“Suami dalam dilema, rasa bersalah dan minta maaf sungguh-sungguh akan perbuatan dia, ini dia buat belakang aku”

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Salam semua… Biasa jadi silent reader je, harini first time confess sebab memang saya dah buntu untuk buat keputusan.

Okay, straight to the point.. saya baru 5 tahun berkahwin & sekarang sedang mengandung 7 bulan.

Baru² ni, suami mengaku bahawa telah terlanjur dengan rakan sekerja sehingga mengandung dua bulan lebih.

Keluarga perempuan (digelar si A) mendesak suami untuk bertanggungjawab dengan menikahi si A,

Dan saya sebagai isteri dipaksa setuju (oleh keluarga perempuan tu) dengan perkahwinan baru suami bersama A

"Suami dalam dilema, rasa bersalah dan minta maaf sungguh-sungguh akan perbuatan dia, ini dia buat belakang aku"

untuk memudahkan nak buka buku pink bayi dan nasab bayi kepada suami.

Suami memang rasa bersalah & meminta maaf bersungguh sungguh akan perbuatannya tu.

Dia pun dalam dilema sama ada perlu berkahwin atau tidak dengan si A sebab dia memang sayangkan perkahwinan kami ni (katanyalaaa).

Katanya lagi, kalau berkahwin pun mungkin tak bertahan lama, lepas si A bersalin mungkin diceraikan sebab dia buat perkara terkutuk tu sebab terikut nafsu, bukan cinta tapi saya pula berfikiran sebaliknya.

Dah nama pun kahwin, mana tau lps kahwin tu muncul perasaan suka pada si A tu sikit².

Entahlaaa… Lagipun perkahwinan ni bukan mende main², kahwin harini esok cerai. Ni soal tanggungjawab, nasab anak lagi.

Kalau berkahwin pun, suami kata takkan beri hak sama macam saya sebab memang suami tak rela dipaksa kahwin dengan A. Mungkin dia terus lepas tangan lepas kahwin nanti..

Suami enggan memberitahu kedua ibu bapanya atas sebab aibnya & kalau diberitahu memang akan ditentang habis habisan perkahwinan baru ni.

Jadi, memang nak tak nak, kami kena hadap berdua untuk masa ni. Lepas suami kahwin baru akan diberitahu kepada keluarganya.

Sekarang suami sedang kumpul dokumen² yang diperlukan mahkamah tetapi pihak mahkamah kata, ambik masa lebih kurang sebulan jugak sebelum dibicarakan.

Jadi soalan saya, boleh ke anak tu nanti dinasabkan pada suami? Sebab masa kahwin nanti mungkin kandungan dah mencecah 3-4 bulan.

Satu lagi, adakah pihak mahkamah boleh untuk tidak membenarkan suami daripada berpoligami atas sebab ketidakmampuan dari sudut nafkah zahir kerana suami bekerja biasa² dan mempunyai banyak hutang?

Sesungguhnya saya pun tidak sanggup untuk bermadu di usia 30 tahun ni tapi saya pun faham dan kesiankan nasib si A bersama anaknya nanti.

Saya dah berdoa, bangun malam solat hajat tapi masih belum berjumpa petunjuk dan solusi yang terbaik.

Mohon pendapat semua.

– Nur (Bukan nama sebenar)

BACA: ‘Kalau tak boleh berkhidmat untuk rakyat Melaka, boleh balik negeri asal’