Suami minta nak poligami, isteri yakin tiada masalah, ramai suruh hadap dulu baru tahu

Oleh FAHMI ABBAS

Banyak wanita menolak poligami kerana tidak sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain.

Namun, kisah seorang pelayar di platform X menarik perhatian ramai apabila dia meluahkan kesediaannya untuk menerima madu dalam hidupnya.

Wanita tersebut berkongsi bahawa hidupnya menjadi lebih tenang selepas dia belajar menerima dan reda dengan konsep poligami.

“Awalnya saya tak suka poligami, hati tak tenang bila terfikir kemungkinan suami ada wanita lain.

Tapi sekarang saya dah reda. Saya sendiri pernah cakap kepada suami, kalau awak nak kahwin lagi, pilihlah wanita yang baik,” tulisnya.

Suami minta nak poligami, isteri yakin tiada masalah, ramai suruh hadap dulu baru tahu

Dia juga menyatakan bahawa sejak belajar menerima poligami, dia sering bergurau dengan suaminya agar jujur jika ada keinginan untuk berkahwin lagi, namun dengan syarat suaminya mampu berlaku adil.

“Saya selalu pesan pada suami, kalau ada berkenan pada sesiapa, beritahu saja. Tapi syaratnya, kena mampu dan adil. Kalau saya ditakdirkan bermadu, semoga madu saya seorang yang baik,” tambahnya lagi.

Meskipun demikian, wanita itu menjelaskan bahawa suaminya sehingga kini masih setia dan belum menunjukkan minat untuk berpoligami. Namun, dia berkata sudah bersedia sekiranya perkara itu berlaku pada masa hadapan.

“Buat masa sekarang, suami saya tak mahu poligami. Tapi kita tak tahu apa yang akan terjadi nanti. Saya cuma berdoa agar suami dimurahkan rezeki. Kalau ditakdirkan hidup bermadu, semoga saya dan madu saya dapat hidup dalam kebaikan,” jelasnya.

Namun, perkongsiannya mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ramai menyuarakan keraguan terhadap kenyataannya, mempersoalkan sama ada dia benar-benar akan reda sekiranya benar-benar dimadukan.

“Boleh cakap reda sebab belum dimadukan. Cuba kena dulu, baru tahu rasa sebenarnya.” tulis seorang pengguna.

“Jangan terlalu yakin, sebab belum rasa lagi cabaran hidup bermadu,” tambah yang lain.

Tidak dinafikan, poligami kekal sebagai isu sensitif yang membangkitkan pelbagai pandangan, bergantung pada pengalaman dan perspektif individu.

BACA: Lelaki berusia 92 tahun simpan RM10.7 bilion dalam bekas makanan, elak dihidu lembaga hasil