Berhadapan dengan individu yang bijak memutar belit cerita sememangnya menjadi cabaran besar untuk mempertahankan diri serta menegakkan kebenaran.
Begitulah nasib seorang lelaki yang kini mahu mengambil tindakan terhadap isterinya selepas mendakwa dirinya dianiaya.
Menurut lelaki tersebut, dia sudah tidak lagi dibenarkan bertemu anaknya kerana isterinya membuat laporan polis yang disifatkan sebagai palsu.
“Isteri sudah keluar rumah dua bulan tetapi masih belum failkan cerai.
Dia membawa anak dan sering berfoya-foya ke sana sini.
“Saya tidak dapat berjumpa dengan anak kerana ada kes sivil. Isteri buat laporan polis mendakwa saya memukulnya, walhal tiada sebarang kecederaan pun.
“Saya pula yang cedera digigit di jari oleh dia. Dia bijak manipulasi keadaan,”** katanya melalui hantaran di sebuah grup Facebook, Tanya Peguam.
Lelaki itu turut berkongsi bahawa laporan polis yang dibuat isterinya telah menyebabkan dirinya ditahan reman. Namun, dia tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kes tersebut.
Sedia Pertahankan Diri dengan Bukti
Kini, lelaki tersebut bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah dengan mengumpul bukti, termasuk kecederaan yang dialaminya akibat digigit isterinya.
**”Saya sudah menjalani pemeriksaan perubatan untuk digunakan sebagai bukti di mahkamah selepas dibebaskan daripada tahanan reman.
“Persoalan saya, apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk menyelesaikan isu rumah tangga ini dan mempertahankan diri saya?”**
Dia turut meluahkan rasa kecewa kerana merasa hidupnya musnah akibat tindakan isterinya yang disifatkan sebagai seorang narsistik.
“Sebelah kaki saya dah berada dalam penjara. Rekod polis sudah ada. Sia-sia saya belajar di universiti, tetapi akhirnya dapat isteri narsistik seperti ini,” keluhnya.
Netizen Simpati dan Beri Sokongan
Perkongsian itu telah menarik perhatian ramai, yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib lelaki tersebut.
Beberapa netizen turut memberikan nasihat dan cadangan untuk membantunya mencari keadilan.
**”Awak perlu cari peguam yang boleh membantu. Insya-Allah, awak akan berjaya melawan kes ini dan mendapatkan hak penjagaan anak.
“Kalau berhadapan dengan orang jenis narsistik, memang tidak mudah. Mereka bijak dan sering selangkah ke hadapan. Awak kena berhati-hati.
“Saya rasa awak tak boleh lawan kes ini seorang diri. Upah peguam dan kumpul bukti kukuh,”** tulis beberapa pengguna Facebook.
Situasi ini mencerminkan betapa pentingnya mendapatkan nasihat guaman yang tepat serta sokongan emosi apabila berhadapan dengan kes rumah tangga yang rumit.
BACA: Nampak lebih cantik, Trisha Ooi jawab tuduhan ejas ‘buat muka’.