Suami jadi punca Waheeda menyepi dalam dunia muzik? Pengakuan Waheeda buat ramai terkejut
Penyanyi Waheeda melahirkan rasa syukur apabila namanya kembali menjadi bualan peminat
selepas persembahannya menyanyikan lagu ikonik Wassini pada Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 2003 kembali tular.
Rata-rata peminat merinduinya dan mempersoalkan dimanakah dia berada dan mengapa menghilang diri dari industri hiburan.
Menurut Waheeda atau nama sebenar, Norwahidah Abdul Wahab, dia terharu dengan sokongan dan ingatan peminat terhadapnya biarpun sekian lama menyepi.
“Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih dan bersyukur, benda sebegini buat saya terharu, mereka sangat baik.
“Bila saya fikirkan pada mereka yang rindu ke sayang ke, memang kita tidak saling mengenali tapi untuk ada rasa begitu, ia rezeki daripada Allah.
“Saya bersyukur kerana ia buat saya terharu, tetapi selalu cakap siapa yang merindu dan menyayangi, anda sebenarnya memang disayangi,” katanya dalam program hiburan popular TV3, Melodi.
Disoal adakah tidak terbit rasa rindu untuk kembali ke industri, ini jawapan pemenang kategori Album Pop Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 2008.
“Kalau kata nak rindu industri itu…dia sebenarnya rindu pada kawan-kawan.
“Tak semestinya kalau tak aktif tak perlu berdepan di khalayak ramai, penghasilan muzik tidak akan berhenti,” ujarnya.
Biarpun lebih 10 tahun menyepi, Waheeda menyangkal dakwaan bahawa suaminya yang juga pendakwah bebas dan penyanyi, Ustaz Akhil Hayy menghalangnya untuk berkarya sebaliknya memberi dorongan.
“Kesian suami saya, banyak kena tuduh macam-macam. Pada mulanya nak berhenti tetapi nak berundur sekejap. Berhenti itu sebab nak kenal Al-Quran semula, lebih pada mencari ilmu.
“Ia tidak ada kena mengena, sebenarnya nak berhenti sebelum kahwin lagi tetapi saya tak tahan dan saya kena berhenti.
“Suami saya cakap “Aku tak pernah halang dia, kongkong dia, lagi-lagi bab muzik sebab itu memang jiwa saya’.
“Sehingga ke hari ini, saya membesar dengan muzik, pada dia ‘teruskan’,” kongsinya.
Dalam pada itu, Ustaz Akhil Hayy turut memberi respons dengan menegaskan tiada isu menghalang isterinya itu untuk berkarya.
“Saya sebagai suami sudah tentu saya hanya mengawal, memang dia sudah berhijrah, dia berhenti untuk menghentikan kegiatan seni walaupuun bukan sepenuhnya atas dasar-dasar hukum.
“Alhamdulillah, so far so good, tiada isu pun, kalau saya tiada kelak dan dia ingin kembali, itu hak dia. Tapi masih bersama itu saya nampak, beliau berhijrah kerana Allah
“Apa-apa pun terletak atas niat masing-masing. Sebagai suami saya hanya mengawal keadaan itu supaya nanti tidak disoal siasat dan dipertanggungjawab di Masyar kelak,” ujar Ustaz Akhil.
Untuk info, Waheeda mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Akhil pada 2009 dan masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
BACA: Kanak-kanak Berumur 10 Tahun Mengaku Tengok Video Seks Di Telefon Ayah