Aisyah Hijanah mengenakan jubah dan cermin mata hitam itu hadir untuk memberi sokongan kepada Alif Teega
yang dituduh atas dua kes jenayah di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.
Pempengaruh Aisyah Hijanah enggan mengulas mengenai status perkahwinannya selepas timbul dakwaan bahawa
dia memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Alif Teega, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada bulan lalu.
“Tiada komen,” kata Aisyah Hijanah Azhari, 26, sambil melemparkan senyuman kepada wartawan.
Dia juga dilihat merangkul bahu Alif ketika berdepan dengan jurugambar yang menanti di mahkamah sejak awal pagi. Mereka berdua tidak lekang berpimpinan tangan ketika duduk di galeri awam sebelum dua pertuduhan terhadap Alif dibacakan.
Mengulas mengenai kes itu, Aisyah Hijanah menyatakan mereka akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga prosiding selesai.
Pada Jumaat, Alif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan salah guna harta bagi program infaq iftar dan korban berjumlah RM63,605.48 pada April dan Jun lalu.
Lelaki itu, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dalam rumah tangga, didakwa atas pertuduhan pertama menyalahgunakan wang RM36,047.35 bagi tujuan infaq iftar di Makkah, Syria, dan Palestin di CIMB Bank, KL Gateway pada 26 April lalu.
Sementara itu, pertuduhan kedua adalah berkaitan penyalahgunaan wang RM27,558.13 bagi program ‘Jom! Sertai Infaq Daging Qurban’ di bank yang sama pada 15 Jun lalu.
Dalam prosiding berkenaan, tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh, Julaila Jamaluddin, dan Nurul Atiqah Mohamad Alias.
Pada 11 Julai lalu, seorang pempengaruh dan isterinya ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah yang bermula sejak 2022.
Ini susulan tularnya di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen tinggi daripada kutipan derma. Pasangan itu juga dilaporkan hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio