa saya cuba rapat dengan dia? Dia cakap muka dia memang camtu sejak lahir nak buat camne.
Dia tak berani nak sentuh saya sebab takut saya tak selesa. Krik krik kami masa tu.
Dia tak tahu nak cakap apa bila balik rumah jadi dia diam sahajalah tak nak saya stress2 sebab dia tahu saya penat uruskan rumah.
Terutama sekali si Farhana. Masa Farhana lahir, hampir hari hari dia bergaduh dengan bekas isteri.
Masing masing muda dan ego tak nak mengalah. Dia terlalu busy bekerja dan bekas isteri pun bekerja.
Bekas isteri pentingkan kerja dari anak walaupun dia pernah suruh bekas isteri berhenti kerja tapi dia degil.
Kesudahannya, masing masing kurang masa dengan anak di rumah. Mak dia yang banyak jaga Farhana. Itu yang dia manja dan degil.
Dia suka tengok cara saya didik Noor jadi dia berharap saya boleh ubah Farhana juga.
Noor memang sangat baik dan mendengar kata. Dia susah nak marah Farhana sebab rasa bersalah.
Dia tahu mengenai s3xual harassment saya dia tempat kerja dari ayah saya jadi dia suruh saya berhenti kerja. Dia tidak mahu saya susah susah kerja.
Fakhrul memang nampak ikhlas minta maaf. Dia berjanji akan cuba untuk berubah.
Memang dia akui kekhilafan dia banyak sebagai ketua rumahtangga tapi dia merayu untuk peluang kedua.
Dia dah mula ada perasaan sayang pada saya dan juga Noor. Dia cakap lepas ni kalau ada apa apa tak puas hati, terus beritahu dia. Dia tidak akan sesekali perkecilkan perasaan saya.
Terkedu saya bila dengar Fakhrul luahkan perasaan dia. Saya benar benar sangkakan dia tidak suka saya dan Noor.
Masa ni saya dah habis menangis sampai kering air mata.
Kami akhirnya berdamai dan saya pulang semula ke rumah. Fakhrul panggil Farhana dan terangkan kepada dia secara elok elok. Farhana diam sahaja dan mintak maaf kepada Noor dan saya.
Bermula dari hari itu, kami cuba perbaiki diri masing masing.
Fakhrul ambil inisiatif hantar mesej semasa bekerja. Saja tanya khabar dan saya pula akan hantar gambar anak anak atau aktiviti kami pada hari itu.
Bila balik kerja, saya nampak usaha dia untuk sama sama tegur dan main dengan Farhana dan Noor.
Farhana masih cemburu tapi slowly dia dah boleh terima Noor atas bimbingan Fakhrul.
Fakhrul pun rajin rajin membantu saya dengan kerja rumah. Dia cuba untuk balik awal setiap hari.
Bila hujung minggu, kami akan beli barang rumah bersama anak anak, keluar jalan jalan atau lepak sahaja di rumah tengok tv. Tak ada lagi gangguan dari mak dia atau sedara.
Dia juga suruh Noor panggil dia papa sama sama dengan Farhana.
Dia terangkan kepada Farhana dan Noor yang dua dua anak kesayangan dia jadi tak perlu cemburu nak gaduh gaduh. Nanti papa bagi adik. Gembira budak budak tu, saya pula yang malu aduh.
Farhana mula dengar cakap saya. Menangis saya bila dia slowly panggil saya mama sama dengan Noor.
Bila tiada orang ketiga yang meracuni fikiran dia, alhamdulillah elok sahaja Farhana ni dengan saya.
Dia mula tidur sebilik dengan Noor. Saya hias bilik dia cantik cantik siap dengan anak patung semua.
Fakhrul dan saya mula tidur sekali. Slowly kami mula ada perasaan pada masing masing.
Makan masa juga kami nak bina rumahtangga kami. Ada juga mak dia masuk campur tapi Fakhrul akan cepat cepat selesaikan isu dari berpanjangan.
Ayah dia juga selalu nasihatkan mak dia dan minta maaf kepada saya.
Fakhrul memang terus pangkah Siti dari hidup kami. Dia memang tidak rapat langsung dengan mana mana perempuan lain.
Bila saya dapat sokongan dari suami, saya dah tak kisah apa mak Fakhrul atau Siti nak buat. Asalkan Fakhrul percaya pada saya.
Masuk tahun ni, dah empat tahun kami berkahwin. Alhamdulillah, kami baru dapat baby boy awal tahun lepas.
Hubungan saya dan Fakhrul makin bahagia lepas dapat anak.
Usia perkahwinan kami masih baru lagi dan saya tahu banyak lagi cabaran di masa hadapan.
Namun, saya yakin kami boleh sama sama hadapinya as long kami saling mencintai dan jujur dalam meluahkan perasaan masing masing.
Doakan kami bahagia selalu yaaa…