“Suami melenting bila aku sebut pasal keluarganya, lepas 2 tahun aku pendam akhirnya aku luah segalanya sampai dia ceraikan aku..”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Aku Melati, berumur 35 tahun. Pernah berkahwin dan pernah bahagia. Bekas suami bernama Dahan, kini berumur 38 tahun.

Aku bekerja sebagai jurutera di syarikat GLC yang ada di serata Malaysia. Dahan bekerja sebagai penjawat awam gred p&p.

Kami bernikah semasa aku berumur 28 tahun. Berkenalan dalam setahun, kemudian kami bernikah dalam majlis yang cukup simple tapi indah.

"Suami melenting bila aku sebut pasal keluarganya, lepas 2 tahun aku pendam akhirnya aku luah segalanya sampai dia ceraikan aku.."

Beberapa bulan selepas aku nikah, aku hamil. Hanya Tuhan sahaja tahu kegembiraan aku dan Dahan waktu tu.

Tetapi aku mengalami alahan yang agak teruk. Jadi aku tak boleh pergi site.

Perasaan serba salah datang terhadap anak anak buah aku dan bos aku waktu tu.

Tapi Alhamdulillah mereka memahami. Cuma aku sahaja yang tak sedap hati.

Dahan pulak tak pernah gagal dalam menjaga aku ketika aku tak larat dan sakit.

Aku bekerja di Kedah. Dahan pula bekerja di Perlis. Dahan ada rumah di Perlis yang diduduki oleh mak dan abang lelakinya.

Aku pula menyewa rumah di Kedah di mana sewa rumah kami berkongsi separuh separuh.

Rumah kami sewa di kawasan kampung kampung sikit. Aku tak kisah sebab aku faham Dahan banyak komitmen. Jadi aku cuba bantu mana yang boleh.

Keluarga Dahan baik baik orangnya terutama maknya. Tak pernah menengking apatah memaki. Maknya ibu tunggal dicerraikan suami.

Cuma sepanjang kami menjadi suami isteri, ada juga yang buatkan aku terasa.

Mungkin juga aku yang sensitif. Tapi tak apa, aku terima.

Sepertimana yang semua tahu, alahan aku kuat. Jadi hujung minggu aku luangkan masa untuk berehat.

Nampak macam malas, tapi yang pernah alami saje yang tahu.

Apabila dapat tahu ke bekas mak mertua aku, dia membuat keputusan untuk datang setiap hujung minggu untuk melawat dan membantu katanya.

Aku menghargai jasanya. Walaubagaimanapun, aku bertambah penat sebab selalunya dia akan bawa bekas abang ipar (Daun) waktu tu, jadi aku terpaksa jaga aurat dan tak bebas dalam rumah sendiri.

Tambahan pula, mak mertua suka keluar berjalan dan diajaknya aku dan suami ketika aku penat teruk.

Aku cuba kuatkan diri untuk melayan mak mertua aku.

Kemudian dia juga suka bawa tetamu di mana suami yang perlu beli makanan untuk menjamu mereka.

Aku memang tak larat untuk masak ramai ramai sebab memang cara mereka kalau tetamu datang, perlu jamu juadah berat.

Dan akhirnya aku perlu kemas rumah dan bersihkan pinggan mangkuk. Keadaan berulang awalnya aku tak kisah, akhirnya aku penat dan memakan diri.

Bila Dahan nampak aku penat, dia tanya kenapa?

Jadi waktu tu aku takut untuk bersuara pada dia berkenaan keluarganya sebab bab bab keluarga dia akan jadi defensif sangat sangat.

Mungkin dia sayang sangat sangat pada keluarganya. Jadi aku jawab, “penat bekerja”.

Bila Dahan ada dengan aku, hari hari maknya akan call. Kalau sekali sehari tak apa. 5 kali sehari.

Kadang aku tanya maknya call untuk apa. Dijawabnya sebab maknya tak tahu pasang itu ini.

Aku pun pelik, padahal Daun kan ada di sana.

Dulu ada juga isu dengan keluarga aku sebab ayah aku memang sayangkan aku.

Disoalnya Dahan kenapa tak utamakan bayar rumah sewa sepenuhnya sebelum bayar rumah untuk maknya?

Sungguh aku menyesal sebab aku backup Dahan sebab aku sayangkan dia sangat sangat pada waktu tu.

Dia pun cadang pada aku untuk berhenti bekerja dan duduk dengan keluarganya di Perlis.

Aku pun tanya dengan dia sehabis lembut, “nanti Daun ada sekali la ye?” sebab concern aku adalah aku perlu pakai tudung selalu.

Aku tiada ill-feeling terhadap Daun. Daun baik, lembut orangnya tapi itu adalah concern aku.

Lalu Dahan respon secara dingin sebab dia tak suka orang berkata tentang keluarganya.

Itu baru sikit aku cuba suarakan, kalau aku cakap pasal maknya, pasti dia marah.

