“Suami aku sejadah pun jarang sentuh, bila ajak solat nak layan pubg dulu, sampai la aku terjumpa sorang laki ini pula jadi”

Oleh MHDAILY

“Suami aku sejadah pun jarang sentuh, bila ajak solat nak layan pubg dulu, sampai la aku terjumpa sorang laki ini pula jadi”.

Saya seorang isteri anak 1. suami saya baik, bertanggungjawab tapi dia tak bagus bab percakapan.

Ada saja dia nak perli ada saja dia nak maki. Semua yang saya buat ada saja salahnya.

"Suami aku sejadah pun jarang sentuh, bila ajak solat nak layan pubg dulu, sampai la aku terjumpa sorang laki ini pula jadi"

Mula-mula kahwin memang menangis je hari-hari tapi bila dah lama kawin saya jadi tak kesah. hati saya ni macam kosong. Dia perli ke dia keluar ke. Saya memang langsung tak kesah.

Sampai la saya berjumpa sorang laki ni saya rasa bahagia sangat sebab dia dah banyak memberi semangat kat saya ingatkan saya tentang solat 5 waktu, solat sunat, baca al quran setiap kali malam jumaat.

Padahal suami saya takpenah ingatkan saya.. suami saya ni sejadah pun dia jarang sentuh. Bila ajak jemaah dia kata nanti nak main pubg la nak main ml la tengah layan live movie la.

Saya tahu lelaki tak tipu bab solat dia sebab saya selalu sangat nampak dia kat surau tempat keja.. Lagipun saya pernah nampak dia dalam surau tengah solat …

Masalahnya Laki tu taktau pun saya dah kawin dia ingat saya janda sebab masa opening office baru pun saya pergi dengan anak dengan ayah je… Suami pergi lepak nak main pubg katanya.

Saya lama-lama jadi malas nak layan suami. Dan lelaki tu banyak ingatkan saya bab solat semua perasaan sayang memang ada tapi..entah la. Dia pun pernah ajak saya jumpa, dan pernah kata mula suka kan saya.

Saya pun asyik teringatkan dia dan bila bersama suami, saya terbayangkan dia. dengan suami pulak rasa kosong. apa ye patut saya buat sekarang

BACA:

“Kecewa dan luluh hati aku, katanya pergi outstation, rupanya cek in genting dengan janda umur 51 berpangkat nenek”

Korang rasa dah terpaling hacker guna ‘incognito mod’? Guna mod ini selamat ke? Ini sebenarnya yang berlaku