Suami kantoi check-in dengan budak tingkatan 1, beritahu isteri ‘ringan-ringan’ saja

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Memberikan gajet seperti telefon pintar kepada anak-anak kini menjadi kebiasaan di kalangan ibu bapa, menggantikan alat permainan tradisional.

Walaupun gajet boleh menjadi alat pendidikan dan hiburan, penggunaannya yang berlebihan tanpa kawalan boleh membawa kesan negatif.

Bagi kanak-kanak, gajet berisiko mengganggu perkembangan dan komunikasi.

Sementara itu, remaja pula lebih mudah terdedah kepada gejala tidak sihat, termasuk eksploitasi digital.

Isu Hubungan Tidak Sihat

Suami kantoi check-in dengan budak tingkatan 1, beritahu isteri ‘ringan-ringan’ saja
Seorang wanita baru-baru ini mendedahkan pengalaman pahit apabila mendapati suaminya menjalinkan hubungan dengan seorang remaja bawah umu

r. Lebih mengejutkan, hubungan itu tidak hanya terbatas di alam maya tetapi turut melibatkan pertemuan di hotel.

Seorang individu yang mengenali wanita tersebut berkongsi kisah itu di media sosial:

“Aku kalau boleh tak nak tulis, tapi sebagai seorang ibu aku nak ingatkan, periksa telefon anak-anak. Kawan aku baru kantoi suaminya check-in dengan budak 13 tahun. Budak tu memang sudah gatal walaupun tahu lelaki itu suami orang.”

“Aku kalau boleh tak nak taip tapi sebab aku sendiri perempuan dan seorang ibu. Aku nak pesan, korang yang bagi anak telefon, periksa telefon anak tu.

“Sebab, baru saja kawan aku kantoikan suaminya check-in dengan budak 13 tahun. 13 tahun sudah menggatal. Ikut cerita, ‘ringan-ringan’ saja. Yang tak nampak?” kongsi wanita itu di media sosial.

Dia juga mendakwa remaja 13 tahun itu secara tidak langsung sudah menjadi perosak rumah tangga rakannya, walaupun mengetahui lelaki yang dikenalinya itu adalah suami orang.

Tak menyebelahi budak tu tak salah tapi ni grooming namanya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dengan rata-rata meminta wanita itu tidak menyalahkan remaja terbabit sebaliknya meletakkan kesalahan kepada lelaki berkenaan sebagai punca kepada masalah.

“Ni bukan merosak rumah tangga orang, ni jantan tu yang tak guna, budak bawah umur kot. Dah kes pedo dah ni.

“Kalau 23 tahun tu tak aneh sangat, tapi ni 13. Tak menyebelahi budak tu tak salah tapi ni grooming namanya,” antara komen netizen.

Wanita itu bagaimanapun mempertahankan pendiriannya kerana mendakwa telah membaca mesej-mesej yang dihantar oleh remaja 13 tahun itu kepada suami rakannya.

“Memang lelaki tu salah, tetapi saya nampak macam mana budak tu punya mesej. Tak seperti 13 tahun sampai la saya tahu dia berusia 13 tahun.

“Saya tidak kisah anda semua nak maki saya tetapi saya pertahan apa yang saya katakan. Saya tak peduli anda bersetuju atau tidak dengan saya,” katanya.

BACA: “Stress murid lebih penting. Diambil maklum” Kementerian Pendidikan abai kesihatan mental guru?