Aku pun memendam dan memendam. Hinggalah bulan ketiga aku hamil, aku mengalami keguguran.

Hancur luluh aku waktu tu. Aku mengalami kemurungan.

Dua minggu aku tak masuk kerja. Dalam aku tengah sedih boleh lagi Dahan ajak aku duduk rumahnya, jadi aku berkeras memang aku tak nak.

Dua tahun lebih berlalu aku pula masih trauma untuk ada anak sebab aku nilai keadaan pun masih lagi keduanya tak bersedia.

Dahan pula nakkan anak sangat. Ada hikmah ketika tu. Dahan pula asyik utamakan maknya dengan selalu pergi ke Perlis.

Setelah berfikir panjang dan penat memendam, akhirnya aku bersuara pada Dahan.

Aku luahkan apa yang aku tak puas hati selama ni tentang keutamaan dia terhadap keluarganya.

Aku dah bersedia apa apa respon dari Dahan.

Dahan kecewa dengan aku. Dia tanya aku semula macam mana nak dia selesaikan sebab dia akan sentiasa pilih keluarganya dulu.

Jadi dalam rasa sedih aku senyum padanya dan jawab “kalau itu yang you pilih, then, pergi lah ke keluarga you”.

Dia tersentap dan terdiam.

Beberapa bulan lepas tu, aku dicerraikan dengan talak 1. Sedih memang sedih.

Setelah sekian lama aku memilih Dahan, dulu yang tak pernah letak aku nombor satu, akhirnya aku pilih aku.

Tahun berlalu, aku pun dah naik pangkat. Aku lihat kembali hidup aku, ada juga traumanya Fasa Move On tak lah semudah sepertimana orang tengok.

Aku pun tak pasti Dahan teringatkan aku juga atau tak.

Tapi setiap birthday, hari raya dan lain lain dia tak pernah gagal whatsapp aku. Kadang ada juga dia tanya khabar.

Aku pula masih sedih lagi walau bertahun dah berlalu, rindu juga pada anak aku dulu.

Aku mohon doa semua untuk aku kuat. Itu sahaja.

Di sini aku meluah untuk aku lepaskan apa yang dalam hati aku untuk tanya pendapat sekali. Thank you semua sudi membaca…

Reaksi Warganet

PrettyUgly –
Tahniah. Atleast u bertegas untuk kesihatan mental dan diri sendiri.

Suami boleh dicari ganti tapi mental yang sihat, kita lah yang kena jaga.

Nurul Hazwani –
Apa yang Dahan buat Tu tak salah sangat, dia utamakan mak dia yang single mom. Dahan pun lelaki yang baik.

Apa yang sis buat ni pun tak salah sebab sis pun utamakan hak sis. Sis pun isteri yang baik.

Dalam pkahwinan memang banyak pengorbanan. Sometimes memang ada benda yang kita terpaksa buat atau lepaskan demi pertahankan kebahgiaan rumahtangga.

Bila dah Ada anak, lagi la banyak yang kita terpaksa korbankan kalo nak rumahtangga tu kekal bahagia.

So dalam kes sis ni, korang tak cukup kuat lagi untuk berkorban banyak demi pertahankan rumahtangga.

So jadi single adalah yang terbaik. Apa pun, semoga semuanya menemui kebahagiaan yang dcari. Aminn

Faeezah Badaruddin –
Kita jadi ibu, jangan lah terlalu “clingy” berpaut rapat pada anak. Hingga dia tak boleh berfungsi sebagai sebagai suami.

Menantu alahan mengandung patut ada rasa simpati, kalau taknak bantu jangan la menyusahkan.

Pelik sungguh perangai. Patut seronok la nak dapat cucu dan bantu apa yang boleh.

Lelaki kalau nak jadi suami fikir dulu boleh ke nak pikul tanggungjawab? Kesian anak orang.

Jaga ibu tak salah tapi kenalah seimbang. Ini langsung tak fahami isteri

Puan dah buat keputusan tepat. Semoga dapat jodoh yang lebih baik dan bertanggungjawab.

Ain Farah Suffieya –
Congrats confessor.

Tak faham juga kalau tak ready nak bagi commitment dekat wife or anak which is your new family, tak payah la kahwin especially kalau tahu memang parents dan siblings dia akan always jadi number 1.

Ada hikmahnya confessor ni gugur. Maybe kalau ada anak, lagi makan hati.

Nak divorce fikir anak. So makan hati la hari hari. And bila ada anak, lagi macam macam hal.

“If there are people of whom needs provision from a person who is obligated to provide for them, then if he is able to provide for all of them, then it is wajib for him to provide for all of them.

However, if he only has enough to provide for just one person, then he should prioritize the provision of his wife compared to other family relations.”

The responsibility towards his wife is prioritized after himself.

BACA: Penunggang motor rempuh anggota JPJ rupanya tiada lesen memandu dan road tax