“Suami kahwin kali ketiga dengan wanita sebaya anak kedua kami, sepatutnya usia begini dia rehat bukan bangun tengah malam jaga anak”

Oleh SURIANI HAMDAN

Assalamualaikum. Tujuan saya menulis di ruangan ini hanyalah nak meluahkan perasaan yang dipendam dalam hati.

Saya dah kahwin selama 41 tahun. Ya, sudah lama sepatutnya hubungan sudah kukuh dan selesa tetapi tidak dalam hal rumahtangga saya.

Sekarang umur saya pun dah 64 tahun, suami pula dah berumur 63 tahun. Kami mempunyai 4 orang anak dan 8 orang cucu.

"Suami kahwin kali ketiga dengan wanita sebaya anak kedua kami, sepatutnya usia begini dia rehat bukan bangun tengah malam jaga anak"

Kalau nak diikutkan takde apa dah yang nak dicari selain dari keredhaan Allah, dikala umur m4kin meningkat.

Alhamdulillah, kami mampu hidup selesa dengan pencen yang kami ada. Tapi satu hal lah, suami saya memang kaki perempuan dari muda. Nak dijadikan cerita, saya dapat tahu pasal perempuan tu pada tahun 2000. Mereka dah pun menjalinkan hubungan selama 6 tahun.

Lama juga kami berg4duh hampir 2 tahun sehingga melibatkan ahli keluarga dan pernah ke mahkamah syariah. Kemudian dia berjanji dengan arw4h ibu saya yang dia tidak akan berkahwin lain. Saya lah isteri dia yang sah dan berjanji akan jaga dan besarkan anak – anak bersama saya.

Saya percaya pada janji – janji dia dan saya pegang pada kata yang dia ucapkan depan arw4h ibu. Saya tak pernah ungkit lagi tentang hal itu walaupun pada hakik4tnya bukan mudah bagi seorang isteri untuk terus melupakan hal sebegitu.

Pada tahun 2017 dengan tak sengaja saya dapat tahu dia telah menikah di Thailand dengan perempuan yang sama. Bangga betul perempuan tu dapat juga mengahwini suami saya setelah menjalinkan hubungan cinta selama selama 23 tahun.

Mereka berkahwin ketika wanita itu berusia 43 tahun dan suami 56 tahun. Kenduri besar – besarkan sampai tumbang 2 ekor kerbau. Saya tak mahu bermadu tetapi suami terus – terusan pujuk saya dan ustazah di pejabat ugama tu kata supaya saya redha dengan ketentuan Allah.

Terima dengan lapang d4da dan jalani hidup bermadu. Saya berbaik dengan madu dan boleh lah setakat ala kadar. Lama – lama saya rasa diketepikan jugak. Semua kenduri kend4ra rumah dia, suami kena ada. Setiap 2 minggu kena balik kampung dia.

Setiap kali balik kampung kena ada extra hari. Ada saja alasannya. Suami pulak satu hal. Asyik menipu keliling busut. Selagi boleh putar, dia putar. Mana mungkin boleh berlaku adil seadilnya dalam poligami. Kemudian pada tahun 2018 saya dapat tahu ada 2 perempuan simpanan dia lagi.

Satu tu tarik diri, tapi yang satu tu saya pergi jumpa. Muda seusia anak saya yang kedua. Kerja bagus dan saya cakap nak buat apa dengan orang tua yang umur 60 tahun dengan hutang keliling pinggang. Nangis – nangis lah dia dan janji untuk putvs.

Suami saya boleh di katakan dalam ketegori handsome. Umur 60-an tapi nampak macam 50-an. Kawan dengan perempuan yang gaji boleh tahan dan ada pangkat besar. Pada bulan Jun 2022 dia menikah dengan perempuan yang berusia 36 tahun ni.

Suami pula berusia 62 tahun dan saya 63 tahun. Permohonan yang dia buat untuk berpoIigami di mahkamah syariah adalah maklumat palsu. Saya rasa pernikahan dia di Thailand tak pernah didaftarkan. Kini isteri dia yang ketiga telah mengandung dan bakal bersalin pada bulan Ogos.

Saya ingatkan dalam usia yang begini patutnya ke surau, ke masjid, bersantai dengan cucu, berjalan habiskan sisa usia yang tinggal. Ini tidak, masih nak sibuk berjaga malam buat susu untuk anak kecil. Jadi saya buat keputvsan untuk failkan penceraian.

Saya akan cari duit upah lawyer walaupun saya terp4ksa bergadai. Alhamdulillah semua anak – anak faham dan akan bersama saya, walaupun apa keputvsan yang saya buat.

Saya malu pada anak – anak, cucu – cucu, menantu, besan, adik beradik dan saud4ra mara. Mohon jangan disiarkan nama sebenar saya ye. Terima kasih admin.

BACA: “Tiap kali balik jumpa isteri, mesti mak mertua masuk campur, aku nak bawa anak isteri jumpa mak pun tak boleh, sekarang ini siapa suami?”