Suami aku kantoi berskandal dengan budak intern, aku jumpa bos mereka, sekali ini keputusan boss syarikat”

Oleh MHDAILY

Suami aku kantoi berskandal dengan budak intern, aku jumpa bos mereka, sekali ini keputusan boss syarikat”

Kisah terjadi beberapa bulan lepas. Intro sikit ya. Saya si isteri, penjawat awam gred 44. Suami kerja swasta dengan gaji separuh dari gaji saya. Atau 1/3 tak tau lah.

Memang sebahagian besar belanja keperluan dan kehendak atas saya, maklumlah isteri mithali.

Suami aku kantoi berskandal dengan budak intern, aku jumpa bos mereka, sekali ini keputusan boss syarikat"

Tapi tak kisah sangat sebelum ni, sebab suami bukan kategori culas nafkah. Masih ada duit untuk saya belanja.

Baik kan suami saya? Bermula kisah tak baik bila kantoi suami berskandal dengan budak intern dekat company dia. Kisah macam mana boleh kantoi tu ialah dari fon, dia memang licik. Banyak yang dia padam.

Tapi dia lupa yang isteri dia pun bukanlah bdoh sangat. Lepas dah rasa confirm suami berskandal, saya follow suami masa dia rehat. Pinjam kereta kawan dan ambil cuti. Sebab suami cakna kereta kami. Dari jauh boleh nampak.

Hari ke 4 follow, okey kantoi dia makan semeja dengan kawan kawan lelaki dia serta skandal dia si intern tu duduk sebelah dia. Saya duduk di meja belakang mereka. Saya rekod semua yang jadi. Alahai bukan main lentok, lap lap mulut. Kawan kawan pun sama gelakkan je.

Saya order minum je, pakai spek hitam, pakai mask. Tapi jelas dengar diorang takde kutuk kutuk saya. Jeng jeng jeng. Sebelum diorang bangun dah siap makan, saya pergi duduk semeja dengan diorang.

Terkedu semua orang. Krik krik betul.Mujur ada seat kosong, meja tu ada 8 seat tak salah. Saya tanya perempuan tu, sama tempat kerja ke. “Ya, saya intern sama company”… dah takde dah aksi aksi manja. Semua diam termasuk laki saya yang gagah perkasa tu.

“Ohh. Yeke. Hari ni last ye intern awak, esok awak tak payah datang dah. Result awak fail” gitu je saya bagi. Muka dia dah gelabah. Turn laki saya pulak nak kena ganyang. Mungkin dia ingat saya lemah selama ni sebab selalu berkorban untuk dia.

“Motor besar merah papa tu dah lama tak bayar dengan mama. Papa lupa ke mama yang beli cash buat loan sebab papa kata interest kedai mahal?

Ada RM12000 lebih lagi belum bayar, jangan buat buat lupa” Saja saya cakap biar semua kawan dia tau.

“Papa lupa ke dengan apa yang mama bayarkan bulan bulan? Duit papa habis ke minah intern ni ke? Spender papa pun papa yakin ke duit papa? Bila last beli beras?”

Bunyi macam tegang kan? Tapi tak sebenarnya. Macam sarcastic gitu. Saya senyum senget. Kejap je dekat meja tu, terus nak bangun, saya cakap “Mama order kopi ais, tolong bayar kalau ada duit. Takde duit pinjam dengan budak intern tu. Ni baru part 1 ye papa”.

Saya terus pergi. Pergi ke mana? Jumpa bos diorang.. Perempuan, macam muda lagi… Lewat 30an rasanya. Kebetulan bos dia memang jenis tak keluar makan. Saya tunjuk bukti kedai makan tadi (recording).

Dan saya bagi kata dua… “Gagalkan budak intern tu dan berhentikan serta merta. Bagi warning letter dan report ke atasan tentang suami saya. Jika tidak, saya akan report sendiri dengan HR yang boss tu tak cakna kebajikan pekerja.”

