Bukan tujuan saya nak hasut wanita meIawan suami. Yang bernasib baik dapat suami baik itu jagalah dengan baik, layan macam raja, tetapi
saya cakap pasal per4ngai suami yang buruk dan k3ejam, tolong buat tindakan tegas, sama ada masih mahu bersuamikan dia lagi atau bercerai.’’
Saya hairan dengan per4ngai sesetengah wanita, dah sah – sah per4ngai buruk suami, kaki pukuI, p4ksa isteri pinjam bank, minta duit isteri setiap minggu, tak bagi nafkah
, malah kerja pun malas, tetapi masih tunggu suami seperti ini, konon percaya sangat syurga isteri bawah tapak kaki suami.
Siapa cakap syurga isteri bawah tapak kaki suami! Mana hadis? Ini semua mengarut memang sengaja diada – adakan oleh kaum suami nak kuIikan isterinya supaya ikut kehendak dan perintahnya. Lebih penting kalau boleh isteri siapkan segala – galanya untuk suami. Memang hari ini dunia dah terbalik!
Saya marah sangat ni pun bersebab, kerana inilah per4ngai suami sepupu saya, lagi meny4kitkan hati dia cuba hasut suami saya Jay supaya ikut macam dia. Tapi Jay tak berapa berkenan, sebab matlamat Jay lain. Jay mahu hidup bergaya ada kereta, motor dan smart berpakaian, lagi power sebab dia bekerja dan berpangkat. Jadi dia memang tak ikut per4ngai sepupu saya tu.
Awalnya memang saya tegah mereka berkawan, sebab saya kesian tengok sepupu saya, berhutang berbaris nak bantu suami berniaga, tapi berniaga pulau kasap. Sampaikan adik beradik pulaukan dia. Mereka terp4ksa pinggirkan adiknya kerana tak makan nasihat.
Mereka tak mahu kerana adiknya terlalu ikut cakap suami sampai anak – anak terbiar. Berbalik kepada cerita saya. Mulanya bila mereka tak rapat sangat saya fikir Jay terselamat, tetapi saya tak sangka nafsu serakah Jay lebih teruk lagi.
Siapa tak naik angin, hidup nak bergaya, makan minum kami terp4ksa dicatu semata – mata kerana dia giIakan perempuan. Di pejabatnya memang saya dengar Jay suka ada teman wanita, tak kiralah anak d4ra, janda ataupun isteri orang. Semua dia nak buat kawan.
Kalau setakat kawan saya boleh sabar, ini melarat sampai pergi makan angin dan sentiasa berdating macamkan pasangan kekasih. Ini sudah lebih. Memang dari awal saya cuba bersabar dan nasihatkan dia jangan sampai bercinta hingga lupakan anak bini, kami nak makan ada tempat tinggal, pakaian selesa.
Masa saya bekerja dulu dia suruh berhenti, jaga anak duduk rumah konon dia mampu tanggung kami. Memang saya tak mahu, sebab Jay kedekut berbelanja untuk makan minum kami di rumah. Bila ditanya kenapa bagi belanja rumah tak cukup katanya dia perlu berjimat dan suruh saya ikut berjimat.
Katanya kalau lautan ditambak atau ditimbun dengan tanah pun akan jadi d4ratan. Kerana perbelanjaan makan minum tak pernah cukup saya terp4ksa mencari jalan bagaimana saya tidak perlu pergi keluar rumah bekerja, tapi boleh dapat duit.
Kebetulan saya ada jiran yang baik, dengan dialah saya dapat idea cari duit tanpa keluar bekerja. Saya perlu mencari jiran, kawan, kenalan atau saud4ra yang mahu menempah barangan cabinet dapur, almari dan sebagainya.
Alamdulillah, hasrat saya tercapai, bila ada orang mahu menempah barangan saya mendapat sedikit upah. Dalam pada itu saya ada kemahiran buat gubahan hantaran untuk pengantin atau bertunang. Semua saya buat di rumah sesekali saya keluar beli barangan keperluan.
Dengan duit itulah belanja makan anak – anak agak lumayan sedikit. Bila Jay tengok saya ada duit, dia sem4kin kedekut. Ini membuatkan saya s4kit hati. Walaupun ketika itu saya sudah berhenti kerja, tetapi Jay masih tak suka saya berkawan dan berniaga.
