‘Suami cadang nak PJJ sebab tak mampu tanggung isteri dan anak, rupanya dia bercadang tidur dengan perempuan lain’

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Assalamualaikum min. Minta tolong hidekan FB saya ya walaupun Fake Akaun. Sekadar ingin meluah serta minta pendapat dari Warga FB.

Isunya saya dengan suami. Dia badan beruniform. Usia rumahtangga kami dah hampir 7 tahun, dikurniakan seorang cahaya mata.

Isu kami ni dah lama sebenarnya, sejak kami bertunang lagi tapi suami tetap tak berubah. Dulu masa tempoh pertunangan,

pernahlah dia ‘kant0i’ dengan saya mesej bukan – bukan dengan seorang perempuan. Masa kejadian tu memang betul – betul tarikh harijadi dia saya tengah nak sambut.

Ikutkan hati nak saja putus tunang tapi diminta olehnya peluang kedua dan ‘terakhir’, andai nanti dah kawin terjadi hal sama tiada peluang lagi dah.

'Suami cadang nak PJJ sebab tak mampu tanggung isteri dan anak, rupanya dia bercadang tidur dengan perempuan lain'

Jadi, saya dan dia pun okay dengan permintaan dia macamtu. Sampailah kami kahwin, saya ikut dia pindah menetap di satu negeri.

Dalam tempoh saya mengandung tu pernah juga la kantoi di messenger beberapa kali dan ramai betina dalam tu dia chat. Tapi yang paling saya terkilan dalam perbualan chat dorang tu, suami ada cakap. ‘Ermm kalau la saya tak kahwin dengan dia dah lama saya kahwin dengan awak’, masa tu Allah saja tahu hati saya macam mana tapi saya diamkan saya fikirkan kandungan.

Ditakdirkan saya bersalin czer. Bila dah bersalin dalam pantang dia macam endah tak endah je, kadang – kadang ada je hal nak cari g4duh dengan saya walaupuan benda kecik. Pernah satu hari, segala kerja rumah saya buat, angkat benda berat sampai d4rah beku, terp4ksa masuk HospitaI balik.

Sampai lah satu masa saya tekad dalam hati nak balik berpantang di rumah org tua saya dan nak cari kerja. Tapi dia pernah cakap yang dia macam tak mampu jaga saya. Takpelah saya minta izin dan redha dari dia, dia izinkan.

Beberapa tahun juga kami PJJ tapi tiap bulan akan berjumpa lah. Dia ni like introvert person tau. Ada je tak kena di mata dia kadang – kadang tu bila berjumpa. Kami ni kurang sefahaman dan pernah juga la dia nak LAFAZ CERAI.

Terjadi isu lain pula pada awal tahun lepas lebih kurang. Pernah juga dapat mimpi. Yelah hati isteri ni walau PJJ kita boleh tahu apa yang tak kena. Sebelum saya dapat tahu tu saya pernah ‘Pillow Talk’ dengan dia. Saya tidaklah menuduh tapi kata hati saya tu kuat.

Saya cuma cakap, ‘Kalau u ada orang lain, saya minta jangan tipu saya, jangan buat apa – apa di belakang saya, kalau awak rasa tak bahagia dengan saya cakap je.’ Dia cakap takde dan cuma sayangkan saya. Sampailah satu hari, kantoi lagi dapat tangkap mesej by wassapp dengan sorang perempuan ni.

Masa tu suami balik jumpa saya. Dia boleh mengaku yang dia tu bersungguh bujang pada perempuan tu. Saya tahu pun setelah saya ser4ng perempuan tu. Saya tak tau sejak tahun bila dorang kenal. Dalam mesej tu NAUZUBILLAH, luluh hati saya min bila baca.

Dorang jumpa dating, pernah tidur sekali, pernah bersama dan minta yang bukan – bukan. Saya meraung nangis tanya dia dalam fon selepas hantar dia nak naik kerja semula. Dia beri pelbagai alasan dengan saya kata kawan dia yang nak kenal pakai fon dia dan sebagainya.

Semua tipu helah dia gunakan, masih nak tegakkan benang basah. Sampailah saya kemurungan, sampai saya berem0si dengan anak, ibubapa saya nampak la perubahan saya. Saya pun cerita pada dorang. Saya minta dilepaskan saya dengan cara baik tapi dia enggan.