Boss tu menurut sahaja tapi rasanya bukan sebab ugutan saya, tapi lebih kepada kesian nasib isteri yang dicurangi. Tengah tengah bincang tu, budak intern tu ketuk pintu, datang minta maaf.

Tak pasti macam mana dia tau saya di dalam. Saya senyum dan terus keluar. Ke mana lagi saya nak pergi ye. Sebab nekad nak ajar suami yang gatal ni. Saya balik rumah mak mertua. Masa tu dah jam 2 petang. Perjalanan sejam setengah, saya balik juga.

Dalam perjalanan saya call mak mertua bagitau kemas kemas barang, saya nak amek mak, anak mak buat perangai. Mak mertua saya memang kiriman Allah dari syurga. Tak pernah sebelahkan anak sendiri jika anak sendiri yang salah. Sentiasa stand up untuk menantu.

Hampir jam 5 saya sampai semula ke tempat kerja suami membawa mak mertua. Masa dalam kereta dah cerita panjang tentang perangai suami, dah siap plan sikit nak cakap apa nanti. Suami baru nak balik terkejut tengok ada mak mertua dekat luar kereta saya. Ni pembalasan part 3 lah kiranya.

Saya suruh suami panggil budak intern tu. Saya cakap, “Ini lah mak… bakal menantu mak… boleh lah mak berkenalan…” Depan depan tu akhirnya suami bersuara…”Mama nak apa… papa minta maaf… balik rumah kita bincang…” biasalah emosi isteri kan… tapi tiada setitik air mata pun keluar…

“Papa dah ada orang lain kan… teruskan lah… cerraikan mama atau macam macam lagi mama boleh buat yang papa tak sangka…Motor tu mama punya kan? tinggalkan je lah dekat situ… balik sendiri je… jalan kaki ke tumpang orang ke… tinggal je motor tu kat guard… nanti malam mama ambil.”

Terus saya masuk kereta dengan mak mertua, balik rumah. Sejujurnya bukanlah niat sampai nak cerrai. Tapi kena ajar golongan tak bersyukur ni. Betullah. Mungkin sebab kita dah banyak tolong dari segi kewangan, then dia rasa dia mampu. Padahal haprak.

Masa dekat rumah, suami sampai takde lah lambat sangat, dia tumpang kawan. Perbincangan tiga pasang mata dan telinga antara saya, suami dan mak mertua dijalankan.

Saya tak prefer bincang berdua dengan suami sebab saya takut emosi dan tak firm dengan pendirian saya. Saya suruh pilih antara saya dan budak intern tu, of course lah suami pilih saya. Mak mertua memang bantai suami cukup cukup. Tapi saya tak ingat sangat butirannya.

Saya suruh suami call budak intern tu buat loud speaker. Suruh minta maaf dan minta move on. Last saya sempat bercakap dengan budak tu, kalau ye pun janganlah ambil laki orang. Dia senyap je dan minta maaf.

Tapi kalau dia nak harapkan saya tarik balik request dengan boss dia tadi, memang tak lah. Pengajaran, kalau dah bersedia nak ambil laki orang, bersedia juga dengan kemampuan isteri pertama nya.

Saya tak minta semua contohi saya, sebab perangai saya memang tak semenggah. Sila selesaikan dengan cara lebih baik jika sayangkan keluarga kita.

Tapi dalam keadaan saya tu, tu je yang terlintas dalam sehari, maka tu lah kejadiannya. Apa yang jadi? Budak intern tu memang fail dan perlu repeat intern di tempat lain. Suami ditahan bonus dan dapat warning letter.

Setiap kali gaji suami akan serahkan semua kepada saya dengan kerelaan dia sendiri, saya akan bagi duit belanja dia by week. Hubungan kami masih hambar, tapi saya nampak effort suami. Saya cuma harap suami tak curang lagi, sebab saya akan stand by sampai part 10 untuk ajar dia kalau dia curang lagi. Doakan kami.

Antara Reaksi Reaksi Warganet.

Nor Fauziah AR – Ada orang cakap tak patut kacau sampai fail kan budak tu. Eh, pada akak patut sangat macam tu.. Sebagai pengajaran. Lagi pun repeat intern jerrr.