Dia cuma mahu saya duduk dan tunggu dia balik kerja. Sedangkan dia balik rumah tak tentu masa sibuk aktiviti luar dengan teman teman wanitanya. Walaupun saya tahu dia kaki perempuan, saya tak halang, malah saya kata kalau nak kahwin tolong bagitahu dan ceraikan saya. Tapi biasalah lelaki mana nak mengaku kalaupun dia nak kahwin.
Perbuatannya memang memaIukan saya, percaya tak kalau saya kata dia berdating dengan ibu tunggal yang juga jiran saya. Saya tak bohong, sebab adik wanita itu sendiri bagi tahu saya. Pernah teman pejabat saya sendiri dia telefon ajak keluar makan.
Mereka kenal sebab saya kenalkan, kerana rakan sekerja. Saya tak fikir Jay boleh seberani itu. Tapi bila tanya Jay menafikan. Seorang kawan nasihatkan saya supaya jangan bekerja atau buat bisnes, duduk aja di rumah layan Jay macam raja.
Tapi dia tak balik rumah seperti suami orang lain. Selagi belum jam 11 malam dia tak balik rumah. Alasannya kerja. Punyalah Pembohong. Di rumah saya cuma masak makan untuk anak – anak saja, sebab Jay memang tak makan.
Jadi saya bosan, lainlah jika dari awal memang saya tak bekerja. Tapi saya pernah bekerja. Jika dia tak suka isteri bekerja, carilah isteri yang tak bekerja tentu dia boleh kawal isterinya duduk rumah. Kalaupun saya sibuk buat bisnes, jam 6 petang sudah balik.
Sebenarnya dia takut saya tahu skandalnya dengan ramai perempuan. Sebenarnya semua aktivitinya saya tahu, ramai kawan yang beritahu, sebab mereka simpati dengan saya. Jadi untuk kurangkan tension dengan per4ngainya, saya buat bisnes walaupun Jay tak suka.
Akhirnya selepas 15 tahun bersabar dengan per4ngainya, saya buat keputusan minta cerai. Sebab utama kerana keluarganya sendiri memang menggalakkan Jay kahwin lagi. Kerana mereka percaya pada Jay yang mendakwa saya isteri degil dan meIawan suami.
Kata Jay lagi saya sibuk bisnes punca pelajaran anak – anak gagal. Tetapi saya buktikan anak – anak muncul cemerlang. Ini membuat Jay tambah marah sebab saya membantah pendapatnya. Jay hendak buktikan saya isteri degil.
Pada pandangan saya, Jay memang nak kahwin lagi, jadi saya tak perlu marah, bantah apa lagi member0ntak, saya tak kisah, sebab selama menjadi isterinya kami sem4kin ‘jauh’ bukan sebagai suami isteri, sebaliknya macam musvh.
Pada saya janganlah cari banyak d0sa membenci satu sama lain lebih baik berpisah. Dan Jay boleh hidup lebih aman bahagia. Bercerai memang susah, akhirya dia beri syarat, kalau nak cerai juga anak – anak bawah jagaannya. Saya tidak ada pilihan sebab anak – anak dah besar mungkin boleh jaga diri sendiri.
Depan pegawai sulh memang saya tak dikenakan syarat nak jumpa anak – anak. Tetapi selepas balik Jay tak benarkan saya jumpa anak – anak . Tapi saya tak kisah, lagi pun saya tak mahu ganggu fikiran anak – anak dengan kes berebut anak.
Sebab saya tahu anak – anak tetap akan cari ibu mereka walau disorok dalam gua sekalipun. Tapi, kerana bencikan saya dan tak mahu anak – anak jumpa saya, Jay gunakan ilmu jahatnya supaya anak – anak membenci saya.
Memang anak – anak ketika remajanya mereka membenci saya, sebab takutkan ayahnya. Tapi bila sem4kin dewasa dan dah kenal tikar sembahyang, semua benda benda ‘jahat’ itu akan terputus, dan anak – anak tidak dapat dikawal oleh ayahnya lagi.
Pada saya biar kuat macam mana pun ilmu manusia, mereka tak boleh meIawan ilmu Allah. Saya sentiasa berdoa supaya anak – anak rajin solat, dengan sendirinya semua benda jahat ini akan terlepas dan tak dapat mengik4t mereka lagi. Allah maha berkuasa.’’
Kini anak – anak sudah mencari saya ibunya, setelah mereka tamat belajar. Nasihat saya kepada ibu – ibu yang senasib saya jika anak – anak membenci kita ibu mereka, berdoalah, kuasa Allah mengatasi segalanya.
BACA: Sebulan Doktor mogok tak datang kerja, nenek sakit jantung akhirnya maut!