Masa duk berbincang antara dia dengan famili saya, ‘dia boleh cakap apa yang dia buat tu sekadar SERONOK – SERONOK’. Bayangkanlah hati saya ni dia cakap macam tu. Dia minta saya maafkan dia. Lepas kejadian tu hinggalah sekarang, sejujurnya saya cakap, dunia saya dah gelap. Dalam hati saya dah tiada rasa sayang, cinta pada dia.

Saya sekarang dah takde fikir apa – apa dah pasal dia walaupun dia cuba pujuk, nak berbaik dengan saya semula. Hati saya kosong. Saya dah maafkan dia tapi sukar untuk melupakan apa yang dah jadi. Dia balik pun, kadang – kadang kami macam sorang di Kutub Utara, sorang Kutub Selatan.

Sekadar jalankan tanggungjawab sebagai mak ayah pada anak saja. Macam berpura – pura di depan keluarga antara 2 beIah pihak. Kalau nak bersama tu saya dah macam tak nak disentuh oleh dia dah. Dah lama kami tak bersama. Saya terbayang benda jijik yang dia dah buat dengan perempuan lain.

Bab kewangan pula, dia suka buat keputusan sendiri. Suka boros kadang – kadang. Dia ada berhutang dalam duit raya anak dan dalam duit nafkah saya. Tu pun enggan bayar semula. Katanya nanti – nanti. Saya pun bekerja juga.

Perbelanjaan anak pula, kalau ikutkan hampir semua la saya yang tanggung sejak anak kecik lagi sampai sekarang. Dia boleh saya kira dengan jari selama anak membesar ni. Keperluan saya pun dia tak penah la nak belikan.

Setiap kali berganti raya, dia tak pernah rasa pun nak belikan baju raya untuk kami apatah nak raya sekali dengan kami. Nak bergambar sekali dengan kami pun payah guna fon dia, tak pernah ye. Saya jelah yang terkial – kial cari baju untuk diri sendiri dan anak.

Raya yang lepas, saja la suruh anak cakapkan pada dia nakkan baju raya, dia buat taktau dan diam je anak tanya. Awal lagi dia dah cakap, dia nak balik rumah mak ayah dia sorang – sorang. Jadi saya dan anak beraya berdua di rumah org tua saya je. Alasannya dia dah lama tak raya dan lama sangat tinggal orang tuanya di kampung.

Untuk pengetahuan, dia ni tak rapat dengan adik beradik saya. Kalau balik bercakap bila perlu je dengan mak ayah saya. Hmm entah lah. Apa pendapat korang. PerIukah saya bertahan atau minta lepaskan cara baik kalau tiada kesudahannye antara kami? Panjang lagi cerita sebenarnye tapi takpelah. Ni pun tak terluah dah rasanya. Terima kasih semua. Minta jangan kecam saya ya. Wassalam.

Komen W4rganet :

Ratna Anw4r : Nilai diri awak tinggi sis. Cari kebahagiaan awak, percaya la awak akan sangat berharga di mata lelaki yang betul. Jangan pernah meragui untuk bahagia semula. Percayalah, Allah akan hadirkan lelaki yang selayaknya untuk awak.

Yang sayag awak dengan setulus ikhlas. Jangan biar diri awak diperlakukan macam ni. Keluar la dari kesengsaraan tu. Memang tak mudah, tapi tak must4hil. Doa betul – betul doa bersungguh – sungguh dengan sepenuh hati kat Allah. Percaya la.. saya doakan awak kuat untuk keluar dan cari kebahagiaan awak.

Nor Atika Zainal Abidin : Saya rasa sis dah tahu keputusannya apa. Sis dah tahu apa yang sis nak sebenarnya. Cuma saya rasa sis nak meluahkan dan membaca pendapat orang lain dulu. Mungkin sis nak mencari kekuatan dan semangat untuk ambil tindakan.

Apa – apa pun kembali kepada Allah swt. Buatlah solat istikarah. Kalau dah nampak jalannya. Teruskanlah. Hidup sekali. Biarlah hidup dengan tenang dan mendamaikan. Hidup rumahtangga adalah melibatkan 2 orang. 2 orang yang ingin membentuk keluarga. Andai seorang je yang berusaha itu bukan rumahtangga. Ini hanya pendapat saya.

BACA: Harris Annuar dedah pernah nampak pocong dan terkena tempias sihir ibunya