Akan datang keje kena tau limit sebagai rakan sekerja, nak jaga karier atau nak ikut sangat perangai konon konon hot tu..

Hana Hana – Tak hebat langsung! Sombong dan Lemah.. guna cara kotor attack intern student. Walaupun report pada company adalah valid, tapi tetap campur adukkan hal personal dengan hal pendidikan budak tu. Auto budak tu takleh graduate on time.

Andainya dia datang dari keluarga susah dan takde duit untuk survive next semester, ini dikira penganiayaan. Semoga zuriat dan keturunan saya dijauhkan daripada berjumpa dengan orang macam TT.

Sungguh saya kesian dengan student yang baru bertatih nak kenal hidup. Jangan hanya sebab sekarang issue ‘penyondol’ femes dan dapat supporters ramai, kita hilang sifat kemanusiaan.

Andai TT baca komen saya, saya mohon renung dalam dalam tindakan melulu TT.

Widuri Manja – Nilah masalahnya kalau wife pampered kan sangat suami, sepatutnya nafkah semua suami yang tanggung tapi sebabkan atas dasar kesian dan nak susah sama sama maka wife pun merelakan sebahagian besar dia yang tanggung dengan alasan gaji dia besar dari suami.

Jadi bila suami ada lebihan duit sebabkan tanggungjawab dia dah isteri amek alih maka panjanglah kaki dan akalnya nak berskandal. Teringat saya pada mak mentua ingatkan saya supaya jangan jadi superwoman nak amek alih tugas suami.

Katanya biar suami iaitu anak dia yang bayar semua kecuali kalau dah tak mencukupi baru isteri bantu. Siap peringatkan lagi BANTU bukannya menjadi tanggungjawab isteri. Memang baru kahwin mak mentua dok peringat suami bagi nafkah pada saya waima rm50 kalau tak mampu bagi banyak sebab dia tak nak mengheret anaknya ke neraka kalau culas tanggungjawab sebagai suami.

Jadi yang saya perasan memang suami sentiasa dimurahkan rezki sebab tidak berkira pada kami, punya kerjaya yang cemerlang kalau dibandingkan dengan rakan sebaya. Berbalik pada cerita confessor, sebabkan kemurahan hati isteri tak berkira membuatkan suami mengambil kesempatan berskandal sebab dia tak perlu bersusah payah nak mikirkan perbelanjaan menanggung keluarga.

Jadi dia punya extra masa dan duit nak menabur pulak dekat budak intern tu. Budak tengah belajar, kena pulak kalau asal bukan dari bandar besar, hari hari ko spedo pergi makan, belikan baju, bawak ride dengan motor yang bini bayar, giler tak melayan walaupun laki orang.

Memang padan pun muka di failkan, orang suruh buat intern tapi lain pulak yang ko buat dan sama sama padan muka si laki tak dapat bonus dan kenaikan gaji. Memang bini dia bijak walaupun boleh je dia tinggalkan laki curang tu sebab tengok cara penulisan bukanlah seorang yang lemah tapi mungkin dia mikirkan anak anak dan nak bagi peluang kedua untuk suami dia.

Semuga suami dia lagi menghargai dia dan insaf dengan apa yang dia dah buat, melukakan hati seorang isteri yang baik…

Norain Noordin – Puas hati baca. Kalau ada yang komen suruh bercerrai tu, Bukan senang nak bercerrai. Lagipun belum sampai tahap terlanjur. Fikir anak anak. Mak mentua pun baik. Ye lah memang patut bagi suami pengajaran.

Nak kembali bahagia macam dulu memang bukan mudah. Ambillah berapa lama masa yang perlu. Nak buat macam mana. Memang sakit hati dapat suami macam itu.

BACA:

Zulin Aziz dah cerai? Rupanya ini punca bercerai selepas setahun kahwin

“Mak aku dah mati, bank in aku duit mak RM6000, aku sempat ambil nombor pin mak”, Perkongsian nurse ini cetus reaksi netizen