Sukar untuk diterima tetapi hakikatnya jumlah lelaki gay dan biseksual semakin meningkat di negara ini
Dan kebanyakan tembelang biasanya akan terbongkar apabila golongan
yang mempunyai wajah tampan dan berbadan sasa itu dipaksa berkahwin oleh keluarga.
Kebanyakan kes yang dilaporkan ialah isteri mengadu bahawa mereka langsung tidak disentuh sejak hari pertama perkahwinan dan sikap dingin suami yang enggan bermesra dengan mereka sehingga mendatangkan syak.
Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh berkata, perkahwinan yang berakhir dengan penceraian.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini, mendedahkan anggota masyarakat gay dan transgender di negara ini semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu.
Statistik terbabit direkodkan melalui pelbagai sumber dengan hasilnya mempamerkan peningkatan trend membimbangkan itu.
Terdapat faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan anggota masyarakat LGBT, termasuklah kemudahan media sosial yang membolehkan perbincangan mengenainya mudah diakses golongan muda.
JAKIM mendedahkan, anggota masyarakat gay direkodkan meningkat hampir 100 peratus, iaitu seramai 310,000 individu pada tahun ini, berbanding 173,000 lima tahun lalu.
Manakala, golongan transgender pula merekodkan peningkatan kepada 30,000 individu pada tahun ini, berbanding seramai 10,000 pada 1988.
JAKIM berjaya membawa 1,450 anggota masyarakat LGBT ‘pulang ke jalan benar’ melalui program ‘mukhayyam’, selain akan terus membantu golongan terbabit.