Suami merungut isteri dah tak mampu urus rumah tangga sempurna macam dulu asyik keletihan selepas diizin bekerja

Oleh FAHMI ABBAS

Media sosial dan aplikasi hiburan kini memainkan peranan besar dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat, sehingga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada keretakan rumah tangga.

Suami-suami turut mengakui perkara ini, memandangkan ramai isteri yang gemar menghabiskan masa melayari laman sosial.

Tidak hanya itu, ramai juga yang terpengaruh dengan kandungan yang disiarkan, sehingga mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain.

Di laman X, seorang lelaki berkongsi pengalaman peribadinya di mana isterinya didakwa terpengaruh dengan ‘mazhab’ media sosial.

Menurut lelaki tersebut, pada awalnya isterinya adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang kemudian meminta izin untuk bekerja.

Suami merungut isteri dah tak mampu urus rumah tangga sempurna macam dulu asyik keletihan selepas diizin bekerja

“Jadi suami di zaman sekarang memang mencabar. Ketika isteri menjadi suri rumah dan menjaga anak, dia mengadu bosan. Apabila diberi izin untuk bekerja, niatnya bukan untuk membantu keluarga tetapi untuk kepuasan diri sendiri, yang akhirnya menambah beban kewangan,” luahnya.

Lelaki ini turut menyatakan bahawa kehidupan rumah tangganya mula goyah setelah dia memenuhi permintaan isterinya.

“Sekarang, setelah seharian bekerja, dia mengadu penat dan lupa akan tanggungjawab di rumah. Tugas yang sebelum ini dilakukannya dengan baik, kini dikatakan bukan tanggungjawabnya sebagai isteri,” tambahnya dengan nada sayu.

Luahan hati lelaki ini menarik perhatian ramai di laman X, dengan banyak pihak menyarankan agar dia membawa isterinya mendapatkan kaunseling untuk memelihara kebahagiaan rumah tangga mereka.

Ramai warga maya berpendapat bahawa isterinya mungkin merasa terbeban dengan tugasan rumah tangga. Ada yang menyarankan agar lelaki ini membantu tugas-tugas harian di rumah dan saling bekerjasama dalam menguruskan keluarga.

“Isteri bukan pembantu rumah… Jika suami mahukan ketaatan dan kesetiaan isteri, jadilah suami yang bertanggungjawab dan patuh kepada perintah Allah, bukan menggunakan kuasa veto.

Jika dia bosan, bawa dia keluar untuk berjalan-jalan walaupun hanya untuk makan aiskrim. Tanggungjawab dalam rumah itu adalah urusan suami, isteri hanya membantu atas dasar ihsan,” kata beberapa warga maya.

BACA: Usahawan terkenal dedah punca kenapa bangsa Melayu tidak berdaya saing